Sunday, August 3, 2014

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2014 02:11 AM PDT

Menteri Besar, Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman & Isteri meninjau Bazar Ramadan Dataran Shahbandar sempena pelancaran Kempen Kesihatan Dan Kebersihan Makanan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri, petang kelmarin.

Peniaga bazar Ramadan diingatkan supaya menjaga kualiti makanan dan tahap kebersihan premis masing-masing ketika berniaga sepanjang bulan ini. BazarJabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meningkatkan aktiviti pengawasan kebersihan dan keselamatan makanan terutamanya di bazar Ramadan agar mematuhi perundangan makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Kesihatan negeri dan PBT menggerakkan 293 Pegawai Berkuasa bagi menjalankan operasi serta pemeriksaan di bazar Ramadan.Bazar1 Menurut beliau, sebanyak 4,500 tapak penjaja di bazaar Ramadan telah didaftarkan dengan PBT di seluruh negeri melibatkan 61 lokaliti iaitu 2,265 tapak di Kuala Terengganu, Besut (460), Setiu (252), Hulu Terengganu (256), Marang (292), Dungun (590) dan Kemaman (385).

Ahmad Razif menunjukkan kemahirannya di gerai menjual murtabak di Bazar Ramadhan Taman Shahbandar.

"Selain menjaga kebersihan premis perniagaan dan juga kualiti makanan, para peniaga juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti soal pemakaian, mempamerkan tanda harga dan tidak menghalang lalu lintas semasa menjalankan perniagaan," katanya. Ahmad Razif berkata demikian dalam satu kenyataan pada Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan Peringkat Negeri di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, petang semalam.

Hadir sama, Speaker DUN, Dato' Mohd. Zubir Embong dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman. Tahun lalu, sebanyak enam notis amaran telah dikeluarkan kepada pengusaha makanan yang menjual makanan yang tidak mematuhi standard di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Selain itu kata Menteri Besar, tindakan penguatkuasaan dan rampasan turut dijalankan sepanjang Ramadan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM3,918.85.Bazar2 "Pembeli juga harus bijak menggunakan kuasa membeli dengan memilih premis atau gerai makanan yang bersih dan berkualiti dengan mengamalkan konsep 'perhati dan pilih' sebelum membeli makanan," ujarnya.-TEGANUKITA, Fauzi Mohd.

Kemuning – Penang – <b>Terengganu</b> – Bentong | diwant personal blog

Posted: 02 Aug 2014 09:00 PM PDT

Selamat hari raya diucapkan kepada anda semua dari saya dan isteri. Cuti raya hampir tamat setelah lebih seminggu kita bercuti, melawat saudara dan rakan- rakan, dan juga berjalan di serata Malaysia.

Kami juga tidak terkecuali tahun ini. Tahun ini kami menyambut hari raya pertama di kampung saya di Pulau Pinang, dan pada raya ke-4 saya mendapat tugasan 'wedding photography' di Kuala Berang, Terengganu. Jadi segala perancangan rapi telah dilakukan supaya perjalanan menjadi lancar dan tiada sebarang masalah saat akhir.

Kami bertolak dari Kota Kemuning ke Pulau Pinang pada 25 Julai 2014 (Jumaat) pagi dan tiba pada jam 5 petang. Tiada sebarang kesesakan teruk kecuali selepas tol Juru.

Kemudian pada raya ke-4, 31 Julai 2014 (Khamis) 10 pagi kami bertolak menuju ke Kuala Berang yang mengambil masa lebih kurang 8 jam. Tugasan wedding photography pada sebelah malam dan keesokan harinya (1 Ogos 2014). Setelah selesai majlis, kami memandu selama sejam ke Tasik Kenyir untuk sesi outdoor.

2 Ogos 2014 (Sabtu), kami check out awal dan bertolak ke Kuala Terengganu untuk beraya di rumah kawan isteri saya, dan meneruskan perjalanan melalui jalan pesisir pantai dari Marang ke Cherating. Kepada anda yang tidak mengejar masa dan ingin bersantai bolehlah melalui jalan ini dan menikmati pemandangan pantai serta singgah di gerai- gerai makanan di tepi jalan. Saya berani jamin bahawa antara makanan- makanan terbaik di Terengganu boleh didapati di sini.

Kami singgah di Cherating untuk makan malam di Restoran Intan Seafood sebelum meneruskan perjalanan yang bosan melalui Lebuhraya Pantai Timur dari Jabor ke Karak. Kami menetapkan masa untuk melalui lebuhraya ini pada waktu malam kerana tahap kebosanan yang tinggi jika lalu pada waktu siang. Jadi, setelah memasuki lebuhraya kami langsung tidak berhenti hingga tiba ke destinasi kami iaitu Bentong.

Inilah kali pertama kami melakukan perjalanan seperti ini dari Kota Kemuning – Pulau Pinang – Kuala Berang – Bentong yang jumlah jarak perjalanan adalah 1186km mengelilingi Banjaran Titiwangsa. Apa yang dapat saya katakan adalah perjalanan ini sangat menarik kerana dapat melihat keindahan negara kita yang ramai tidak hargai lagi…

home-penang

Kota Kemuning ke Pulau Pinang 372km

  • Masa Perjalanan : 3 jam 30 minit – 5 jam
  • Melalui Lebuhraya Utara- Selatan
  • Tempat menarik untuk dilawati: Menara Condong Teluk Intan, Bandaraya Ipoh, Pulau Pangkor (Exit Bidor), Pulau Pinang (seluruh pulau)
  • Bayaran tol: RM46.50 dari Jalan Duta – Juru
  • Jika melalui Lebuhraya Utara- Selatan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan
  • Anda boleh melalui jalan lama dengan exit tol Bidor dan terus menghala ke Teluk Intan, melalui Bruas, Sri Iskandar, Manjung dan masuk semula ke lebuhraya di exit Taiping / Changkat Jering
  • Pergi ke Lumut jika ingin ke Pulau Pangkor

_MG_6651Hari Raya Pertama_MG_6691Smartphone/ tablet di mana mana!20140727_004253Hantar album kepada Azren di pulau20140728_191308 Roti canai Jalan Transfer, yang terbaik di Malaysia, percayalah! (gambar kanan)20140728_200010The Alley coffee shop, untuk meneutralkan asid- asid lemang dan rendang20140730_215331Makan malam sekeluarga di hari terakhir sebelum bertolak ke Terengganu; Kaffa Espresso Bar Jalan Green Hall

——–

penang-k-berang

Pulau Pinang ke Kuala Berang 418km

  • Masa Perjalanan: 6 jam – 9 jam
  • Melalui Tasek Gelugor – Padang Serai – Baling – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Pasir Putih – Jerteh – Permaisuri – Kuala Berang
  • Tempat menarik untuk dilawati: Belum Rainforest, Pantai Tg Rhu Sepuluh/ Pantai Penarik, Empangan Kenyir, Tasik Kenyir Resort, pemandangan banjaran sepanjang Gerik – Jeli, Batu Bersurat, Air Terjun Sekayu, Air Terjun Belukar Bukit, Pantai Batu Burok
  • Tiada bayaran tol sepanjang perjalanan
  • Dinasihati agar melalui jalan Gerik – Jeli pada sebelah siang atas faktor- faktor keselamatan
  • Jangan tergesa- gesa melalui jalan ini kerana ia merupakan jalan lama berbengkang- bengkok dan menikmati pemandangan banjaran yang cantik

20140731_184852Info perjalanan20140731_190810Pekan Kuala Berang_MG_4820Pantai Penarik, Setiu20140801_103055 Nasi hujan panas20140801_11275020140801_113000Empangan Sultan Mahmud (Empangan keniyr)_MG_7363 Tasik Kenyir_MG_7564Couple photo

——–

ganu bentong

 Kuala Berang ke Bentong 396km

  • Masa Perjalanan: 6 jam – 10 jam
  • Melalui Kuala Terengganu – Marang – Paka – Dungun – Kerteh – Kemaman – Cherating – Jabor (Lebuhraya LTP) – Bentong
  • Tempat menarik untuk dilawati: Pantai Batu Burok, Masjid Kristal, Masjid terapung, Pantai Rantau Abang, Gerai makanan sepanjang jalan dari Marang – Dungun, Pulau Kapas, Pulau Tenggol, pantai Cherating (seafood), Pantai Teluk Bidara
  • Bayaran tol: RM21 (Jabor – Karak)
  • Dari Kuala Berang, kami melalui jalan pantai bermula dari Kuala Terengganu hingga ke Cherating
  • Jalan pantai yang sangat cantik dari Marang – Dungun, jangan lupa untuk singgah pantai Teluk Bidara dan pantai Rantau Abang
  • Gerai makanan (keropok lekor, losong, satar) sepanjang pantai
  • Kami singgah makan malam seafood di Restoran Intan Seafood di pantai Cherating

20140802_084639 Nasi kerabu Batu Burok20140802_09165820140802_114118 Masjid Terapung Kuala Terengganu20140802_12544420140802_13203020140802_13263320140802_13310420140802_133701Pantai Teluk Bidara, Dungun20140802_154855 Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman20140802_170143 Sotong celup tepung, Warung Aziz Satar, KemamanIMG_20140731_140700Kiri di Jeli, Kelantan dan kanan di Cherating, Pahang

——–

Copyright Ridhuan Abu Bakar 2014. All Rights Reserved.

7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2014 01:12 AM PDT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selamat menjalani kursus National Workshop On Application Of Radiotracer & Sealed Source Techniques On Sediments Transport Investigation And Coastal Management selama seminggu di Kuala Terengganu. Jangan pening-pening baca tajuk kursus ye, hihihi. Apa khabar pengunjung setia Healthy Vita Garden? Seminggu yang sangat mengujakan, lagi-lagi apabila berpeluang membawa keluarga untuk sama-sama bercuti di Kuala Terengganu. Apa yang penting, tidak putus-putus berdoa agar selamat pergi dan pulang disamping diberikan kesihatan yang baik ketika berada di sana.

Kali ketiga saya berpeluang ke Terengganu, memang suatu pengalaman indah buat saya yang jarang sekali dapat ke sana. Setiap petang selepas tamat sahaja kursus, saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu sambil mencari makanan-makanan yang menjadi trade mark Negeri Terengganu. Disamping itu, saya tidak melepaskan peluang untuk membawa anak saya untuk bermain pantai yang sangat cantik di Chendering.

WT

So hari ni saya bukan nak berkongsi mengenai kursus saya tetapi ingin berkongsi mengenai keindahan Negeri Terengganu dan bercadang untuk kembali ke sana, InsyaAllah. Saya Bertolak dari Putrajaya pada hari Ahad 8 Jun, 'selepas subuh' iaitu jam 12 tengah hari. Selepas subuh sangat kan? Mengemas dah checking barang bersama pembantu kecil memang mencabar. Ini bagi memastikan bekalan makanan, pakaian, ubat-ubatan, keperluan anak selama seminggu adalah mencukupi. Alhamdulillan jam 7.00 petang kami sampai di hotel penginapan, Felda Recidence Kuala Terengganu. Rupanya kami sama hotel dengan pasukan bola sepak Negeri Selangor. Malangnya, seorang pemain pun saya tidak kenal.

smpi

Yeayyy!! Kami dan sampai…

Sampai je di bilik 909, Syahmi Isyraf adalah yang paling excited. Masuk ke bilik, terus explore segenap ruang, laci dan almari.

Mama, saya nak order makanan boleh?

Mama, saya nak order makanan boleh?

geledah

Hobi saya mengemas barang!!

Selepas makan malam, kami keluar menghirup udara malam di sekitar hotel. Terdapat taman permainan dan sedikit hiasan lampu seperti di I-City Shah Alam, cantik dan indah. Jalan-jalan kemuadian kembali ke bilik hotel, esoknya (Isnin) saya mula berkursus.

playground

Malam Isnin semua peserta kursus dijemput untuk Dinner yang disediakan oleh pihak hotel bertemakan makanan 'grill'. Alhamdulillah, rezeki lagi.

grill

Menu Dinner Tema Grill

grill 2

Hari Selasa kursus seperti biasa tamat jam 5.00 petang. Selepas itu saya dan keluarga bergegas mencari satar. Teringin rasanya untuk merasa satar buatan Terengganu sehingga kami 'sesat' ke Pantai Pandak, Chendering. Bukan satar sahaja kami dapat, tapi Syahmi Isyraf kali pertama dapat bermain pantai. Melihat si kecil yang sangat teruja, kami bercadang untuk datang semula ke Pantai Pandak untuk mandi manda.

excited

Kali pertama bertemu pantai

Seperti yang dijanjikan, selepas tamat kursus,Pantai Pandak kami datang!! Saya dan Syahmi Isyraf turun dahulu sementara suami mengganti seluar untuk terjun sama. Syahmi Isyraf langsung tidak menoleh belakang apabila melihat air. Kali ni kami siap-siap beli makanan untuk ke pantai. Hampir sejam berada di sana, kami mula beransur pulang memandangkan hari hampir senja. Melihat anak dan suami keletihan bermain air, kami hanya makan malam di hotel sahaja malam.

lalalaaaaaa

Tak sempat tunggu ayah sampai…

Hari Rabu kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel kerana semasa saya berkursus, suami sudah membawa si kecil berjalan-jalan di Pasar Payang dean sekitar Kuala Terengganu.

wave glider

Majlis Perasmian Wave Glider

Hari Khamis saya mewakili agensi saya menghadiri Majlis Perasmian Wave Glider di Universiti Malaysia Terengganu (UMP). Pada sesi petang, saya kembali berkursus tetapi lebih kepada aktiviti luar. Kami di bawa mengenali lebih banyak lagi khazanah dan tempat menarik di Negeri Terengganu. Pada waktu malam pula, sekali lagi hotel mengadakan makan malam dan kali ini bertemakan makanan 'steam boat'.

_MG_1670

Steamboat!!

Hari Jumaat adalah hari penutup. Segala perbincangan dan persoalan sepanjang kursus dibentang dan diulas oleh pakar yang dijemput Khas dari Agensi Nuklear Malaysia dan KEARI, Korea. Alhamdulillah, minggu yang sangat menarik. Tak terasa kepenatan berada di sana.

_MG_1422

Semua Pakar dan peserta yang terlibat

Jam 12 tengah hari kami mula berangkat pulang ke Putrajaya. Singgah solat dan singgah makan di Kuala Dungun, kami meneruskan perjalanan. Setelah 4 jam, baru tersedar kami berpatah balik ke Kuala Terengganu. Jam 4 petang, kembali mencari haluan asal tetapi terjumpa jalan lagi 100Km ke Kuantan. Kami mengambil keputusan untuk terus ke kampong halaman saya di Muadzam Shah. Alhamdulillah selamat sampai di rumah mak jam 9.00 malam. Maka berhujung minggu lah kami di rumah mak. Siap mencuci semua pakaian semasa di Terengganu, kami kembali ke Putrajaya pada hari Ahad selepas makan tengah hari.

pilah

Pulang ke pangkal jalan!!

Jalan sesak teruk di Kuala Pilah. Perjalanan yang sepatutnya hanya 3 jam, memakan masa 5 jam setengah. Selamat sampai di rumah sebelum maghrib. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. Hari Isnin adalah hari bekerja seperti biasa.

0 comments: