7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
- <b>Terengganu</b> Terima Pelaburan Perhotelan, <b>Makanan</b> Halal Dari China
- 0 comments - Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 7) Makanan di <b>...</b>
- 30 Pengusaha Saji <b>Makanan</b> Tradisional <b>Di</b> '<b>Terengganu</b> Kitchen <b>...</b>
- 0 comments - Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 7) Makanan di <b>...</b>
<b>Terengganu</b> Terima Pelaburan Perhotelan, <b>Makanan</b> Halal Dari China Posted: 09 Feb 2016 11:53 PM PST Kerajaan negeri bakal menerima pelabur dari China dalam masa terdekat bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kehadiran pelabur-pelabur tersebut adalah bagi mengadakan hubungan antara kerajaan negeri dengan Persatuan Cina-Muslim Seberang Laut di Malaysia (OCMA). "Setelah berbincang, mereka mungkin akan membuat pelaburan di negeri ini terutama dalam bidang perhotelan dan makanan halal. "Buat masa sekarang, mereka telah mengenal pasti beberapa tempat bagi mengadakan usahasama yang bakal dilangsungkan ini," katanya. Beliau ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Bagi Meraikan Rombongan Pelaburan Persatuan Cina-Muslim Luar Negara Bersama Menteri Besar di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Osman Muda dan Naib Presiden OCMA, Ismail Cui Wei. Pada majlis tersebut, seramai 80 ahli OCMA turut hadir bagi membincangkan peluang pelaburan di Terengganu. |
0 comments - Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 7) Makanan di <b>...</b> Posted: 26 Jan 2016 02:32 AM PST KETUPAT SOTONG Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemar tersendiri. KUIH BERONOK Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut. KAYU KERAMAT Makanan tradisional Terengganu yang sedap dan kebanyakan sebagai menu makan pagi. Biasa dijual diwarong warong tepi jalan dan agak susah didapati dipasar pasar. Kayu Keramat rasanya memang sedap.Rupanya ada persamaan ngan Cakoi tetapi rasanya tak sama.Kalau cakoi ada rasa bawang dan berwarna putih manakala kayu keramat ni rasanya manis dan lemak.Sedap jika dimakan bersama kopi-o atau tea-O. PULUT LEPA Pulut Lepa adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti ikan. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada ikan, bawang, dan lada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak. SATAR Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. SLEMANG Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis. PUTERI MANDI Salah satu kuih tradisional Terengganu yang hampir menyamai kuih ondeh-ondeh cuma berbeza sedikit dari cara pembuatannya.Kuih ini selalu menjadi juadan ketika minum petang dan rasanya agak manis.Terdapat dua jenis kuih Puteri Mandi,salah satunya berwarna keputihan yang di perbuat daripada kelapa parut muda dan yang keduanya berwarna kekuningan di mana ianya di perbuat daripada kelapa parut tua dengan campuran manisan(gula melaka).Kuih ini senang didapati ketika bulan ramadhan yang mana menjadi salah satu hidangan untuk berbuka. KUIH NEKBAT Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Terengganu. LEMPENG NYIOR Di Terengganu, adunan lempeng dicampurkan dengan air kelapa muda supaya rasanya berlemak dan manis. Sekiranya tiada air kelapa muda, memadai menggunakan kelapa parut sebagai penambah adunan. OTAK - OTAK TERENGGANU Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak lebih enak dimakan ketika masih panas. |
30 Pengusaha Saji <b>Makanan</b> Tradisional <b>Di</b> '<b>Terengganu</b> Kitchen <b>...</b> Posted: 21 Oct 2015 02:42 AM PDT Pengunjung program Pesona Terengganu 2015 berpeluang menikmati pelbagai jenis masakan popular dan tradisi negeri ini secara santai dan terbuka di 'Terengganu Kitchen'. 'Terengganu Kitchen' akan memperkenalkan variasi makanan tradisional Terengganu daripada 30 pengusaha makanan tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut berkata, 'Terengganu Kitchen' merupakan salah satu segmen yang diketengahkan sempena program Pesona Terengganu 2015 yang dijadualkan berlangsung selama lima hari di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 29 Oktober ini. Katanya, orang ramai khususnya dari luar Terengganu dialu-alukan berkunjung ke gerai-gerai yang bakal menjual pelbagai juadah tradisi enak. "30 usahawan makanan dari Terengganu akan menyajikan pelbagai hidangan tradisi dan popular termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit. "Tidak ketinggalan ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan," ujarnya. Menurut Marzuki, selain menjual makanan tradisi, 'Terengganu Kitchen' turut membawakan chef popular termasuk Chef Zamzani untuk membuat demostrasi masakan Terengganu. |
0 comments - Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 7) Makanan di <b>...</b> Posted: 07 Jan 2016 01:14 AM PST Pengunjung program Pesona Terengganu 2015 berpeluang menikmati pelbagai jenis masakan popular dan tradisi negeri ini secara santai dan terbuka di 'Terengganu Kitchen'. 'Terengganu Kitchen' akan memperkenalkan variasi makanan tradisional Terengganu daripada 30 pengusaha makanan tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut berkata, 'Terengganu Kitchen' merupakan salah satu segmen yang diketengahkan sempena program Pesona Terengganu 2015 yang dijadualkan berlangsung selama lima hari di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 29 Oktober ini. Katanya, orang ramai khususnya dari luar Terengganu dialu-alukan berkunjung ke gerai-gerai yang bakal menjual pelbagai juadah tradisi enak. "30 usahawan makanan dari Terengganu akan menyajikan pelbagai hidangan tradisi dan popular termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit. "Tidak ketinggalan ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan," ujarnya. Menurut Marzuki, selain menjual makanan tradisi, 'Terengganu Kitchen' turut membawakan chef popular termasuk Chef Zamzani untuk membuat demostrasi masakan Terengganu. Teganukita |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: