Saturday, August 16, 2014

Makanan tradisional Terengganu - Blogger - Blog Makanan di ... - Blog Makanan di Terengganu

<b>Makanan tradisional Terengganu</b> - Blogger - Blog Makanan <b>di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu


<b>Makanan tradisional Terengganu</b> - Blogger - Blog Makanan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2014 11:54 AM PDT

NASI DAGANG

KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.

Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.

Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang. Bagaimana ke sana? Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.

                        NASI LEMAK

Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis, kuah yang berwarna merah, dan timun.

Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga kandungannya jug telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.

DODOL DAUN PALAS

Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. cara pembuatannya sam seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.

Cara pembuatanya yang rumit menyababkan ramai yang tidak sanggup untuk mengisahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.

Di Terengganu perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya..

KEROPOK LEKOR


Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudianya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.

Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.


Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.

'

SATAR

Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa sertadi letak sedikit cili hiris sebagai perasa. kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.

Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di

sepanjang jalan di Terengganu.

0 comments: