Pesta Pantai Terengganu 2015 Kembalikan Kegemilangan Pesta ... - Blog Makanan di Terengganu
Pesta Pantai <b>Terengganu</b> 2015 Kembalikan Kegemilangan Pesta <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu |
Pesta Pantai <b>Terengganu</b> 2015 Kembalikan Kegemilangan Pesta <b>...</b> Posted: 20 Aug 2015 01:21 AM PDT Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu akan mengembalikan kegemilangan `Pesta Main Pantai' apabila mengadakan Pesta Pantai Terengganu 2015, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu pada 18 hingga 19 September ini. Pesta Pantai akan dijadikan acara tahunan kalendar pelancongan Terengganu sebagai tarikan baharu untuk pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke negeri ini, sekaligus mempromosikan Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 nanti. Pengarahnya, Hasryn Izzuddin Mohd Khairy, berkata program menerusi Malaysia Year of Festivals atau MyFest 2015 diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu dan Tourism Malaysia Terengganu. Katanya, karnival selama dua hari yang bermula Jumaat itu akan dipenuhi pelbagai acara kesenian, tradisi dan warisan seperti permainan sukan rakyat, kraf tangan, makanan tradisional dan persembahan kebudayaan Terengganu. "Semua jabatan dan agensi pelancongan akan bergabung idea dan tenaga bagi menjayakan pesta tahunan yang kita rancangkan itu supaya mencapai matlamat penganjurannya terutama mengembalikan kegemilangan pesta main pantai yang pernah popular satu masa dahulu di negeri ini. "Program itu nanti akan mengetengahkan pelbagai kesenian dan kebudayaan yang hampir pupus dari Terengganu, selain jemputan-jemputan (kesenian) daripada negeri lain untuk membantu kita bagi menyemarakkan lagi karnival ini,"katanya. Hasryn berkata, antara aktiviti yang dijadualkan sepanjang karnival itu seperti Pesta Makanan Negeri Terengganu, pesta kebudayaan yang melibatkan seluruh daerah serta program pencungkilan bakat seni baru. Katanya, pelbagai sukan rakyat dan permainan sukan pantai akan dipertandingkan termasuk tarik upih, panjat tiang licin dan pukul bantal atas tiang licin dan sebagainya. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: