Friday, January 24, 2014

Kes Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Dibunuh di Paka, Terengganu - Ibu ... - Blog Makanan di Terengganu

Kes Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Dibunuh <b>di</b> Paka, <b>Terengganu</b> - Ibu <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu


Kes Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Dibunuh <b>di</b> Paka, <b>Terengganu</b> - Ibu <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 02:12 AM PST

bunuh-budak-2tahun-paka

Semalam seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 2 tahun,Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan. Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan. Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ibu mangsa,Rabiatul Adawiyah Mamat, 28,  telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam.

Memetik notis dari laman Facebook rasmi PDRM, teman lelaki yang berusia 25 tahun dan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Dungun semalam antara empat suspek ditahan polis. Bapa kandung kanak-kanak malang itu masih ditahan di penjara berhubung kesalahan dadah. Hasil siasatan mendapati laporan dibuat ibu mangsa berhubung kehilangan anaknya itu pada Jumaat adalah palsu kerana dipercayai telah dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan itu. Dalam laporan itu, ibu kanak-kanak itu memaklumkan anaknya itu hilang selepas ditinggalkan bersendirian dalam sebuah kenderaan semasa dia dan teman lelakinya berjumpa rakan di Dungun.

Ketika ditahan, semua suspek dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah. semua suspek termasuk ibu mangsa terbabit dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan.

Gambar suspek

Gambar suspek

Tambahan : Ada yang mengatakan bahawa ibu mangsa seorang penagih dadah telah menjual mangsa kepada lelaki yang telah merogolnya.

Di bawah adalah laporan polis yang telah dibuat oleh pengawal keselamatan :

Pengadu: 
Nama:Mohd Faizal Bin Abdullah
Umur:30 tahun
Pekerjaan: Pengawal keselamatan
Alt: 03/124 Felda Kerteh 05, Ketengah Jaya, Dungun.

Klasifikasi kes:Sek 302KK

I.O kes: Insp G17944 Roslina bt Salleh

Tempat kejadian:-
Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.

Simati:- Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah
Umur:- 2 tahun
Jantina: Perempuan

Fakta kes:

Pada 21/1/14 jam 1520hrs semasa pengadu membuat rondaan di kawasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan awal:

Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Repot:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 1930hrs anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka. 

Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai.

Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian

-Tempat kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
-Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
- Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
- Simati memakai baju gaun warna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
- Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
- Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.
- Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah spt berikut:-
1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
2. Keratan wayar warna putih
3. Swab peluh pada pemegang pintu dapur
4. 3 swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
5. Serpihan kayu pintu dapur yang diumpil
6.3 cap jari

Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/1/14 jam 0900hrs. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Terima kasih YDH Dato/Tuan.

laporan-polis

<b>Pelik</b> Menteri Besar <b>Terengganu</b> Jadi Hero Ke Antartika Pula ~ Info <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2014 05:52 PM PST

Pelik Menteri Besar Terengganu Jadi Hero Ke Antartika Pula | Jika benar Ahmad prihatin terhadap alam sekitar, tindakan yang perlu diambil adalah melihat kampung sendiri di Kemaman terlebih dahulu dan prihatin terhadap isu alam sekitar di Terengganu termasuk Tasik Kenyir.Projek yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar di Kenyir iaitu projek Kompleks Bebas Cukai bernilai beratus juta tetapi dilakukan dengan cara tidak betul sehingga menjejaskan alam sekitar kawasan hutan semula jadi Kenyir.

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mempersoalkan kepakaran dan latar belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja melibatkan kajian kesan perubahan cuaca dan alam sekitar ke Antartika bermula 18 Januari lalu hingga 2 Februari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, perkara itu menjadi tanda tanya memandangkan ia dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang sepatutnya diketuai menteri atau pakar berkaitan.

"Saya tengok sendiri tahun lepas. Untuk projek di kawasan eko-tourism sebegini sepatutnya pokok diselamatkan dan dikekalkan dan bangunan hanya dibina di celah pokok hijau. Ini adalah prinsip utama garis panduan projek di kawasan hutan eko-tourism," katanya kepada pemberita di Pejabat Parlimen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Jelasnya, banyak isu alam sekitar di peringkat tempatan khususnya di negeri ini yang perlu ditangani tetapi tidak diambil perhatian termasuk penambakan muka kuala yang tiada kajian secara menyeluruh.

Begitu juga katanya, dengan pencemaran alam di Kemaman di bawah projek Tioxide, Perwaja Steel dan syarikat besi dari China yang mungkin akan menyebabkan kandungan kimia racun lebih tinggi apabila proses bijih besi Bukit Besi ini dibakar di Kemaman.

"Australia dan Brazil yang beratus kali lebih besar dari Malaysia tidak membenarkan pembakaran besi dengan sulfur yang tinggi dilakukan di negara mereka tetapi dieksport dan dibakar di China kerana itulah pencemaran alam negara China amat buruk.

"Kalau prihatin pencemaran alam, Menteri Besar tidak patut menerima projek yang ditolak negara lain. Beliau kerap ke China dan sedia maklum pencemaran yang teruk di sana, belajarlah dari contoh ini, tidak perlu ke Antartika untuk kaji alam sekitar atau pemanasan global. Tengok kampung dahulu," katanya.

Ahmad mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja tersebut yang merupakan program inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bertujuan membuka laluan bagi kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan kendalian bersama dengan Instituto Antartico Chileno (Inach), Chile.

Ia juga akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menyumbang dari segi penyelidikan berkaitan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.

0 comments: