Thursday, January 23, 2014

Blog Makanan di Terengganu - Blogger - Blog Makanan di Terengganu

Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blogger - Blog Makanan di Terengganu


Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blogger

Posted: 18 Jan 2014 03:28 AM PST

MAKANAN PELIK-PELIK TAIK MINYAK TAIK ITEK!! Ingat lagi lagu popular Jalil Hamid bertajuk makan?? HAH!! Layan makanan pelik-pelik dalam entry gua kali ini!! Jangan loya tekak sudahlah!!


DI DAPUR sebuah restoran di Manado, Sulawesi, Indonesia, kelihatan seorang lelaki sedang memegang hujung ekor seekor tikus. Tikus hutan itu sudah pun mati sebenarnya dan kini badannya dijinjit secara terbalik, kepala di bawah. Sebelah lagi tangan lelaki itu, menyemburkan api dari dapur gas ke arah tikus tersebut untuk membakar dan membuang bulu tikus berkenaan. Kini badan tikus itu menjadi putih pucat.

Itu tikus kasi salai dulu..
Tikus-tikus ini dikumpulkan dalam satu bakul

             Setelah siap, tikus itu dan tikus-tikus lain yang telah dibuang bulunya tadi dipotong kepalanya. Kemudian badannya dibelah menjadi dua bahagian. Nampaklah segala isi badannya yang merah dan masih berdarah lagi. Setelah itu, kedua-dua bahagian tadi  dipotong sama besar menjadi empat. Setiap satu bahagian mempunyai sebelah kaki.

Kasi potong empat atau dadu

            Kini, lelaki itu membasuh potongan-potongan tikus tersebut sampai bersih. Apabila sudah bersih, ia dimasukkan ke dalam besen, lalu dicampur dengan garam, kunyit dan macam-macam rempah lagi.

Kasi perap sama rempah sama cili

            Api dinyalakan. Kuali berisi minyak masak diletakkan di atas tungku. Apabila minyak sudah mendidih, ketulan-ketulan daging tikus itu digoreng hingga rangup. Sudah siap.

Tikus goreng yang sedang panas itu degan pantas diletakkan ke dalam pinggan bersama sepiring serbuk cili. Pelayan datang lalu menghantarnya kepada pelanggan yang sejak tadi sudah tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati tikus goreng tersebut.

Nampak menyelerakan tak?? eeeww!!

Mereka memasukkannya ke dalam mulut dan mula mengunyah isinya yang panas berasap itu dengan penuh nikmat hingga terpejam biji mata. Daging tikus itu dimamah-mamah, kemudian ditelan...

            Yeeakkkk...!!

            Tikus goreng sebenarnya menjadi kegemaran sebahagian warga Indonesia, khususnya di Manado. Bentuknya seperti ayam goreng. Kepada kita, makanan itu amat pelik dan jijik sekali, tetapi kepada mereka, tidak.

            Sebenarnya, selain tikus goreng, banyak lagi makanan-makanan pelik yang menjadi kegemaran sebahagian daripada penduduk negara tersebut. Satu lagi makanan pelik di Indonesia ialah kaki monyet goreng. Kaki ini digoreng garing. Daging dan tulang kaki haiwan itu kemudian dikunyah sekali, lalu ditelan sampai habis.

Kaki katak goreng dan kelawar salai juga menjadi kegemaran sebahagian penduduk negara tersebut. Ia dijual di pasar-pasar dan.... rangup sekali pak!

Keropok ikan? 
Taklah!! nilah Borewos!!
·        Afrika Selatan: Antara makanan yang paling pelik ialah Borewos. Borewos adalah daging yang sudah diramukan dengan beberapa jenis rempah, lalu disumbat ke dalam usus kambing, lembu dan babi, kemudian dibakar. Biltong pula adalah daging haiwan liar seperti rusa, gajah dan zirafah yang dihiris halus-halus, kemudian dikeringkan. Daging kering ini menjadi makanan ringan kepada para penyokong pasukan ragbi di negara tersebut, macam kita makan keropok ikan Terengganu.

  • Apakah adunan yang bercampur
    dengan darah ini? clueless!!
  • Hungary: Darah babi dicampur telur adalah antara makanan kegemaran mereka. Di tersebut ada musim menangkap babi. Pada musim itu, mereka akan mengejar haiwan berhidung `mancung' itu berkeliling rumah. Apabila sudah dapat, babi itu akan dikelar lehernya. Darah yang memancut keluar akan ditadah terus ke dalam belanga, kemudian dicampur telur, lalu digoreng. Jadilah telur dadar darah babi! Yeaakkk!!  Belum habis lagi, Yob! Kepala babi tidak dibuang begitu saja, membazir. Sebaliknya ia dipanggang. Lemak dan lendir yang menitis dari kepala babi itu ditadah ke dalam satu bekas yang diletakkan di lantai. Di dalam bekas itu pula terdapat sejenis sup. Seorang penulis blog yang pernah menulis tentang makanan pelik itu memberitahu, dia melihat kawan perempuannya memakan sup lendir babi tersebut, kemudian menjilat bibirnya... slurrppp. 

·         Selatan Amerika Syarikat: Antara yang terkenal ialah otak tupai. Mula-mula tupai yang telah dibuang bulunya itu dimasak , kemudian dengan menggunakan jari dan garfu, kita kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya. Kata orang yang pernah makan, rasanya macam cendawan.

·        Ukraine: Salo – lemak babi yang disimpan dalam tong atau dimakan sejuk, sama ada secara mentah , goreng atau rebus.

·        Austria: Beuschl adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warga negara itu. Ia diperbuat daripada hati, ginjal dan jantung babi yang dipotong halus lalu dimasak dengan pelbagai rempah ratus.

·        Thailand:  Di kalangan masyarakat Karen yang tinggal di kawasan tanah tinggi negara itu, antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar. Tikus yang telah garing itu kemudian dihidangkan dalam mangkuk berisi sambal, lalu dimakan bersama pulut. Kalau di Malaysia lebih kurang macam makan pulut berlauk rendang dan sambal ikan bilislah...

·        Perancis : Tete de veau adalah nama sejenis makanan yang diperbuat daripada kepala lembu yang telah dimasak lalu dipotong bersegi-segi. Otak lembu diletakkan di sudut pinggan, kemudian dimakan sejemput demi sejemput, macam kita memakan tempoyak.

Teete De Veau.. macam lempuhh ler yeop!!
Ni pon Tete De Veau.. version cream puff!!

·  Norway:  Smalahove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang disalai selama beberapa hari. Setelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu dimakan termasuk, mata, otak, lidah dan lendir-lendirnya sekali.
Smalahove

·        Trinidad: Puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka.

·        Hong Kong: Daging kucing dimakan bersama roti kukus.

·        Afrika: Susu lembu dicampur dengan darah yang memancut dari leher haiwan yang disembelih. Ia merupakan makanan kegemaran masyarakat Masaai.

 

Inilah cara-cara puak Masaai dapatkan darah lembu ya? Geng Black Metal minum darah kambing cam gini ke?

·        Filipina: Anjing-anjing  yang kurus kering, berkurap, berkutu dan suka merayau ke sana ke mari mengais sampah, akan ditangkap untuk dijadikan makanan. Pemandangan ini adalah biasa di Filipina. Di Batangas misalnya, anjing-anjing yang telah disiat kulitnya ini digantung di tepi-tepi jalan macam itik panggang.

Daging anjing juga menjadi kegemaran di banyak negara Asia lain. Dikatakan di Korea, pernah terjadi seekor anjing telah dibawa ke makmal untuk dikaji. Bagaimanapun, di akhir uji kaji tersebut, anjing tersebut dibunuh dan dimakan oleh para penyelidik tersebut!

            Daging anjing juga menjadi kegemaran penduduk Vietnam.     

·    Sepanyol dan Kanada: Testis babi dirincik halus-halus, kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli. Makanan pelik ini dinamakan Criadillas. Ramai juga yang suka testis ini dibuat barbeque!

·    Changsha, China: Terdapat restoran-restoran tertentu yang sebahagian lauknya dicampurkan dengan susu ibu!

Sebenarnya, banyak lagi makanan pelik yang terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, pelik bagi kita tidak semestinya pelik bagi mereka. Maksudnya, budu dan tempoyak adalah makanan pelik dan jijik kepada masyarakat Barat, tetapi kepada kita, tidak. Begitulah sebaliknya.

            Sesungguhnya Tuhan telah menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa, dan mereka hidup dengan pelbagai budaya dan kepercayaan. Itulah yang menjadikan dunia ini begitu indah dan berwarna-warni. Apa yang perlu kita lakukan ialah saling mengenali dan saling menghormati, walaupun kita berasa jijik dan tidak setuju dengan apa yang mereka lakukan. 


NOTA: Perlu diingat, artikel ini bukan bermaksud makanan itu dimakan oleh semua penduduk negara terbabit.

KLThugs: Pernah makan sate ulat sagu, sate belalang kunyit, sate torpedo, sate biji getah dan beraneka sate pelik-pelik di karnival 1001 rasa sate kajang 2010..



Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: Anak Sungai Derhaka: Gereja <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2014 03:33 AM PST


Pada 9 Januari yang lalu,  kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang.

Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut.

"Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini.

"Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini.

Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

"Dulu kita pertahankan supaya gereja ini tidak dibina,tapi selepas tukar pemerintahan,mereka buat apa yang mereka suka tanpa berbincang terlebih dahulu.

"Kita,penduduk kampung yang rasa kesannya.Kalau nak buat (bina gereja),buatlah di kawasan mereka...bukan ditempat kita," katanya.

Johari turut berharap agar umat Islam menilai sendiri keadaan yang berlaku kini kerana tindakan pihak yang memberikan kelulusan pembinaan gereja ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam.

Sementara itu,memorandum bantahan pembinaan gereja turut diserahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin dan diterima oleh Setiausaha MDKS bagi pihak YDP MDKS,Noraini Roslan. 

Azahari berkata, pihaknya akan meneliti memorandum yang diserahkan oleh wakil penduduk kampung kepada pihaknya.

Itu apa yang dilaporkan oleh RakyatNews di SINI

Untuk makluman semua JKKP adalah lantikan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO/BN dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Meskipun ianya telah dibantah oleh kebanyakkan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana berlakunya pertindihan tugas demi kepentingan macai-macainya ianya diteruskan juga oleh Kerajaan Pusat.

Mereka direlakan makan elaun atau gaji buta kerana kebanyakkan dari mereka hanya memerhatikan sahaja JKKK melakukan kerja.

Berbalik kepada isu Geraja.. siapa yang membenarkan Gereja tersebut dibina sila baca di bawah..

PAS mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an. 

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula. 

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu. 

"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja. 

"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. 

Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman. 

Menurut Khalid lagi, hasil carian dengan pejabat tanah dan daerah mendapati Lot 178 di mukim Tanjung Karang itu dijual oleh pemilik asalnya kepada Setiausaha Majlis Pemegang Amanah (Malaysia Barat) Gereja Methodist Malaysia untuk tujuan pembinaan gereja pada tahun 26 April 1982. 

Khalid berkata, PAS Tanjung Karang maklum gereja itu dibina di kawasan Melayu namun jelasnya pihak gereja Methodist telah mempunyai hak untuk berbuat demikian sejak lebih 30 tahun lamanya. 

Menurutnya, PAS Tanjung Karang mengambil pendirian "tidak menyokong dan tidak juga membantah" pembinaan gereja tersebut selepas menyelidiki latar belakang peristiwa yang membawa kepada pembinaan gereja itu. 

Katanya, keluasan tapak gereja itu yang hanya 14 ribu kaki persegi tidak menjadi isu kerana ia hanyalah sebesar satu lot rumah banglo yang mampu memuatkan sekitar 30 hingga 40 penganut Kristian pada satu-satu masa. 

"Tempat ketiga termulia bagi org Islam iaitu Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, di sebelahnya ada gereja yang wujud sejak sebelum zaman Nabi Muhammad. 

"Saidina Omar sendiri menziarahinya apabila sampai di Baitulmuqaddis. 

"Ini saiz (gereja Tanjung Karang) lebih kurang lot banglo sahaja, janganlah nak beri gambaran seolah-olah ia sebesar Masjid Negara. 

"Bagi PAS, ia hak orang Kristian dan ia tanah yang dibeli dan ditukar syarat khas untuk (dibina) gereja. 

"Kenapa Umno tak bising dahulu?" soal Khalid sambil mendakwa ia merupakan strategi politik untuk melagakan orang Islam dan orang Kristian ~ Malaysiakini


Ha... ha... ha... yang luluskan ialah pemimpin UMNO.. yang bantah pulak macai-macai UMNO.. kan dah jadi meludah ke langit..

Kes Bunuh Budak <b>Di Terengganu</b> #amrayylensa

Posted: 22 Jan 2014 07:32 PM PST

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.

Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu.

Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka.

Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan.

Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media.

Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat.

Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah.

Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya.

Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis.

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu.

Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh.

Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.


Berita mula diterbitkan pada: Januari 22, 2014 17:36
Astro Awani | Kemas kini: Januari 22, 2014

GAMBAR SUSPEK YG DITUDUH



AMRAYY

0 comments: