Friday, October 2, 2015

30 Usahawan Saji Makanan Tradisi Sempena Pesona Terengganu - Blog Makanan di Terengganu

30 Usahawan Saji <b>Makanan Tradisi</b> Sempena Pesona <b>Terengganu</b> - Blog Makanan di Terengganu


30 Usahawan Saji <b>Makanan Tradisi</b> Sempena Pesona <b>Terengganu</b>

Posted: 27 Sep 2015 09:27 PM PDT

IMG-20150908-WA0003

Seramai 30 usahawan makanan Terengganu bakal menyajikan pelbagai hidangan tradisonal negeri ini sempena program Pesona Terengganu 2015 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selama lima hari mulai 29 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut berkata, melalui 'Terengganu Kitchen' yang merupakan salah satu acara sampingan sempena program yang julung kali dianjurkan kerajaan negeri itu, sebanyak 30 gerai disediakan untuk usahawan yang mengambil bahagian.

"Mereka akan menyajikan hidangan tradisi dan popular Terengganu termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit.

"Selain itu, ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan," ujarnya.

Menurut Marzuki, selain 'Terengganu Kitchen' beberapa acara sampingan lain turut diadakan.

"Antaranya, persembahan kebudayaan, demostrasi masakan Terengganu oleh Chef Zamzani, demostrasi pembuatan seperti anyaman mengkuang, pembuatan keropok lekor dan pelbagai lagi," ujarnya

Sata <b>makanan tradisional terengganu</b> - Kereta Sewa Kuala <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2015 02:28 AM PDT

Sata merupakan satu makanan tradisonal Terengganu. Sata di perbuat dari isi ikan yang digaul dengan kelapa parut dan ditambah dengan lada, garam, halia dan gula. Sebenarnya sata merupakan salah satu makan kegemaran keluarga saya. Beli banyak atau sedikit, mesti akan habis dimakan. Kebiasaanya ada boleh membelinya di deretan kedai menjual keropok goreng di Kelulut.  Saya ditunjukan cara membuat sata oleh seorang peniaga gerai di Chendering tentang cara pembuatan dan pembungkusan sata. (Sebagaiman gambar diatas)

Saya ingin berkongsi satu artikel / ulasan menarik tentang keenakan sata Terengganu yang saya baca dari website dibawah :

Sata or Satah is probably Terengganu best kept secret. I had been to Terengganu four times and wonder why I had never heard or seen sata until now? It is simply the most delicious snack Terengganu has to offer. There are two variations. One is the conical shape one as seen above which I bought along the road leading to Merang. If you are going to Redang Island, you are bound to see these stalls lining the roadside.


The grilled sata which is selling for only RM2 per stick with four packets. Inside, there is the most flavourful and fragrant packet of fish paste mixed with onion, ginger and cut red chillies. These conical shape ones are not spicy and my children love them.


Meanwhile, another version which I bought from Seberang Takir near Kuala Terengganu has a different shape. This packet is very spicy and taste really nice. These are all freshly out of the charcoal grill and hence smell soooo good.


I did a google for Sata and am so glad that Boo has shared a recipe which she found from Flavours Magazine. It is made of blended paste of fish, onion, ginger, coconut, chillies and tumeric leave. Now, I can experiment making my own sata without driving 475 KM to Kuala Terengganu for them.
I have tried so many new dishes while in Terengganu apart from the regular Nasi Dagang and keropok lekor. Watch out for the Terengganu series…

Artikel dipetik dari :

sumber dari : http://trulyterengganu.blogspot.com

Restoran T-Food Saji <b>Makanan</b> Popular <b>Terengganu</b>, Akan Dibina <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2015 01:20 AM PDT

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Sebuah restoran menyajikan makanan popular Terengganu akan dibina di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, yang bakal dikenali sebagai Restoran T-Food.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata premis berkonsepkan restoran makanan segera berhawa dingin itu, akan menyediakan pelbagai makanan Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, rojak kateh, rojak betik, ikan celup tepung dan pelbagai kuih tradisional negeri itu.

"Kita sedang menunggu reka bentuk, dan bersetuju Restoran T-Food diwujudkan tahun ini juga. Ia berhawa dingin dan ada tempat terbuka serta 'pandu lalu' bagi mendapatkan pesanan," katanya pada majlis pelancaran T-Dagang, di sini hari ini.

Mengenai T-Dagang, Ahmad Razif berkata ia adalah produk lama, namun akan diberikan dimensi baharu dengan nasi dagang disediakan dalam empat cita rasa asli berlaukkan ikan tongkol, ayam, daging dan sotong.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Razif berkata kerajaan akan meminta Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk mengenal pasti beberapa tempat bagi menghasilkan nasi dagang secara komersial.

"Kita akan bangunkan sebuah kilang di Cendering di sini untuk mengeluarkan nasi dagang dalam kapasiti yang besar untuk dipasarkan khas ke luar Terengganu," katanya.

Ahmad Razif berkata beliau juga mahukan T-Shop yang diwujudkan YPU, diubah suai dengan aspek pengurusannya dilakukan sendiri oleh yayasan berkenaan.

"Kita mahu YPU sendiri yang mengurus kedai-kedai T-Shop, manakala produk makanan disediakan oleh pengusaha Terengganu.

"YPU akan membeli produk makanan usahawan negeri ini dan YPU akan memasarkannya di kedai-kedai T-Shop…kita mahu menolong usahawan kita," katanya.

— BERNAMA

0 comments: