Jie Susanos: Kedai <b>Makan</b> ICT Haji Pok Long (seafood) <b>di</b> Pantai <b>...</b> Posted: 17 May 2014 06:37 AM PDT Kedai Makan ICT Haji Pok Long (seafood) di Pantai Teluk Ketapang Assalamualaikum.. Singgah sekejab, makan makan di Kuala Terengganu.. Hari khamis lepas, dapat gak pergi Kuala Terengganu. Aku duduk Paka ni, dekat dekat 2 jam gak nak sampai. Bawak slow slow je, maklum la di highway pantai timur pun, speedtrack bermaharajalela. Tapi tak tahu la kalau orang lain drive..hehe.. Hari tu teringin nak makan colek (seafood kot orang panggil). Kata orang, Terengganu popular dengan colek kan. Dalam banyak banyak kedai,kedai ni menjadi pilihan kami Kedai ICT Haji Pok Long (seafood) di Pantai Teluk Ketapang.. Sesat gak nak cari kedai ni, nasib baik ada bantuan dari aplikasi Waze dan sorang penduduk dekat situ. Terima kasih pada hamba Allah yang membantu aku tu.. Antara pilihan kami makan.. Bagi aku, ikan pari celup tepung paling best. yang lain biasa biasa je. Selain tu, banyak lagi pilihan makanan yang korang boleh pilih. Aku terliur dengan aiscreamnya tapi tak larat dah nak telan. Kenyang sangat..hehe.. Emm, kalau korang nak datang sini, search je di Waze Kampung Teluk Ketapang. Dekat dekat nak sampai korang tengok papan tanda Pantai Teluk Ketapang.. Ishh, aku search Pantai Teluk Ketapang di Waze tak jumpa lak.. |
0 comments: