Monday, November 16, 2015

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: Kombinasi Makanan Tradisi Cina <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2015 11:50 AM PST

20150602_150457

Pesta Makanan Peranakan Terengganu bakal mengetengahkan 20 menu berbeza terdiri dari lauk-pauk sehingga kuih- muih kombinasi makanan tradisi masyarakat Cina dan Melayu Terengganu pada setiap hari  bermula 5 hingga 10 Jun ini, di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Antara menu disajikan kepada pengunjung ialah kay choo budu (sup ayam budu),  hui kun tang (ikan singgang manisan),  ong lai sayur pedas (nenas muda sayur pedas), kah par chok (ayam panggang berempah), bee hoon ting ang (laksa Kuah Putih), aneka kerabu, nasi kunyit dan bubur.

Pesta makanan berkenaan bersempena Festival Peranakan Terengganu 2015 di Kampung Cina, Kuala Terengganu dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama  Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT)  dan juga Persatuan Peranakan Terengganu sepanjang tempoh yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee, berkata program kesinambungan yang dilaksanakan sejak tahun lalu memberi impak yang sangat baik kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam memperkenalkan kesenian dan tradisi peranakan Terengganu kepada pelawat dalam dan luar Terengganu serta generasi muda.

20150602_150215

"Pada tahun lalu, program yang sama mendapat sambutan daripada pelawat dari dalam dan luar Terengganu dengan begitu menggalakkan.

"Hasil daripada kejayaan itu, kita meneruskan lagi pada tahun ini sebagai kesinambungan kerana ia menjurus kepada perpaduan yang begitu baik menggabungkan keunikan makanan, pakaian dan juga adat kesenian,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan Pesta Makanan Peranakan Terengganu, di Hotel Primula Beach Resort, hari ini.

Hadir sama, Presiden DPPCT, Low Wan Cheong merangkap Presiden  Persatuan Peranakan Terengganu dan Pengurus Acara Festival Peranakan Terengganu 2015, Alex Lee Yun.

Mohd Jidin berkata, kerajaan negeri sangat berbangga dengan langkah persatuan yang sanggup mengeluarkan belanja kira-kira RM800,000 pada tahun ini, selain dengan sedikit bantuan dari pihak kerajaan  bagi menjayakan festival enam hari itu.

20150602_150748

Katanya, inisiatif persatuan peranakan meneruskan program itu sangat murni dan harus dipuji berikutan mampu memajukan negeri khususnya dalam aspek ekonomi dan juga pelancongan negeri.

Sementara itu, festival peranakan pada tahun ini dijangka lebih meriah apabila terdapat 95  gerai dan booth jualan di kalangan peniaga Melayu dan Cina yang akan memenuhi pasar malam, selain acara lain seperti pameran foto peranakan Terengganu, pertandingan fotografi  Terengganu Peranakan, pertunjukan kesenian jalanan, `shop deco',  demonstrasi masakan dan pertunjukan pentas.

0 comments: