7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
Pesta <b>Makanan</b> Thai @ Dataran Shahbandar,Kuala <b>Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 27 Aug 2015 11:09 PM PDT Rasanya setiap tahun mesti ada Pesta Makanan Thai di Dataran Shahbandar ini. Tahun ini aku berpeluang lagi ke Pesta Makanan Thai. Tahun lepas pun pergi jugak. Kalau dah namanya Pesta Makanan Thai mestilah bermacam-macam makanan dari Thailand yang korang boleh jumpa di sini.
Gerai pertama kitorang singgah menjual Churros. Seriously aku tak pernah makan yang namanya Churros ini. Macam Auntie Anne je & dia ada bagi sebekas kecil coklat cair sebagai pencicah. Tak sempat cuba Churros Ferra ini. Katanya sedap! Tu yang dia nampak je Churros terus tak teragak-agak beli.
Gerai Pulut Mangga & Pulut Durian
Memang dah target dari awal nak beli pulut mangga di Thai Fest Food nie. Banyak gerai yang jual pulut mangga, harga pula lebih kurang je semua. So, bedal jela beli di kedai ini. Sedap!
Pulut Mangga, pulut warna-warni letak pewarna kot
Aku beli Mee Tomyam, Ferra Mee Jumbo. Sedap Mee Tomyam dia, pedas. Aku yang tengah sakit mulut ini gigih berusaha juga habiskan Mee Tomyam favourite aku nie. Menangis makan mee tomyam. Mulut pedih toksoh cakap la haha. Mee Jumbo Ferra pun ok not bad jugak. Ada letak fishball besar (eh yeke fishball haha) dalam Mee Jumbo. Tapi rasa dia manis sikit.
Somtam one of my favourite Thai Food so mesti kena cuba juga. Beli satu bungkus buat balik. Hajatnya nak makan dengan mak dekat rumah. Nak suruh mak rasa. Tapi mak tak gemar pulak. Siap duk complain harga mahal lepastu cakap takpayah beli lagi lepas nie. Mak ingat harga RM2.00 macam rojak betik dekat pasar tu. Aku makan sikit somtam then tinggal dalam saji. Mulut sakit sangat nak habiskan semua somtam kan pedas. Makan sambil menangis aku. Esoknya mak dah buang somtam dalam tong sampah. wuhu membazir. –.-
ABC dia satu penyesalan aku pergi beli sebab tak sedap pun haha. Jujurnya aku nie. ABC kita lagi berganda sedapnya dari ABC Thai ni tau. Bahan-bahan pun kurang. Kau tengok gambar atas sebelah kanan, pun dia letak dalam ABC. Apa nama ntah benda nie aku lupa haha. Aku suka ABC yang tak kedekut bahan & dia punya warna terang. Ni warna ABC pun dah hambar. Terpaksa beli air tea ais pulak. Tea ais Thai memang tak pernah mengecewakan. Tea apa ntah yang korang guna yang sedap sangat nie. =D
Hasil tangkapan aku & Ferra di Thai Food Fest
Sebelum bergerak balik, singgah di Hock Kee Seng kejap. Aku yang merantau ke negeri orang ini baru tahu rupanya Hock Kee Seng dah ambil alih Astaka. So ada 3 cawangan Hock Kee Seng di Kuala Terengganu. Dah boleh lawan Mydin dah LOL. Tekak rasa nak makan sate ikan pulak. Singgah di Pantai Batu Buruk beli sate ikan RM3.00. Dah mahal dah sekarang sate ikan ini. Haritu seplohsen satu cucuk sekarang 4 cucuk RM1.00. Kejap aku tak sure sebab aku tak bilang pun berapa cucuk. Dapat sate, zap terus makan kahkah.
Korang yang belum singgah lagi di Pesta Makanan Thai, boleh la singgah menjamu selera menikmati pelbagai aneka makanan dari Thailand harnie atau esok, 29hb Ogos okey. Okey dah last day. Kalau tak silap Pesta ini bermula dari pagi sampai malam. Rasa macam nak pergi lagi nak beli bubur nasi pulak. Terliur tengok akak satu meja dengan kitorang duk makan bubur nasi siap duk puji-puji bubur nasi sedap. Jangan lupa sediakan duit yang cukup tau. ! |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: