Sunday, November 1, 2015

30 Pengusaha Saji Makanan Tradisional Di 'Terengganu Kitchen' - Blog Makanan di Terengganu

30 Pengusaha Saji <b>Makanan Tradisional Di</b> &#39;<b>Terengganu</b> Kitchen&#39; - Blog Makanan di Terengganu


30 Pengusaha Saji <b>Makanan Tradisional Di</b> &#39;<b>Terengganu</b> Kitchen&#39;

Posted: 21 Oct 2015 02:42 AM PDT

logo png

Pengunjung program Pesona Terengganu 2015 berpeluang menikmati pelbagai jenis masakan popular dan tradisi negeri ini secara santai dan terbuka di 'Terengganu Kitchen'.

'Terengganu Kitchen' akan memperkenalkan variasi makanan tradisional Terengganu daripada 30 pengusaha makanan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut berkata, 'Terengganu Kitchen' merupakan salah satu segmen yang diketengahkan sempena program Pesona Terengganu 2015 yang dijadualkan berlangsung selama lima hari di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 29 Oktober ini.

Katanya, orang ramai khususnya dari luar Terengganu dialu-alukan berkunjung ke gerai-gerai yang bakal menjual pelbagai juadah tradisi enak.

"30 usahawan makanan dari Terengganu akan menyajikan pelbagai hidangan tradisi dan popular termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit.

"Tidak ketinggalan ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan," ujarnya.

Menurut Marzuki, selain menjual makanan tradisi, 'Terengganu Kitchen' turut membawakan chef popular termasuk Chef Zamzani untuk membuat demostrasi masakan Terengganu.

Pesona <b>Terengganu</b> 2015 <b>di</b> Dataran Merdeka mulai esok | Pesona <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2015 01:11 AM PDT

Pesona Terengganu 2015 akan 'membawa' negeri ini ke ibu negara dalam program selama lima hari bermula Khamis ini yang dirintis bagi memberi nafas baharu ke arah melonjakkan kegiatan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Karnival di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu yang dijayakan seiring pendekatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) akan mempromosi pelbagai tarikan di negeri ini dalam pelbagai bidang dengan kekayaan sumber alam, seni budaya dan warisannya di samping pelaburan dalam perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah ke depan itu membolehkan rakyat negara ini dan warga asing mengenali Terengganu dengan lebih dekat ke arah menjadikan Terengganu berada di tangga teratas terutama dalam industri pelancongan.

"Kita membawa wajah Terengganu kepada masyarakat di negeri-negeri lain. Dalam masa yang sama kita akan mendedahkan perkembangan pembangunan di negeri ini dan perancangan masa depan dengan potensi yang ada.

"Melalui program ini juga, kita mengetengahkan produk-produk keluaran kira-kira 100 usahawan anak negeri termasuk dalam industri kraf agar mereka dapat memperluaskan pasaran termasuk melalui jalinan rangkaian niaga," katanya di sini baru-baru ini.

Ahmad Razif memberitahu, Pesona Terengganu 2015 dilaksanakan selaras dengan Tahun Melawat Terengganu 2017 sekali gus membuktikan keseriusan kerajaan negeri melakukan transformasi dalam memangkin pembangunan ekonomi terutama melalui bidang pelancongan.

"Ini merupakan projek pertama kerajaan negeri dalam mempromosikan TMT 2017. Perkara ini akan diberi penekanan bagi merealisasikan TMT 2017 agar mencapai matlamat yang diharapkan,'" ujarnya.

Difahamkan, Pesona Terengganu yang dirancang penuh warna-warni dengan sasaran lebih 400,00 pengunjung turut dicadangkan untuk diadakan ke selatan dan utara Semenanjung selain dibawa ke negara-negara jiran.

Kata Ahmad Razif, pelbagai pengisian disediakan menerusi lapan segmen yang ditampilkan iaitu TTB, keusahawanan, pelancongan, pendidikan dan sains, ekonomi dan pelaburan, kebudayaan dan kesenian, pertanian, serta sumber manusia dan sukan.

"Program dibahagikan dalam tiga format iaitu consumer show melibatkan aktiviti promosi dan jualan produk dan perkhidmatan manakala trade show pula fokus kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat, seminar dan perbincangan mengenai kesemua sektor pembangunan," katanya.

Program di Dataran Merdeka akan berlangsung mulai 29 hingga 31 Oktober dari pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala Terengganu Kitchen di Dataran DBKL yang bakal memperkenalkan pelbagai produk makanan tradisional, akan berakhir pada 2 November.

Seramai 30 usahawan akan menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati pengunjung manakala beberapa chef ternama akan diundang untuk mengadakan demonstrasi masakan.

Karnival Pesona Terengganu akan dimeriahkan lagi dengan persembahan para penggiat seni oleh kalangan anak negeri dalam pelbagai bidang termasuk melalui segmen Simfoni Penyair Timur sebagai satu penghargaan kepada penyair J.M Aziz. UTUSAN

0 comments: