7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
whateVer - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blogger Posted: 07 Feb 2014 11:43 AM PST Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.
Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam. Sharing is caring posted from Bloggeroid |
7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 03 Feb 2014 01:03 AM PST Catatan kali ini adalah kesinambungan dari entry yang lepas berkenaan dengan percutian saya dan 9 rakan blogger yang lain di Sumai Hotel Apartment.Perjalanan,penginapan,makan dan minum kami di taja sepenuhnya oleh pihak Sumai Hotel.Terima kasih banyak saya ucapkan pada Sumai Hotel dan Blooggersdotcom.Sewaktu menginap di Sumai Hotel selama tiga hari 2 malam kami makan di Restoran Bintang Laut yang terdapat bahagian bawah Sumai Hotel.Dari sarapan pagi sehingga ke makan malam.Restoran Bintang Laut merupakan restoran terbaik di Kuala Terengganu yang pernah saya kunjungi.Dari segi service sehingga kepada harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan.Makanan nya pun sedap.kira berbaloi kalau anda nak cuba makan disini.Restoran ini dibuka dari 7 pagi sehingga 11 malam setiap hari dan terbuka kepada umum.So,apa lagi meh la datang dan rasa sendiri.Parking pun senang. Saya nak cerita bab menu sarapan pagi dulu,untuk sarapan pagi biasanya pihak Restoran Bintang Laut akan menyediakan pelbagai menu untuk penghuni Sumai Hotel kerana mereka menyediakan pakej penginapan sekali dengan Sarapan.So,senang sikit tak perlu nak ke tempat lain.Restoran Bintang Laut telah mendapat pengesahan sijil HALAL oleh JAKIM dan telah mendapat Gred A dari segi kebersihan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Sarapan Pagi. Sarapan bersama pihak pengurusan Hotel dari kiri En.Rosdi Mohamad - Executive Assistant Manager dan En.Wan Kamaruzaman Bin Wan Husin - F&B Executive.Mereka berdua bersama kak Nor atau Along ,En.Zubir dan Wana yang banyak melayani serta membantu kami sepanjang di Sumai Hotel. Antara menu yang disediakan untuk sarapan pagi nasi lemak,mihun,roti,nasi dagang antara menu pilihan pengunjung yang disediakan oleh Restoran Bintang Laut dan banyak lagi .Menu dihidangkan secara buffet.Boleh pilih mana yang anda suka.Selamat menjamu selera. Makan Tengahari. Untuk makan tengahari Restoran Bintang Laut juga ada menyediakan menu Express Set Lunch - Nasi + Ayam/Daging/Ikan + Sayur + Air yang berharga RM12 sahaja.Menu ini bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang sahaja.Dan untuk hari Ahad hingga Khamis.jumaat sabtu tiada. Itu untuk menu Express,untuk special menu pun ada jom tengok apa yang kami makan sepanjang saya berada di Sumai Hotel Apartment. Antara menu hari pertama kami.Dihidangkan dengan menu ala kampung dengan pebagai lauk seperti sotong,udang ,ayam serta ulam-ulaman.Memang sedap.Untuk set hidangan seperti ini harganya cuma sekitar RM30 - RM40 seorang. Tempoyak ikan patin,Menu yang menjadi pilihan bagi peminat ikan patin dan bagi penggemar tempoyak.Nak cuba boleh datang ke Bintang Laut Restoran di Sumai Hotel Apartment. Ini pula Menu makan tengahari kami pada hari kedua.Disebabkan jadual kami amat padat pada hari ini ,Pihak Restoran Bintang Laut yang merupakan restoran terbaik di Kuala Terengganu telah menyediakan menu istimewa untuk kami.Just nice.Hari ni takda nasi,bagi ringan sikit perut.Untuk Set Lunch seperti ini anda hanya perlu bayar RM30 seorang.Antara menunya adalah dari kiri:- *Madley seafood cocktail with blueberry dressing *Cream of black mushroom soup *Grilled roll chicken with mushroom sauce served with garlic mashed potato and glazzing vegetable. *Treasure chocolate cakes coffee or tea Kami sedang menjamu selera,walaupun agak keletihan dengan pelbagai aktiviti ,tapi bab makan in shaa ALLAH kami tak letih.Thanks Restoran Bintang Laut dan Sumai Hotel Apartment kerana menyediakan makan minum kami dengan service yang terbaik. Minum Petang. Untuk minum petang.Rasanya apa yang kami makan tengahari tadi pun masih belum proses.Masa untuk minum petang pula.Menu istimewa orang terengganu Ikan Celup Tepung atau nama glamournya ICT. selain dari ICT,udang goreng tepung,sotong goreng tepung dan keropok lekor turut disediakan.Sebab itu saya katakan Restoran Bintang Laut merupakan Restoran Terbaik di Kuala Terengganu kerana disitu ada pelbagai jenis menu dengan harga yang sangat berpatutan. Makan Malam Malam kami semua layan ikan bakar special.Aroma baunya cukup menyelerakan tekak.tak boleh tahan dengan baunya.ikan bakar disini berlainan sedikit dengan tempat lain.Kerana bahan-bahannya telah diolah dan direka sendiri oleh Chef Restoran Bintang Laut.Memang sedap.melekat kat tekak rasanya.BEST.Harganya pun berpatutan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Menu lain juga turut disediakan.Anda boleh pilih dan makan ikut selera anda. Selain dari ikan bakar korang juga boleh pilih menu lain,terpulang pada tekak masing-masing.Untuk menu malam kedua kami disini kami dihidangkan dengan menu Chinese Cuisine. Cuba tengok kami makan. Berakhir sudah dua malam kami di sumai hotel apartment.Sepanjang kat sumai hotel kerja kami semua tidur, makan ,minum dan jalan-jalan.Memang the best. Nanti kalau korang teringin nak ke Restoran Bintang Laut ni atau Teringin nak menginap kat Sumai Hotel Apartment,jangan segan-segan boleh terus call :- Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment Noor Zarimaniza Mohd 014-5243941 |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: