Wednesday, February 5, 2014

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 01:59 AM PST

 

Assalamualaikum.

Ha aritu plan nak update blog.

Sudahnya tak berupdate jugak, ada hal lain.

Ok ni nak share tentang kedai makanan organik di Kuala Terengganu.

Sekarang memang risau dengan isu GMO (genetically modified food) yang memang bahaya untuk kesihatan kita dalam jangka masa panjang, hinggakan makanan yang kita beli tu sendiri kita tak tahu selamat ke tak, since dah banyak gile pun brand-brand yang guna GMO food ni. IMG_20130921_200350

Gula.

Beras.

Jagung.

Sayur-sayuran.

Buah-buahan.

Yang guna benih dari GMO..

Info pasal GMO – ce google cari.

Kalau rasa info di internet tak boleh digunakan, try lah cari di paper/majalah/apa je sumber lain tentang GMO.

Susah juga kalau semua benda kita nak generalize sebagai TAK BOLEH DIPERCAYAI, TAK BERGUNA.

As for me, use internet wisely.

IMG_20130921_200203

Info yang kita rasa kita boleh fikir dan cuba cari kesahihannya, cari sendiri.

Jangan orang ni cakap WEIII INTERNET PENIPU JE LA. KO PERCAYA SANGAT. So kita pun dengar je, instead of cari sendiri nak make sure betul ke tak.

Sudah-sudahlah jadi tukang angguk, suka ke jadi lembu kena cucuk hidung?

Ok sudah. Cakap pasal Organic food.. apa itu Organic Food?

Ni info taken from http://www.nongmoshoppingguide.com/what-is-organic.html

WHAT IS ORGANIC?

FRUITS AND VEGGIES

Organic standards…nothing artificial.

Current USDA regulations allow food products that contain 95-100% certified organic ingredients to use the USDA Organic seal.

These regulations:
Prohibit the use of chemical fertilizers, various synthetic substances, irradiation, sewage sludge, or genetically modified organisms (GMOs) in organic production.
Prohibit antibiotic and synthetic hormone use in organic meat and poultry.

Require 100% organic feed for organic livestock.

When the product is labeled "100% organic," "organic," or just "made with organic ingredients," then even the non-organic ingredients cannot be produced from GMOs. For example, products labeled as "made with organic ingredients" only require 70% of the ingredients to be organic, but 100% must be non-GMO.

=============

20131029_124402

senang cakap, organic food, contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan, tak menggunakan baja kimia atau apa-apa bahan sintetik, sisa kumbahan tercemar atau organisma terubahsuai (GMO) dalam proses penanamannya.

dan kalau untuk sumber ayam, daging apa semua tu.. tiada antibiotik dan suntikan hormon sintetik digunakan.

Sebelum datang dah call diorang awal-awal nak confirmkan jalan.

Orang buta jalan kena banyak bertanya hahahah.

Yang lawaknya kebetulan nak ke Cosway jugak (jalan yang sama), dah call Happy Organic, ahkak gi call lagi Cosway nak confirmkan BETUL KAN KALAU DARI HSNZ, KAT ROUNDABOUT BATU BERSURAT TU KITA AMBIK PUKUL 12, STRAIGHT JE?

Hahahaha sorry I memang annoying.

Cannot help that.

20131029_124942

Kedainya takla besar gile, tapi banyakkkkkkkkk barang menarik dan info baru saya dapat.

Misi adalah untuk mencari VCO – virgin coconut oil dan organic yeast.

Tapi sudahnya ahkak beli benda lain jugak.

Baking soda.

Self raising flour.

Beras basmathi.

Semua organic.

Tak pernah tahu pun selama ni baking soda pun ada organic.

Cakap pasal staf, stafnya very friendly n helpful.

Suka yang macam ni.

20131029_124947

Kalau ikut hati, memang mati la satu kedai I borong, ok haha.

Next mission, beli garam masakan, kicap, mayonis, thousand island sauce, chia seeds, etc.

Kicap organic memang dah lama cari.

Kicap di pasaran selain risau pasal kandungan soya dan gula yang digunakan (sama ada soya GMO atau tak, gula beet untuk hasilkan gula tu GMO ke tak), juga risau pasal pengawet dan MSG dalam kicap tu.

Memang la saya masak dah lama banned MSG/AJINOMOTO, tapi kalau guna kicap, dalam tu still ada MSG. Tu pun dah try minimumkan gile-gile penggunaan kicap.

20131029_124959

Oh ye, sayur-sayur ada hari Selasa dan Sabtu.

Aunty yang kerja kat situ pesan jugak kat saya, "kalau adik nak tau banyak lagi pasal organic food dan nak aunty terangkan, boleh datang hari selain Selasa n Sabtu.

Sebab tak busy sangat.

Kalau hari Selasa (macam semalam), busy sikit.. orang ramai sikit datang nak beli sayur."

20131029_125003

Seriously, tahun ni la baru saya banyak mengambil berat pasal isu GMO la.. kesan pengambilan vaksin la, apa perlu dalam diet kita untuk kesihatan la.

Tahun ni.

Selama ni setkan dalam kepala… BIARKAN YANG ARIF TENTUKAN UNTUK KITA. KITA IKUT SAJA LAH.

Dah terhantuk sekali.. baru lah buka mata.

Rupanya yang arif itu.. bukan semuanya SATU HALA, bukan semuanya mengikut arus yang dah sebati dalam masyarakat.

Ada yang bangun, buka mata dan nampak rupanya ada sesuatu yang tak kena dalam apa yang kita buat selama ni. dan yang arif itu juga yang banyak membuka mata saya untuk lihat realiti sebenar sekarang.

Hanya kerana benda tu dah biasa dibuat dalam masyarakat… kita anggap ianya SELAMAT DAN BETUL.

I don't really care of what people think of me now.

Yang penting sekarang, dah banyak benda yang buat saya buka mata.

20131029_125007

Ok ni beberapa link yang mungkin berguna kalau korang nak tau sedikit info tentang organic food;

http://www.helpguide.org/life/organic_foods_pesticides_gmo.htm
http://www.mayoclinic.com/health/organic-food/NU00255
http://www.soilassociation.org/whatisorganic
http://www.cog.ca/about_organics/what_is_organics/
http://news.bbc.co.uk/cbbcnews/hi/find_out/guides/uk/organic_food/newsid_2327000/2327671.stm
Info lain:

Kalau korang nak shopping kat sini, make sure bawak SHOPPING BAG SENDIRI.

Diorang tak sediakan bag, apatah lagi PLASTIC BAG. no no no.

Saya tak tahu kan.. so semalam tak bawak.. nasib baik diorang letakkan dalam paper bag. Next time kena bawak sendiri.

Untitled

Ni full addressnya:

Happy Organic, S-3, Ground Floor, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, 20000, Kuala Terengganu, Terengganu, 20000, Malaysia.

+60 9-622 6591 .

Kalau dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Korang straight sampai jumpa bulatan Ladang/Batu Bersurat.

Ambil pukul 12 (straight ke Jalan Sultan Sulaiman), sebelah kanan cari Bangunan SEN HENG, then Wisma Tenang ni bangunan sebelah je dengan Sen Heng ni (tulisan Wisma Tenang tu terlindung sikit dengan pokok).

So nak senang, cari Sen Heng, jumpa lah Happy Organic kat bangunan sebelahnya.

.

.

0 comments: