7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
<b>Makanan</b> Tengahari Sedap <b>Di</b> Kuala <b>Terengganu</b> | Farisya Anastasyia Posted: 06 Feb 2014 10:52 PM PST Makanan Tengahari Sedap Di Kuala Terengganu | Kalau nak cerita bab makanan,FA memang susah nak lupa.Suka sangat share dengan pembaca tempat makan yang sedap di Terengganu ni.Bukan niat nak menunjuk-nunjuk apa yang kita makan,tapi sekadar nak berkongsi.Tapi hari ni nak cerita mengenai restoran yang menyediakan makanan tengahari sedap di Kuala Terengganu iaitu di Restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment. FA ada cerita mengenai Ikan Bakar yang sedap di Restoran Bintang Laut ni dalam entri INI.Korang boleh baca.Ikan Bakar dia memang meleleh.Korang kena cuba.Tapi selain Ikan Bakar,ada banyak lagi makanan yang sedap di Restoran Bintang Laut ni.Memang tak menyesal kalau datang sini.Boleh kata Restoran Bintang Laut ni pilihan kedua untuk FA makan selepas rumah sendiri.Haha.Nampak tak kehebatan Restoran Bintang Laut ni?Hehe. Ok.Kali ni FA makan makanan melayu yang sedap sangat bagi FA.Dimasak oleh Chef yang berpengalaman.Dengan suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan,memang tak menyesal la datang sini ! Meh tengok gambar di bawah. Ikan Masak Asam ni sedap sangat!FA memang boleh go-on dengan rasa dia.Hampir 98% nak sama dengan air tangan ummi FA.hehe.Sedap tak terkata.Tak pedas sangat.Tapi semua orang especially yang tak boleh makan pedas boleh makan Ikan Masak Asam ni. Daging Black Pepper dia pulak memang secukup rasa!FA tambah 3 kali.Hehe.Sedap weh!Memang kena dengan hidangan lain.Kalau korang nak makan dengan Daging Black Pepper ni sahaja pun dah cukup kenyang.Sedapnya sampai teringat-ingat ke hari ni.Hehe Telur Dadar dia pulak simple and nice!Tak masin ,secukup rasa!Kadang-kadang ada jugak kedai yang masak Telur Dadar masin 'pekak' *terengganu* .Hehe.Sampaikan dah makan dengan nasi pun masih lagi masin.Tapi Telur Dadar di Restoran Bintang Laut ni sedap weh..! Yang ni pulak Ayam Sambal Berlada.Memang umphh!!Kalau korang nak masak sendiri pun,FA rasa takkan dapat sesedap masakan Chef ni.Ayam Sambal Berlada air tangan Chef di Restoran Bintang Laut ni memang sedap!FA memang suka sangat!Pendek kata kalau korang nak rasa keenakan masakan Chef Restoran Bintang Laut,korang kena datang sini.Berbaloi-baloi!Hehe Sayur Campur dia pekat melikat.Memang enak kalau makan dengan nasi.Tak cukup pulak hari tu.Hehe.Dengan ditambah pulak dengan hidangan kat atas tu,memang ummmphhhh!!Hehehe. So,kalau korang terliur nak datang ke Restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment ni,korang boleh singgah di alamat berikut: Restoran Bintang Laut p/s:Harga berpatutan dan dijamin korang akan berpuas hati :) Tak mahal pun aihh.Hehe Farisya Anastasyia atau nama sebenar Nur Amni Insyirah Hussin merupakan seorang blogger separuh masa.Mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog sejak awal Februari 2011.Gemar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan di media sosial dan para pembaca sesuai dengan tagline blog 'Ilmu Dikongsi Bersama'.Kenali penulis dengan lebih lanjut di ruangan Pena Seorang Blogger. | ||||||||||||
<b>Makanan</b> Dessert Murah <b>di</b> Kuala <b>Terengganu</b> ~ Pabila Mambang <b>...</b> Posted: 07 Jan 2014 05:41 AM PST Dessert Murah di Kuala Terengganu Hahaha....mulakan entry dengan menahan diri. Baiklah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga sihat-sihat selalu di hari ini. Kali ini kita bertemu kembali dalam episod "Sekitar di Kuala Terengganu" Entry kali ini, mambang akan ceritakan serba sedikit mengenai satu produk usahawan keluaran bumitera kelahiran Terengganu. Berlokasi di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, seorang pengusaha makanan seperti kek, lasagna, pizza, dan lain-lain makanan di bawah kategori dessert. hahaha. Dikenali sebagai nama K.Gee Muda yang telah menjalankan perniagaan ini secara berseorangan dan kadang-kadang dibantu oleh suami atau anak-anaknya telah pun berjaya menempah nama dalam kalangan peminat makanan seperti ini sekitar Kuala Terengganu. Ok sekarang biar mambang ceritakan serba sedikit antara produk yang dihasilkan oleh K.Gee Muda kita ni.
Untuk gambar di atas : 1. Frosen Resoles 1. Lasagna 7x4 2. Lasagna Macaroni Base 3 & 4 : Murtabak Cream Crackers Ha yang gambar kat atas tu nama dia Takoyaki. Mambang pun tak pasti dari mana datangnya nama tu, rasa-rasanya dari Jepun kot. hahaha...apa yang mambang pasti ialah kelazatannya hingga menjilat bekas makanan tu. hahaha....zaazzssss ! Ok next kita proceed to the next chapter iaitu Chocolate Moist Cake Meleleleleleleh ! hahahaha. Apa korang ingat korang saja ke yang meleleh baca menu-menu K.Gee ni ?? mambang yang tulis dengan upload ni dah berbunyi perut, telan air liur pon rasa segalanya dalam nih. haaa.. Ok untuk pengetahuan semua, K.Gee juga ada membuat Chocolate Moist Cake ni, yang marvelicious ha suka hati mambang lah nak capur tambah darab bahagi bahasa mambang kan. Selain itu, untuk kategori frozen, K.Gee ada menyediakan makanan seperti Sardin Roll, Resoles dan banyak lagi akan menemui anda pada tahun ini. Hah ??? karipap ??? bukan lah...gambar kat atas tu ialah sardin roll. Boleh didapati dalam bentuk frozen. Beli dan balik goreng kat rumah, lepastu boleh la makan bersama, keluarga anda ya Lastly ialah Resoles Frozen seperti dalam gambar kat atas tu, yang ni sesuai dimakan pada waktu petang bersama keluarga tersayang sambil menikmati udara segar. K.Gee juga menyediakan perkhidmatan membuat kek untuk majlis hari jadi, majlis perkahwinan, dan lain-lain majlis. Dan kepada penduduk sekitar Kuala Terengganu, anda boleh mendapatkan makanan di atas secara COD.
Baiklah untuk mengelakkan anda bosan membaca dan terpaksa menahan nafsu, jom hubungi K.Gee Muda di sini : Facebook p/s : terliur pula aku yang menulis.... |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: