7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
<b>Terengganu</b> My Heritage: Teruja Berada <b>Di Terengganu</b> Posted: 25 May 2014 10:02 PM PDT "Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. "Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu," kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . "Makanan di negeri ini terutama ketupat sotong, satar, otok-otok dan nasi dagang semuanya lazat, sukar ditemui di negara lain. "Paling gemari adalah satar yang dihasilkan menggunakan ikan segar, sebolehnya saya akan mendapatkan makanan itu, jika kembali mengunjungi Terengganu,"katanya. Timbalan Pengarah bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara) Tourism Malaysia, Abdul Rauf Hassan, berkata pihaknya membawa 60 peserta masing-masing terdiri pegamal media dan agen pelancongan dari pelbagai negara, semata-mata mahu mereka merasai sendiri keindahan lokasi menarik di Malaysia, termasuk Terengganu. Katanya, usaha itu mampu mempromosi secara berkesan melalui pelbagai kaedah, antara laman web, akhbar, dan promosi kepada pelancong melalui agen berkaitan. "Pihak kami memilih Terengganu kerana dilihat banyak tempat indah untuk dipromosi, antaranya Tasik Kenyir dan pakej river cruise di Taman Tamadun Islam,'" katanya @suriatiali@teganukita admin: Lama tak bersua dengan Encik ABdul Rauf yang dulunya pernah jadi Pengarah Tourism Malaysia Terengganu yang kini Timbalan Pengarah Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara). Di harap dapat terus membantu membawa lebih ramai delegasi terutama media ke Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: