Makanan tradisional Terengganu - Blogger - Blog Makanan di ... - Blog Makanan di Terengganu
<b>Makanan tradisional Terengganu</b> - Blogger - Blog Makanan <b>di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu |
- <b>Makanan tradisional Terengganu</b> - Blogger - Blog Makanan <b>di</b> <b>...</b>
- MENIKMATI <b>MAKANAN TRADISI</b> - Blog Makanan <b>di Terengganu</b>
- Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: Kuih <b>Tradisional</b> Wan Ramlah Jadi <b>...</b>
- Blog Makanan <b>di Terengganu</b>: 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan <b>...</b>
<b>Makanan tradisional Terengganu</b> - Blogger - Blog Makanan <b>di</b> <b>...</b> Posted: 05 Aug 2014 11:15 AM PDT ![]() |
MENIKMATI <b>MAKANAN TRADISI</b> - Blog Makanan <b>di Terengganu</b> Posted: 29 Jun 2014 11:21 AM PDT 1.NASI DAGANG KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol. Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam. Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang. Bagaimana ke sana??? Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu. Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti. Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun. Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak. 3.DODOL DAUN PALAS Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak. Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa. Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya. 4.KEROPOK LEKOR Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping. Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha. Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan. 5.SATAR Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar. Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini. 6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang. kuih bakar 7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar. 8.OTAK-OTAK Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan. 9.BUDU Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda. erm..yummy...3x 10.KUIH NEKBAT Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya. Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. ![]() |
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: Kuih <b>Tradisional</b> Wan Ramlah Jadi <b>...</b> Posted: 14 Jul 2014 11:14 AM PDT ![]() Kuih Rokok Arab Telur, Mas Sejemput dan Buah Tanjung antara resipi yang menambat hati pelanggan dihasilkan Wan Ramlah Wan Yaacob di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah. Puluhan makanan tradisional Terengganu, termasuk jala mas, akok berlauk, buah tanjung, mas sejemput, biskut arab telur, taming sari dan urat jati, seakan serasi dengan air tangan pengusaha makanan itu, Wan Ramlah Wan Yaacob, 68, yang tidak putus-putus menerima tempahan. Juadah lain, nasi minyak, nasi arab, nasi dagang, nasi bukhari, nasi kuning dan nasi kunyit turut menjadi sebutan pelanggan walaupun pertama kali merasa. Kebijaksanaan Wan Ramlah mengadun resipi makanan itu, mampu menambat citarasa kerabat Istana Terengganu di mana hampir 25 tahun menjadi pelanggan tetap. Selain jabatan-jabatan kerajaan, beberapa agensi swasta dan masyarakat setempat turut setia menempah setiap kali ingin mengadakan majlis, aktiviti keraian serta kenduri kahwin. Wan Ramlah berkata, jumlah jualan akan meningkat sekali ganda setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, sehingga terpaksa menolak tempahan dari peniaga bazaar Ramadan. "Perasaan penat menyediakan juadah sehingga mencecah ribuan biji pelbagai jenis kuih sehari dan ada kalanya turut menerima tempahan nasi, seakan hilang apabila pelanggan mengakui berpuashati dengan perkhidmatan dan apa yang dihasilkan. "Juadah paling laris, jala mas dan akok berlauk kerana pasti ada tempahan sehingga mencecah 1,000 biji setiap hari. "Saya menghasilkan semua itu menggunakan 600 biji telur ayam dan beberapa kilo gandum sehari tanpa menggunakan mesin canggih," katanya yang mengusahakan makanan itu sejak 1990. Katanya, tiada petua khas diamalkan melainkan setia dengan resipi yang pernah diguna pakai arwah ibu, Wan Teh Maimunah Awang. "Resipi arwah ibu dulu pun, pernah menjadi bualan kerabat istana Terengganu, apa saja majlis yang dianjurkan pasti masakan arwah ibu menjadi pilihan. "Faktor itu menyebabkan golongan kerabat masih setia menempah pelbagai juadah, termasuk paling digemari nasi beriani, nasi bukhari, jala mas, mas sejemput, puding raja dan buah tanjung," katanya kepada teganukita.my Menurutnya, hampir 100 menu, termasuk 40 kuih tradisional sedia dimasakkan sekiranya ada tempahan.. "Menu atau air tangan yang dihasilkan ini sudah dirasai mereka yang tinggal di serata negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. "Jumlah yang ditempah mereka bergantung kepada majlis yang ingin dianjurkan dan harga jualan pula dikirakan berdasarkan jumlah biji kuih dan gantang nasi," katanya yang menetap di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pelanggan yang ingin mencuba resipi Wan Ramlah boleh hubungi 011-26060107, 09-6226617 atau melalui media sosial Facebook iaitu Kuih Terengganu Gong Kapas. ![]() |
Blog Makanan <b>di Terengganu</b>: 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan <b>...</b> Posted: 28 Apr 2014 12:02 PM PDT Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: