"Pameran Inovasi Makanan" | Diari Awan Samudera - Blog Makanan di Terengganu
"Pameran Inovasi <b>Makanan</b>" | Diari Awan Samudera - Blog Makanan di Terengganu |
"Pameran Inovasi <b>Makanan</b>" | Diari Awan Samudera Posted: 20 Jan 2014 10:26 PM PST Hai ollz, tadi aku belek-belek fone aku then terjumpe gambar2 kenangan mase kelas kami anjurkan Program "Pameran Inovasi Makanan" kat Dewan Gadung UiTM Dungun pada 16 Disember 2013, bebaru ni. Actually, program tu dibuat untuk memenuhi silibus subjek kiteorang untuk semester 4 ni iaitu "Advanced Food". Tugasan kiteorang ialah tiap group kena cipta satu makanan yang unik and menarik. Tema diberi ialah "Local to International". Kelas aku x ramai so cume 8 group je dibentuk. Kiteorang kena compete sesame sendiri tp by group okeyh! Memula tiap group kena buat proposal then lepas approve oleh lecturer kiteorag, Madam Sarah, baru la kiteorang start masuk makmal then buat produk makanan pilihan tu sampai jadi and sesuai untuk dipasarkan. Kat event tu semua tetamu boleh rase produk-produk kat situ. Nak tahu tak, ape produk group aku?? Ok, produk nye ialah Jus Nam Nam. Ehhh, ape bende tuu? Mungkin ade yang x tahu ape Nam Nam ni. Actually, Nam Nam ni sebenarnye buah yang jugak dikenali sebagai Buah Katak Puru kat negeri Pantai Timur especially Terengganu and Kelantan. Name saintifiknye ialah Cynometra Cauliflora. Kat Indonesia, buah ni orang panggil Buah Kopi Anjing. Pelik kan name die?? Acaner ghupenye buah tu ye? Haaaa, korang zoom kat bawah ni ye. Amacam, ade ghupe kodok x? huhu. Memang ghupe buah and name buah ni xde la indah sangat pon. Tapi don't worry. Rase buah ni memang best okeyh! Buah die masam- masam manis skit. Ade orang makan buah ni camtu je, ade yang cicah ngan serbuk asam and kuah rojak, ade yang goreng buat macam goreng pisang tu, ade yang buat sambal belacan gantikan dengan buah mangga, and ade yang buat jus. Actually, aritu memang susah sangat nak cari buah ni kat Dungun tu sebab musim hujan. So pokok pon x nak berbuah time tu. Hampir putus asa jugak time tu sampai kiteorang terfikir nak tukar produk last minit. Tapi lepas jumpe lecturer kiteorang, Madam Noristisarah atau Madam Sarah, kiteorang teruskan jugak produk ni and bawak ke event tu. Madam Sarah banyak bagi kata semangat and nasihat supaya kiteorang x putus asa. Thanks Madam! Ok sekarang aku nak citer kat korang secara simple steps nak buat jus ni. Memula, basuh buah tu bersih-bersih pastu blend ngn air sampai hancur. Then, tapis gune cheese cloth and didihkan dalam periuk. Pastu masukkan gula and sikit garam. Bile dah boil, sejukkan sekejap and tapis lagi gune cheese cloth. Then last, campurkan dengan titisan jus calamansi atau pon perahan limau kasturi. Sebabnye group kiteorang mixed nam nam campur calamansi skit. Antara produk lain yg dipertandingkan dalam event tu ialah, Pucuk Labu Ravioli, Daging Burger Sate, Ais Krim Teh Tarik, Jem Ceri Kampung, Jeli Ciku, Krim Rambutan and Biji Getah as Agen Pemekat dlm kuah. Setiap group akan di judge oleh 2 juri. Ok, jom cuci mata tengok gambar-gambar yang diambil mase event tu berlangsung. Check it out yaw!!
Alhamdulillah, tanpa disangka, group kiteorang produk Jus Nam Nam akhirnye jadi pilihan juri and dapat number 1! Hadiahnye? Kiteorang dapat voucher combinations KFC + Pizza + Ayamas. In Shaa Allah, kalau ade rezeki, next sem madam akan hantar beberapa group yang layak untuk ke peringkat yg lagi tinggi untuk promote produk masing-masing. Ok, kat bawah ni aku selitkan beberapa gambar sepanjang berada dlm makmal Advanced Food. Like seriously akan rindu nak masuk makmal lagi and bereksperiment dengan makanan. Pasni xde dah masuk makmal coz semester baru bakal bermula bulan 3 nanti dgn subjek baru. Ok dah penat menaip. K bai! Sudah baca entry tadi? Sila ringankan jari jemari runcing anda untuk like dan komen ye.. terima kasih, sayang kamu semuaa... | ||||||||||||||||||||
Anak Sungai Derhaka: Ling Liong Sik kata Peguam Negara bodoh? Posted: 21 Jan 2014 02:16 AM PST Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh. Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut. "Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini. Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ. Dr Ling adalah menteri pengangkutan dari 1986 hingga 2003 mengatakan harga tanah PKFZ kini sudah meningkat dan melihat kembali pembelian tanah ketika itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan. "Tanah dijual kepada PKFZ dengan harga RM21 kaki persegi dan itu adalah harga jualan. Hari ini, ia berharga di antara RM70 dan RM80 kaki persegi. Itu sudah menunjukkan keuntungan," katanya. Dr Ling juga menggesa media menemuramah pihak pengurusan PKFZ tentang bagaimana ia berjaya sekarang. Ini merupakan kali kedua Dr Ling menyerang Abdul Gani selepas minggu lepas. Dr Ling dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Cina minggu lepas menuduh Peguam Negara memandang rendah pemimpin Cina yang pernah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Bekas presiden MCA itu mengatakan beliau cuba untuk hidup seperti biasa selepas menjalani perbicaraan yang beliau anggap sebagai "kesilapan pendakwaan" akan tetapi mengakui sudah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu ~ The Malaysian Inisder |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: