Saturday, April 12, 2014

Blog Makanan di Terengganu: 6c) Makanan tradisional di Kelantan - Blog Makanan di Terengganu

Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Blog Makanan di Terengganu


Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan

Posted: 03 Apr 2014 03:41 PM PDT

                                                        

'Kepelbagaian' merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.


Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.

Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.

Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam.  Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis.  Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.

Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina.  Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.

Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.  Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan.  Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering.  Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung.  Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel.  Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.  Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.

Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.  Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita.  Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan).

Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.  Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Nasi kandar mengekalkan nama 'kandar' ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.

Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Teknologi <b>Makanan</b>: <b>Makanan Tradisi</b> Negeri <b>Terengganu</b>

Posted: 03 Dec 2013 03:21 AM PST

1.NASI DAGANG

KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.


Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.

Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang.

Bagaimana ke sana???

Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.

Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun.

Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.

3.DODOL DAUN PALAS

Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.

Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.


Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.

Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya.


4.KEROPOK LEKOR

Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.

Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.


Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.

5.SATAR

Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.

Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini.

6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR

Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang.

kuih bakar

kuih akok 

7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR

Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar.

8.OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan.

9.BUDU

Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda.

                                                   erm..yummy...3x

10.KUIH NEKBAT

Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.

Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. 
Jika anda handak mengetahui dan merasa makanan tradisi Terengganu ?
sila berkunjung ke TERENGGANU.
rasalah,nikmatilah keenakannya.......lazatttttt


0 comments: