6c) Makanan tradisional di Kelantan - Google Blog Search - Blog Makanan di Terengganu
6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog Search - Blog Makanan di Terengganu |
- 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog Search
- jalan-jalan: balik kampung, visit kuala <b>terengganu</b>.. - erti sebuah <b>...</b>
- Gambar <b>makanan tradisional</b> - Blog <b>Makanan</b> Pahang - Blogger
- Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: <b>Makanan</b> Western Sedap <b>di</b> Kuala <b>...</b>
6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog Search Posted: 09 Feb 2014 11:01 PM PST Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.
Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam. Sharing is caring posted from Bloggeroid |
jalan-jalan: balik kampung, visit kuala <b>terengganu</b>.. - erti sebuah <b>...</b> Posted: 09 Feb 2014 09:37 PM PST Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. iNi adalah my first entry for 2014. Year 2014 adalah year of Visit Malaysia, so nak share cite pasai Kuala Terengganu, Terengganu. By the way, nak said thanks tuk blog hipmomreport.com kerana beri peluang pada blog ni untuk entry mengenai visit Pulau Langkawi bersama family menang consolidation prize. Alhamdulillah.. Terkejut + hepi sebab xcaya leh menang. Dimaklumkan pertandingan blog berkaitan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini mendapat sambutan 55 entries dari 40 bloggers dari Malaysia, Jepun and Singapore. Again, this kind of appreciation make me become more determination to continue blogging. Rezeki.. Rezeki.. Alhamdulillah.. Di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu - replika Batu Bersurat Pada Cuti Chinese New Year lepas, baru ada kesempatan tuk balik Kg wife di Kuala Terengganu dan aku nye village kat Jeli, Kelantan. Bertolak sebaik je abis kerja jam 6.00ptg dari Putrajaya sebab nak lari dari jem punya pasai. Lepas pemanduan berhemah selama 8jam, Alhamdulillah kami tiba jua di Kg. Chabang Tiga , Kuala Terengganu ni. Okla, entry kali ni bukan la nak citer details about our activities but nak share citer antara yang menarik di Terengganu especially di Kuala Terengganu. 1- Pasar Payang, Kuala Terengganu KaLu korang datang Kuala Terengganu, pasar ini adalah tempat yang wajib korang lawati. Apa yang menarik di Pasar Payang ni, semua barangan tradisional beridentitikan Terengganu seperti keropok, baju batik dan makanan tradisional mudah diperolehi di sini. Cara perniagaan pun masih tradisional iaitu peniaga duduk di atas tempat duduk tinggi (ala-ala stage) dan dikelilingi dengan barangan jualan dan masih ramai lagi peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan disini. Kalu nak bercerita tentang harga - sememangnya murah bagi pengunjung memandangkan kalu barangan yang sama macam baju batik dijual di area Kuala Lumpur xsama dengan harga di sini. Memang murah berbanding di KL sana. Apa yang pasti, korang kena datang sendiri sini baru tahu berbaloi-baloi atau x membeli belah disini. Tips membeli belah di sini, belilah barangan dengan peniaga yang gerainya kecik sebab bukan hanya kerana harga yang ditawarkan lebih murah tapi secara tidak langsung kita membantu meningkatkan ekonomi mereka yang kebanyakkan mereka lebih memerlukan hasil pendapatan perniagaan untuk menyara keluarga mereka yang masih daif. Rata-rata mereka datang dari jauh dengan hasil tangan mereka sendiri seperti buah-buahan untuk berniaga dan 10sen yang kita bayar kepada mereka adalah lebih besar nilainya berbanding kita beli dengan tokey kedai yang sedia ada kaya. Peniaga yang baru nak bungkus keropok keping Peniaga di atas, customer di bawah 2- Pantai Batu Burok Pantai ni memang famous Kuala Terengganu. Apa yang menariknya pantai ni adalah tiupan angin Laut China Selatannya yang menyegarkan dan suasananya aman. Tapi, sayangnya di pantai ni, tidak boleh untuk aktiviti mandi-manda. Sekadar untuk beristirehat dan berkelah. Struktur pantainya yang berbahaya memang x sesuai untuk mandi manda dan kanak-kanak boleh bermain layang-layang disini. Pada yang berminat untuk naik kuda tu, ada perkhidmatan menunggang kuda disediakan disini tapi dengan bayaran. No money no talk.. haha. Kunjungan ke Kuala Terengganu ni memang xlengkap kalau x singgah di Pantai batu Burok ni. Aktiviti bermain layang-layang Santai dan berkelah Humaira excited pijak pasir pantai 3- Masjid Kristal, Kuala Terengganu Masjid ini terletak berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. Selain dijadikan tempat persinggahan untuk muslim/muslimat untuk menunaikan solat, masjid ini menarik perhatian ramai pengunjung disebabkan struktur pembinaannya yang unik dan cantik. Terletak di tebing Sungai Terengganu, dibina dengan kaca dan keluli. Tips melawat Masjid Kristal ni, datang waktu sunset sebab boleh nikmati panorama matahari terbenam dan waktu malamnya pula, kelihatan lampu masjid yang terpancar indah. Taman tepi area Masjid Kristal ni pun cantik dan sesuai untuk pengunjung untuk buat aktiviti riadah jogging. View Masjid Kristal pada waktu malam 4- Makanan Tradisional Terengganu. Kalu disebut Terengganu, makanan pertama yang terlintas dalam pemikiran kita mesti keropok lekor atau pun nasi dagang. Yang penting memang sedap keropok lekor dan nasi dagang ni. Selain 2 makanan ni, ada lagi makanan tradisonal Terengganu ni. Antaranya adalah laksam terengganu (yg ni memang favourite aku). Rasanya lebih kurang sama laksam kelantan. Bezanya. ntahla, aku rasa sama je.. ahaha.. 1 lagi yang korang leh cuba adalah ketupat sotong atau sotong sumbat. Kelantan pun ada sotong sumbat ni tapi yang Terengganu ni memang lain sebab ada kuah warna putih.. hihi.. Best atau x, kena la cuba sendiri. Nasi Dagang Keropok Lekor Laksam Terengganu-Kelantan Ketupat Sotong @ Sotong sumbat Kalu nak bercerita lebih pasai Terengganu ni, memang banyak yang lagi yang boleh di story kan. Ini hanya sebahagian yang ada d Kuala Terengganu. Satu lagi, bulan April dan Jun setiap tahun adalah aktiviti menarik untuk mencandat sotong. Pada yang di luar sana nak wat aktiviti mencadat sotong, tapi xtahu nak contact sapa, leh la contact aku @ comment ruangan entry ni untuk watkan event mencandat sotong tuk korang. Tapi minimum dalam 10 orang tuk penempahan bot. Itu je entry kali ni. nanti share apa yang menarik di Kelantan lak. Let's VISIT MALAYSIA 2014! =) "Mengembara tanpa pemerhatian umpama telefon tanpa bateri" -piJoL |
Gambar <b>makanan tradisional</b> - Blog <b>Makanan</b> Pahang - Blogger Posted: 12 Feb 2014 03:47 AM PST Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam. Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu. Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini. Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.
Seorang pengusaha, Maznah Abdul Rahim, 54, berkata, penyediaan sambal Pahang tidak rumit kecuali ketika memasak belimbing buluh yang memakan masa berjam-jam lamanya sehing�ga bertukar warna kepada coklat tua atau hitam. Secara asas, katanya, proses menghasilkan belimbing hitam itu mudah walaupun mengambil berjam-jam untuk mengeringkannya. Tampuk pada belimbing dibuang terlebih dulu dan dibasuh untuk membuang kotoran yang melekat jika ada. "Masukkan belimbing buluh ke dalam tin sehingga penuh bersama garam kasar dan masak dengan api sederhana sehingga belimbing menjadi kecut dan bertukar menjadi coklat kehitam-hitaman (anggaran satu tin biskut 800 gram, satu peket kecil garam kasar). "Tidak perlu menggunakan air semasa merebus kerana belimbing mengeluarkan airnya sendiri," katanya yang mewarisi resipi sambal hitam diperturunkan nenek moyangnya. Dia berkata, belimbing buluh itu dimasak menggunakan dapur kayu atau arang. Proses merebus belimbing mengambil masa antara tiga hingga enam jam bergantung kepada jumlah belimbing yang digunakan. "Dari segi kualiti belimbing, semakin lama direbus semakin lama ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya dan selamat dimakan kerana tiada bahan pengawet. "Ada juga remaja yang gemar melakukan aktiviti lasak menempahnya untuk dibawa sebagai bekalan makanan dan pembuka selera ketika melakukan aktiviti perkhemahan di pusat rekreasi di kampung ini," katanya. Bagi Wan Juhaida Wan Hassan, 33, pengusaha sambal Pahang kini boleh menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Sejak mengusahakan produk tradisional itu beberapa bulan lalu, permintaan untuk sambal hitam sentiasa meningkat terutama dalam kalangan mereka yang hendak mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan makan. "Saya tidak menang ta�ngan menghasilkan sambal ini, malah terpaksa menolak permintaan kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya mengikut waktu dijanjikan. "Saya memperoleh resipi ini daripada nenek yang diperturunkan kepada ibu (Masti Mohd Dawi, 62) dan menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kami sekeluarga," katanya yang turut menghasilkan pelbagai masakan tradisional di kampungnya, Kampung Kuala Atok, Raub. Wan Juhaida berkata, sejarah sambal Pahang di Raub bermula di Mukim Sega dibawa penduduk Lipis yang berhijrah ke daerah itu. "Menurut ibu, sambal ini asalnya hanya menggunakan belimbing, cili api dan ikan bilis saja tetapi dipelbagaikan dari semasa ke semasa, malah ada yang mencampurkan bawang merah, bawang putih dan ikan rebus. Dalam pada itu, Wan Juhaida berkata, tidak ramai yang mengetahui air rebusan belimbing enak dicicah dengan ikan bakar terutama ikan air tawar. "Tidak perlu bahan tambahan lain, cuma patahkan lada. Ia amat menyelerakan. Air rebusan belimbing juga boleh digunakan untuk membersihkan ikan air tawar bagi menghilangkan bau hanyir," katanya. Ramai generasi muda tidak mengetahui cara pe�nyediaan sambal hitam mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap masakan tradisi itu. "Malah ada yang tidak menyedari kewujudan sambal ini kecuali mereka yang menghadiri majlis kenduri-kendara, doa selamat dan hari raya kerana ia hidangan wajib di kebanyakan majlis berkenaan di kawasan Pahang barat," katanya. Wan Juhaida berkata, tidak perlu mencari resipi untuk mendapatkan sukatan bahan kerana ia mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sambal mengikut selera sendiri. Norhaida Md Kamarudin, 41, pula mempelajari masakan tradisi itu daripada orang lama sewaktu membantu kerja memasak di majlis kenduri. "Kami selalu bergotong-royong membuat sambal Pahang apabila ada majlis keramaian di kampung ini. Di situlah saya belajar cara memasaknya. "Rasa sambal hitam belimbing buluh ini memang terbaik kerana membuka selera dengan rasanya yang pedas dan masam, malah ia boleh dimakan begitu saja bersama nasi panas," �kata�nya yang menetap di Kampung Melayu Cheroh, Raub. Katanya, harga belimbing hitam yang siap direbus kini mencecah RM40 sekilogram dan sambal hitam siap berharga antara RM80 hingga RM100 sekilogram. "Ramai kenalan dan ahli keluarga yang menetap di luar Raub kerap meminta kami menyediakan sambal hitam dalam kuantiti yang besar untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing kerana ada permintaan daripada mereka yang sudah menikmati keenakan sambal Pahang ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08 |
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: <b>Makanan</b> Western Sedap <b>di</b> Kuala <b>...</b> Posted: 04 Feb 2014 11:40 AM PST Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: