7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
Orang Melayu <b>Terengganu</b> wujud <b>di</b> Kepulauan Natuna? (Budu dan <b>...</b> Posted: 31 Aug 2014 08:07 PM PDT Pulau Natuna- Makanan Terengganu seperti nasi dagang, kayu keramat dan pulut lempa juga dikatakan terdapat di sana. Biarpun ia telah menjadi milik negara Indonesia, tetapi tetapi dari segi geografi ia lebih dekat dengan Terengganu, kira-kira 450 kilometer dari bandar Chukai Kemaman. Dikatakan boleh sampai ke pulau itu dalam tempoh 30 jam menaiki bot nelayan dari bandar daerah Kemaman itu. Pekerja-pekerja cari-gali minyak Luar Pantai yang berpusat di Kerteh, mengetahui tentang kewujudan tempat atau pulau ini. Kuih onde-onde juga merupakan makanan kegemaran penduduk kepulauan Natuna dan onde-onde juga terdapat di Terengganu. Begitu juga dengan laksa yang disebut disana sebagai 'Laksa Kuah'. Ia tidak lain dan tidak bukan sepertimana laksa kuah santan putih sepertilah yang popular di Terengganu, cuma laksanya diperbuat dari tepung sagu, bukannya gandum atau beras.
Dari sudut geografi memanglah kepulauan Natuna yang mempunyai gugusan 272 buah pulau kesemuanya terlalu dekat dengan Terengganu, bersetentang khususnya daerah Kemaman atau Chukai Kemaman atau bersempadan dengan Kuantan Pahang. Penulis sekadar membuka polemik dan pemikiran baru tentang kedudukan dan kehebatan orang-orang Terengganu di masa lalu sebenarnya yang merupakan pelaut dan pengamal maritim yang hebat sebenarnya. Tunggu selepas ini, penulis akan menemui bekas-bekas ahli pelayaran perahu besar dan perahu kecil dari Terengganu yang merentasi sempadan negara, yang kini masih hidup di senja usia. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: