Thursday, September 3, 2015

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


Halang penyu jadi <b>makanan</b> eksotik – Jabatan Perikanan <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2015 08:20 PM PDT

Populasi penyu semakin pupus.

KUALA TERENGGANU – Sokongan orang ramai untuk menyelamatkan spesies penyu dilindungi daripada menjadi santapan penggemar‎ makanan eksotik amat dialu-alukan oleh Jabatan Perikanan.

Ketua Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesies Marin Terancam (FRI) Syed ‎ Abdullah Syed Abdul Kadir berkata sokongan seumpama itu sepatutnya diterima daripada setiap rakyat di negara ini.

"Kami mengucapkan terima kasih dan berharap tindakan itu menjadi contoh  kepada rakyat di negara ini," katanya kepada Bernama ketika dimintas mengulas mengenai perkara tersebut.

Akhbar semalam melaporkan seekor penyu gergasi yang merupakan spesies haiwan dilindungi nyaris menjadi santapan penggemar makanan eksotik selepas diselamatkan orang awam di sebuah pasar tamu dekat Kota Kinabalu, Sabah.

Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang, Dr Benoit Goossens berkata haiwan  tersebut telah dilepaskan di Danau Girang dalam Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.

Mengikut laporan itu Serene Voo Nyuk Wei telah membeli penyu berkenaan di  sebuah pasar tamu kerana tidak mahu haiwan berkenaan dijual di restoran dengan harga RM700.00 sebelum diserahkan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Mengulas lanjut Syed Abdullah berkata keprihatinan orang awam itu  menggambarkan bahawa program kesedaran yang dijalankan oleh pihak berkuasa  berkesan dan mencapai sasaran.

Penyu itu disenaraikan sebagai spesies terancam dalam senarai Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) selain turut disenaraikan dalam Lampiran II Konvensyen mengenai Pemerdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES).

Dalam pada itu Syed Abdullah berkata Jabatan Perikanan akan mengadakan  kursus pengurusan dan pemuliharaan penyu di Pulau Redang selama tiga hari bermula hari ini.

Katanya sejumlah 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan  Perikanan, Jabatan Taman Laut, Jabatan Perhilitan Sabah dan Perbadanan Perhutanan Sarawak menyertai kursus itu.

Beliau berkata kursus itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran  mengenai aspek pemuliharaan penyu di Malaysia. – Bernama

0 comments: