Wednesday, January 29, 2014

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


<b>Makanan</b> Dessert Murah <b>di</b> Kuala <b>Terengganu</b> ~ Pabila Mambang <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 05:41 AM PST

Dessert Murah di Kuala Terengganu

Hahaha....mulakan entry dengan menahan diri.

Baiklah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga sihat-sihat selalu di hari ini. Kali ini kita bertemu kembali dalam episod "Sekitar di Kuala Terengganu"

Entry kali ini, mambang akan ceritakan serba sedikit mengenai satu produk usahawan keluaran bumitera kelahiran Terengganu. 

Berlokasi di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, seorang pengusaha makanan seperti kek, lasagna, pizza, dan lain-lain makanan di bawah kategori dessert. hahaha. Dikenali sebagai nama K.Gee Muda yang telah menjalankan perniagaan ini secara berseorangan dan kadang-kadang dibantu oleh suami atau anak-anaknya telah pun berjaya menempah nama dalam kalangan peminat makanan seperti ini sekitar Kuala Terengganu.

Ok sekarang biar mambang ceritakan serba sedikit antara produk yang dihasilkan oleh K.Gee Muda kita ni.

mars bar, dessert, kuala terengganu
Ruquisimo Mars Bar
Ok untuk produk di atas ni namanya Ruquisimo Mars Bar. Yang ni boleh dibeli secara pos atau COD (Cash on Delivery).
choc, chocolate, cake, coklat
Lasagna + Chocolate Cake
Ok yang kat atas ni pula namanya Lasagna dan Chocolate Cake. Yang ni la yang mambang dapat makan masa kat rumah K.Gee dulu...hahaha....memang sedap kalau makan panas-panas Lasagna ni. Dah la dapat makan, lepastu K.Gee Muda bagi pulak kat mambang untuk dihayati dalam bas masa perjalanan pulang. hahaha. Oh ya lupa pula, untuk Lasagna dan Kek Coklat ini, perkhidmatan pos tidak disediakan kerana takut-takut bila sampai nanti dah jadi bentuk lain. hahaha. Jadi untuk yang nak dapatkan Lasagna ni, penghantaran hanya secara COD sahaja ye.
lasagna
Lasagna sebelum & selepas

dessert, k.terengganu
Antara tempahan yang diterima
Seterusnya mari kita menghayati antara desert yang K.Gee buat ya...
mango casablanca, kt, terengganu

Untuk gambar di atas :

1.  Frosen Resoles
2.  Cheezy Crackers Nestum
3. Mango Casablanca
4.  Chese Cake

lasagna, kt, terengganu

1. Lasagna 7x4
2. Lasagna Macaroni Base
3 & 4 : Murtabak Cream Crackers


Ha yang gambar kat atas tu nama dia Takoyaki. Mambang pun tak pasti dari mana datangnya nama tu, rasa-rasanya dari Jepun kot. hahaha...apa yang mambang pasti ialah kelazatannya hingga menjilat bekas makanan tu. hahaha....zaazzssss !

Ok next kita proceed to the next chapter iaitu Chocolate Moist Cake Meleleleleleleh ! hahahaha. Apa korang ingat korang saja ke yang meleleh baca menu-menu K.Gee ni ?? mambang yang tulis dengan upload ni dah berbunyi perut, telan air liur pon rasa segalanya dalam nih. haaa..



Ok untuk pengetahuan semua, K.Gee juga ada membuat Chocolate Moist Cake ni, yang marvelicious ha suka hati mambang lah nak capur tambah darab bahagi bahasa mambang kan.

Selain itu, untuk kategori frozen, K.Gee ada menyediakan makanan seperti Sardin Roll, Resoles dan banyak lagi akan menemui anda pada tahun ini.


 Hah ??? karipap ??? bukan lah...gambar kat atas tu ialah sardin roll. Boleh didapati dalam bentuk frozen. Beli dan balik goreng kat rumah, lepastu boleh la makan bersama, keluarga anda ya
resoles frozen, dessert

Lastly ialah Resoles Frozen seperti dalam gambar kat atas tu, yang ni sesuai dimakan pada waktu petang bersama keluarga tersayang sambil menikmati udara segar.

K.Gee juga menyediakan perkhidmatan membuat kek untuk majlis hari jadi, majlis perkahwinan, dan lain-lain majlis.

Dan kepada penduduk sekitar Kuala Terengganu, anda boleh mendapatkan makanan di atas secara COD.

blooggers, review
Sesi bergambar bersama K.Gee Muda  
blooggers, review
Bergambar bersama K.Gee Muda dan suaminya

Baiklah untuk mengelakkan anda bosan membaca dan terpaksa menahan nafsu, jom hubungi K.Gee Muda di sini :

Facebook 
Whats App : 012-9880351

Dan jangan lupa sekali lagi nyatakan anda pembaca blog coretan-mambang.my untuk mendapat harga promosi !!!

p/s : terliur pula aku yang menulis....

0 comments: