Older Post - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blog Makanan di Terengganu
Older Post - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blog Makanan di Terengganu |
Older Post - Blog <b> - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> Posted: 14 Oct 2014 11:48 AM PDT Puluhan makanan tradisional Terengganu, termasuk jala mas, akok berlauk, buah tanjung, mas sejemput, biskut arab telur, taming sari dan urat jati, seakan serasi dengan air tangan pengusaha makanan itu, Wan Ramlah Wan Yaacob, 68, yang tidak putus-putus menerima tempahan. Juadah lain, nasi minyak, nasi arab, nasi dagang, nasi bukhari, nasi kuning dan nasi kunyit turut menjadi sebutan pelanggan walaupun pertama kali merasa. Kebijaksanaan Wan Ramlah mengadun resipi makanan itu, mampu menambat citarasa kerabat Istana Terengganu di mana hampir 25 tahun menjadi pelanggan tetap. Selain jabatan-jabatan kerajaan, beberapa agensi swasta dan masyarakat setempat turut setia menempah setiap kali ingin mengadakan majlis, aktiviti keraian serta kenduri kahwin. Wan Ramlah berkata, jumlah jualan akan meningkat sekali ganda setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, sehingga terpaksa menolak tempahan dari peniaga bazaar Ramadan. "Perasaan penat menyediakan juadah sehingga mencecah ribuan biji pelbagai jenis kuih sehari dan ada kalanya turut menerima tempahan nasi, seakan hilang apabila pelanggan mengakui berpuashati dengan perkhidmatan dan apa yang dihasilkan. "Juadah paling laris, jala mas dan akok berlauk kerana pasti ada tempahan sehingga mencecah 1,000 biji setiap hari. "Saya menghasilkan semua itu menggunakan 600 biji telur ayam dan beberapa kilo gandum sehari tanpa menggunakan mesin canggih," katanya yang mengusahakan makanan itu sejak 1990. Katanya, tiada petua khas diamalkan melainkan setia dengan resipi yang pernah diguna pakai arwah ibu, Wan Teh Maimunah Awang. "Resipi arwah ibu dulu pun, pernah menjadi bualan kerabat istana Terengganu, apa saja majlis yang dianjurkan pasti masakan arwah ibu menjadi pilihan. "Faktor itu menyebabkan golongan kerabat masih setia menempah pelbagai juadah, termasuk paling digemari nasi beriani, nasi bukhari, jala mas, mas sejemput, puding raja dan buah tanjung," katanya kepada teganukita.my Menurutnya, hampir 100 menu, termasuk 40 kuih tradisional sedia dimasakkan sekiranya ada tempahan.. "Menu atau air tangan yang dihasilkan ini sudah dirasai mereka yang tinggal di serata negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. "Jumlah yang ditempah mereka bergantung kepada majlis yang ingin dianjurkan dan harga jualan pula dikirakan berdasarkan jumlah biji kuih dan gantang nasi," katanya yang menetap di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pelanggan yang ingin mencuba resipi Wan Ramlah boleh hubungi 011-26060107, 09-6226617 atau melalui media sosial Facebook iaitu Kuih Terengganu Gong Kapas. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: