Tuesday, January 21, 2014

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


Pakej Bilik Seminar <b>di Terengganu</b> | Nabila Biela

Posted: 01 Jan 2014 08:53 AM PST

!Assalamualaikum!

Aiiiiii...sedang mencari pakej bilik seminar di Terengganu ye? Okay, hari ni nak citer pasal pakej bilik seminar di Terengganu yang best. Kenapa best? sebab pakej bilik seminar ni termasuk penginapan lagi tau. Pakej bilik seminar yang aku nak citer ni berada di Sumai Apartment Hotel di Kuala Terengganu.

Banyak pakej yang disediakan untuk bilik seminar seperti pakej pelajar, pakej korporat dan pakej seminar kerajaan dan swasta. Bilik seminar ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk microphone, white screen, free wifi, makanan dan banyak lagilah untuk keperluan mengadakan seminar, harga pulak sangat berpatutan iaitu hanya RM60 seorang untuk sehari dan RM45 untuk separuh hari termasuk makan okay!!


pakej bilik seminar di Terengganu
besar dan sangat mewah

Amat berbaloi jika menyewa bilik seminar di Sumai Hotel Apartment ni kerana selain biliknya selesa, makanan disini pun sangat sedap dan mewah kerana disini terdapatnya Restoran Bintang Laut. Restoran Bintang Laut betul-betul berada di dalam Sumai Hotel Apartment ni namun, orang luar pun boleh kesini untuk menikmati makanan yang power lazat..hihi.

Apa yang istimewa sangat dengan Restoran Bintang Laut ni??haa ni lah nak citer..makanan kat sini semuanya best, sampai hari tu aku makan tambah-tambah..hahaha..okay, aku citer makanan istimewa kat sini ye..yang paling-paling istimewa kat sini ialah tempoyak ikan patin. Siapa tak try memang rugi sebab chef yang masak ikan ni memang berasal dari Temerloh...sebab tu lah aku cakap sedapppp tuhhhh..meh tengokk sikit biaq terliuq..hahaha

mohon terliur..hihihi*kredit gambar duniafarisya.com*

Resepi yang kedua meletup kat sini ialah ikan bakar...cuba bayangkan...ikan, pari, sotong dan banyak lagi makanan laut yang fresh-fresh kat depan korang dan korang hanya pilih untuk dibakar depan-depan korang..syok kan??haa camtulah sistem pembakaran ikan kat sini. Memang sedaplah kan dibakar fressh...wuu,,rugi tak cube youuu..harga promosi sekarang, hanya RM20 untuk seorang...makan sepuas hati okay....hihi

muke hepy sebab ikan bakar sedap sangat...yuhhuuuu

Kalau tadi asyik makan makanan melayu je, ni nak citer makanan cina yang special kat sini. 100% buatan chef melayu tau, jadi bagi penggemar masakan cina, jangan segan-segan datang kat sini.  Masakan cina chef kat sini sangat mengujakan. Aku yang tak pernah hayat makan masakan cina pun jadi tetarik..wohaaa..meh usha masakan cina...

pembuka selera kamiii
ayam dan sup ni yang paling aku suke, ranggup sangat ayam dia.

Banyak lagi sebenarnya yang masakan cina ni, tapi tak nak lah letak semua kan, nanti korang termimpi-mimpi pulak..hehe..jadi kalau nak, silalah ke Restoran Bintang Laut di Sumai Hotel Apartment di Kuala Terengganu ye.

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Restoran Bintang Laut ni serta pakej yang terdapat disini, bolehlah terus hubungi nombor dibawah ye ^__^ :

Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment

Noor Zarimaniza Mohd

014.5243941

p/s: tengok je ke?? jomlah try sekali..tak rugiiii...;)

Restoran terbaik <b>di</b> Kuala <b>Terengganu</b> | ~ LIFE JOURNEY ~

Posted: 31 Dec 2013 03:18 PM PST

Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Catatan kali ini adalah kesinambungan dari entry yang lepas berkenaan dengan percutian saya dan 9 rakan blogger yang lain di Sumai Hotel Apartment.Perjalanan,penginapan,makan dan minum kami di taja sepenuhnya oleh pihak Sumai Hotel.Terima kasih banyak saya ucapkan pada Sumai Hotel dan Blooggersdotcom.Sewaktu menginap di Sumai Hotel selama tiga hari 2 malam kami makan di Restoran Bintang Laut yang terdapat bahagian bawah Sumai Hotel.Dari sarapan pagi sehingga ke makan malam.Restoran Bintang Laut merupakan restoran terbaik di Kuala Terengganu yang pernah saya kunjungi.Dari segi service sehingga kepada harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan.Makanan nya pun sedap.kira berbaloi kalau anda nak cuba makan disini.Restoran ini dibuka dari 7 pagi sehingga 11 malam setiap hari dan terbuka kepada umum.So,apa lagi meh la datang dan rasa sendiri.Parking pun senang.

Saya nak cerita bab menu sarapan pagi dulu,untuk sarapan pagi biasanya pihak Restoran Bintang Laut akan menyediakan pelbagai menu untuk penghuni Sumai Hotel kerana mereka menyediakan pakej penginapan sekali dengan Sarapan.So,senang sikit tak perlu nak ke tempat lain.Restoran Bintang Laut telah mendapat pengesahan sijil HALAL oleh JAKIM dan telah mendapat Gred A dari segi kebersihan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Sarapan Pagi.

Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Sarapan bersama pihak pengurusan Hotel dari kiri En.Rosdi Mohamad - Executive Assistant Manager dan En.Wan Kamaruzaman Bin Wan Husin - F&B Executive.Mereka berdua bersama kak Nor atau Along ,En.Zubir dan Wana yang banyak melayani serta membantu kami sepanjang di Sumai Hotel.
Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Antara menu yang disediakan untuk sarapan pagi nasi lemak,mihun,roti,nasi dagang antara menu pilihan pengunjung yang disediakan oleh Restoran Bintang Laut dan banyak lagi .Menu dihidangkan secara buffet.Boleh pilih mana yang anda suka.Selamat menjamu selera.

Makan Tengahari.

Untuk makan tengahari Restoran Bintang Laut juga ada menyediakan menu Express Set Lunch - Nasi + Ayam/Daging/Ikan + Sayur + Air  yang berharga RM12 sahaja.Menu ini bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang sahaja.Dan untuk hari Ahad hingga Khamis.jumaat sabtu tiada.


Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Itu untuk menu Express,untuk special menu pun ada jom tengok apa yang kami makan sepanjang saya berada di Sumai Hotel Apartment.


Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Antara menu hari pertama kami.Dihidangkan dengan menu ala kampung dengan pebagai lauk seperti sotong,udang ,ayam serta ulam-ulaman.Memang sedap.Untuk set hidangan seperti ini harganya cuma sekitar RM30 - RM40 seorang.

Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Tempoyak ikan patin,Menu yang menjadi pilihan bagi peminat ikan patin dan bagi penggemar tempoyak.Nak cuba boleh datang ke Bintang Laut Restoran di Sumai Hotel Apartment.

Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Ini pula Menu makan tengahari kami pada hari kedua.Disebabkan jadual kami amat padat pada hari ini ,Pihak Restoran Bintang Laut yang merupakan restoran terbaik di Kuala Terengganu telah menyediakan menu istimewa untuk kami.Just nice.Hari ni takda nasi,bagi ringan sikit perut.Untuk Set Lunch seperti ini anda hanya perlu bayar RM30 seorang.Antara menunya adalah dari kiri:-

*Madley seafood cocktail with blueberry dressing

*Cream of black mushroom soup

*Grilled roll chicken with mushroom sauce served with garlic mashed potato and glazzing vegetable.

*Treasure chocolate cakes coffee or tea

Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Kami sedang menjamu selera,walaupun agak keletihan dengan pelbagai aktiviti ,tapi bab makan in shaa ALLAH kami tak letih.Thanks Restoran Bintang Laut dan Sumai Hotel Apartment kerana menyediakan makan minum kami dengan service yang terbaik.

Minum Petang.

Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Untuk minum petang.Rasanya apa yang kami makan tengahari tadi pun masih belum proses.Masa untuk minum petang pula.Menu istimewa orang terengganu Ikan Celup Tepung atau nama glamournya ICT.

selain dari ICT,udang goreng tepung,sotong goreng tepung dan keropok lekor turut disediakan.Sebab itu saya katakan Restoran Bintang Laut merupakan Restoran Terbaik di Kuala Terengganu kerana disitu ada pelbagai jenis menu dengan harga yang sangat berpatutan.

Makan Malam

Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Malam kami semua layan ikan bakar special.Aroma baunya cukup menyelerakan tekak.tak boleh tahan dengan baunya.ikan bakar disini berlainan sedikit dengan tempat lain.Kerana bahan-bahannya telah diolah dan direka sendiri oleh Chef Restoran Bintang Laut.Memang sedap.melekat kat tekak rasanya.BEST.Harganya pun berpatutan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Restoran terbaik di Kuala Terengganu
Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Menu lain juga turut disediakan.Anda boleh pilih dan makan ikut selera anda.

Selain dari ikan bakar korang juga boleh pilih menu lain,terpulang pada tekak masing-masing.Untuk menu malam kedua kami disini kami dihidangkan dengan menu Chinese Cuisine.
Cuba tengok kami makan.


Restoran terbaik di Kuala Terengganu

Berakhir sudah dua malam kami di sumai hotel apartment.Sepanjang kat sumai hotel kerja kami semua tidur, makan ,minum dan jalan-jalan.Memang the best.
Nanti kalau korang teringin nak ke Restoran Bintang Laut ni atau Teringin nak menginap kat Sumai Hotel Apartment,jangan segan-segan boleh terus call :-

Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment
Noor Zarimaniza Mohd
014-5243941
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 comments: