7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
Nikmati <b>Kuih</b> Tradisional <b>Terengganu</b> 'Kek Ang' Dan Nasi Dagang <b>...</b> Posted: 02 Dec 2014 10:14 PM PST Nasi dagang adalah sejenis makanan yang popular di Terengganu, terutama bagi sarapan pagi. Namun tidak semua masakan nasi dagang itu berkualiti, terdapat yang istimewa, biasanya dari resepi dan cara masakan orang-orang lama. Penulis berkesempatan menemui seorang pengusaha nasi dagang yang telah hampir 40 tahun memasak, menyedia dan menjual nasi dagang ala Terengganu, bernama Mak Cik Yah Ladang Sekolah. Nama sebenarnya Hajjah Khaziah binti Mohd, berusia 70 tahun kelihatan masih gagah dan bersemangat dengan nasi dagang yang dijual dengan harga RM3 sebungkus di bangsalnya yang kini terletak di sebelah pintu belakang perumahan Ladang Gemilang 1. Beliau boleh dikatakan menjual nasi dagang setiap hari, termasuk hari Jumaat bermula seawal jam 7.30 pagi. Pada hari Jumaat katanya, beliau juga menambahkan beberapa kuih tradisional Terengganu seperti , contohnya 'kek ang'. Kuih 'Kek ang' diperbuat daripada adunan tepung gandum dan dipotong keping seperti laksam. Kepingan telah dimasukkan ke dalam air mendidih, apabila terapung, ia dianggap masak. Untuk kuah, bahan-bahan adalah santan, isi ikan panggang , bawang, halia, halba, garam, gula dan lada hitam. Mengenai nasi dagang, beliau memberitahu ikan tongkol yang dikukus/rebus sebelum digulai mestilah direbus lama, kira-kira 3 jam dan dimasukkan juga asam keeping (gelugur) dan lengkuas bagi tujuan melembutkannya di samping membantu menyedapkan masakan gulai nanti. Beliau tidak menggunakan ajinomoto dalam masakannya dan rempah gulai dibuat sendiri, seperti ketumbar butir dan tidak menggunakan rempah siap yang dijual dikedai. Mak Cik Yah sebenarnya yang berasal dari Kampung Tanjung, Kuala Terengganu sebenarnya mewarisi masakan dari ibu dan neneknya yang memang terkenal sejak dahulu lagi dalam bidang masakan tradisional Terengganu; masa itu menurutnya nasi dagang dijualnya dengan harga 20 sen sahaja sebungkus. Sesiapa yang ingin menikmati nasi dagang dan kuih kek ang yang diusahakan oleh Mak Cik Yah sejak 1970 an ini bolehlah ke Kampung Ladang Sekolah (belakang Sekolah Agama Ladang) atau bersebelahan Ladang Gemilang 1. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: