Pesona Terengganu Jadi Acara Tahunan - teganukita.my - Blog Makanan di Terengganu
Pesona <b>Terengganu</b> Jadi Acara Tahunan - teganukita.my - Blog Makanan di Terengganu |
Pesona <b>Terengganu</b> Jadi Acara Tahunan - teganukita.my Posted: 29 Oct 2015 05:24 AM PDT Pesona Terengganu 2015 yang mula berlangsung hari ini di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL, Kuala Lumpur memberi pengalaman baru kepada kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata penganjuran Pesona Terengganu 2015 secara tidak langsung mengajar kerajaan negeri dua perkara baru. "Melalui Pesona Terengganu 2015, kita dapat mempelajari bagaimana untuk meningkatkan keberhasilan serta mendapatkan pasaran kepada pengusaha-pengusaha barangan dari Terengganu. "Ia juga dapat mengajar kita bagaimana untuk menguruskan acara besar di luar negeri seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur hari ini," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas melawat tapak pameran Pesona Terengganu 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Osman Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu, Dato' Mustafar Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan; Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Ahmad Razif berkata, sepanjang Pesona Terengganu 2015 berlangsung, tiga program utama ditonjolkan kepada pengunjung yang hadir. Tambahnya tiga program tersebut merupakan 'Trade Show', 'Consumer Show' dan 'Terengganu Kitchen' serta beberapa program sampingan yang lain. "Bagi 'Trade Show' yang memfokuskan kepada lapan aktiviti penyampaian berkaitan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan keusahawanan, pendidikan dan sains, pertanian, pelancongan dan kebudayaan serta belia dan sukan, sebanyak 81 jabatan serta agensi negeri dan swasta terlibat. "'Consumer Show' pula melibatkan promosi serta jualan produk di kalangan 100 orang usahawan dari Terengganu, manakala 'Terengganu Kitchen' bertujuan memperkenalkan variasi makanan tradisional Terengganu daripada 30 pengusaha makanan tempatan," katanya. Disamping itu, program yang berlangsung selama lima hari tersebut turut memperkenalkan produk baru khas sempena Pesona Terengganu 2015. "Tiga produk baru diperkenalkan untuk pengunjung iaitu T-Dagang yang merupakan nasi dagang sejuk beku, T-Lekor (keropok lekor goreng sejuk beku) dan 'Chicken Cottage',"katanya. Program yang berkonsepkan santai itu juga dijangka akan menjadi acara tahunan kerajaan negeri. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: