Cerita Kedai Kopi: Sultan Terengganu Hadiri Festival Peranakan ... - Blog Makanan di Terengganu
Cerita Kedai Kopi: Sultan <b>Terengganu</b> Hadiri Festival Peranakan <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu |
Cerita Kedai Kopi: Sultan <b>Terengganu</b> Hadiri Festival Peranakan <b>...</b> Posted: 13 Sep 2014 06:00 PM PDT Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Festival Peranakan Terengganu di Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi. Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebuadayaan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee. Pada majlis itu, Tuanku Mizan berkenan menyaksikan 24 perarakan, termasuk persembahan orang peranakan Terengganu yang lahir di kawasan itu sejak beratus tahun lalu Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Dato' Low Kian Chuan berkata festival julung kali diadakan itu turut memperkenalkan tradisi masyarakat Cina dahulu serta pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat berkenaan. "Di Terengganu kita mahu orang ramai tahu tentang Mek dan Awang yang mempunyai sejarah makanan, budaya serta cara hidupnya yang seakan serupa dengan masyarakat Melayu. "Jadi dengan adanya festival ini ia bukan sahaja mampu menghidupkan kembali nostalgia lama malah mampu membantu memperkenalkan Terengganu," katanya. Sepanjang festival sembilan hari, berakhir 20 September itu dijangka mampu menarik 50,000 pengunjung. Mereka yang hadir disajikan dengan pelbagai acara termasuk tarian, demonstrasi masakan, pameran binatang eksotik dan taichi. Sepanjang penganjuran festival itu, hotel serta restoran turut menjalin kerjasama dengan menyajikan makanan orang peranakan Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: