Monday, September 21, 2015

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


Restoran T-Food Saji <b>Makanan</b> Popular <b>Terengganu</b>, Akan Dibina <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2015 01:20 AM PDT

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Sebuah restoran menyajikan makanan popular Terengganu akan dibina di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, yang bakal dikenali sebagai Restoran T-Food.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata premis berkonsepkan restoran makanan segera berhawa dingin itu, akan menyediakan pelbagai makanan Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, rojak kateh, rojak betik, ikan celup tepung dan pelbagai kuih tradisional negeri itu.

"Kita sedang menunggu reka bentuk, dan bersetuju Restoran T-Food diwujudkan tahun ini juga. Ia berhawa dingin dan ada tempat terbuka serta 'pandu lalu' bagi mendapatkan pesanan," katanya pada majlis pelancaran T-Dagang, di sini hari ini.

Mengenai T-Dagang, Ahmad Razif berkata ia adalah produk lama, namun akan diberikan dimensi baharu dengan nasi dagang disediakan dalam empat cita rasa asli berlaukkan ikan tongkol, ayam, daging dan sotong.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Razif berkata kerajaan akan meminta Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk mengenal pasti beberapa tempat bagi menghasilkan nasi dagang secara komersial.

"Kita akan bangunkan sebuah kilang di Cendering di sini untuk mengeluarkan nasi dagang dalam kapasiti yang besar untuk dipasarkan khas ke luar Terengganu," katanya.

Ahmad Razif berkata beliau juga mahukan T-Shop yang diwujudkan YPU, diubah suai dengan aspek pengurusannya dilakukan sendiri oleh yayasan berkenaan.

"Kita mahu YPU sendiri yang mengurus kedai-kedai T-Shop, manakala produk makanan disediakan oleh pengusaha Terengganu.

"YPU akan membeli produk makanan usahawan negeri ini dan YPU akan memasarkannya di kedai-kedai T-Shop…kita mahu menolong usahawan kita," katanya.

— BERNAMA

0 comments: