Thursday, November 12, 2015

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


<b>Makanan</b> terkenal <b>Terengganu di</b> Pesona <b>Terengganu</b> 2015 <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2015 01:06 AM PDT

Orang ramai beratur untuk membeli nasi dagang di booth Terengganu Kitchen di Dataran DBKL.

Orang ramai beratur untuk membeli nasi dagang di booth Terengganu Kitchen di Dataran DBKL.

Makanan terkenal Terengganu di Pesona Terengganu 2015

Bagi memperkenalkan dan mempromosikan makanan popular dari Terengganu, kerajaan negeri telah mewujudkan booth khas yang diberi nama 'Terengganu Kitchen' yang diadakan di Dataran DBKL Kuala Lumpur.

Booth ini menjual pelbagai makanan terkenal yang dibawa secara eksklusif terus oleh pengusaha dan peniaga yang menyertai program Pesona Terengganu 2015 ini.

Antara makanan yang terlibat di Terengganu Kitchen adalah nasi dagang, keropok lekor, kuih bekang, ikan celup tepung, nasi minyak (Terengganu bekwoh), satar dan bermacam-macam lagi.

20151030_122406

Warga kota turun mengunjungi program Pesona Terengganu 2015.

Warga kota turun mengunjungi program Pesona Terengganu 2015.

Sementara itu bagi Menteri Besar Terengganu Dato ' Seri Ahmad Razif Abd berkata,  program Pesona Terengganu merupakan kesempatan terbaik untuk memperkenalkan 3 produk terbaru iaitu T'Dagang, T'Lekor dan makanan franchise Chicken Cootage kepada pelancong dalam dan luar negara.

Ia secara tidak langsung membantu para peniaga memasarkan makanan mereka dan meluaskan lagi pasaran untuk usahawan Terengganu.

0 comments: