Blog Makanan di Terengganu: KEJADIAN PELIK MEMBERI REZEKI - Blog Makanan di Terengganu
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI - Blog Makanan di Terengganu |
- Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI
- Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di</b> Malaysia Yang
- Blog <b><b>Makanan di Terengganu</b></b> - Blogger - Blog <b>Makanan di</b> <b>...</b>
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI Posted: 24 Sep 2015 03:52 AM PDT MAKANAN PELIK-PELIK TAIK MINYAK TAIK ITEK!! Ingat lagi lagu popular Jalil Hamid bertajuk makan?? HAH!! Layan makanan pelik-pelik dalam entry gua kali ini!! Jangan loya tekak sudahlah!! DI DAPUR sebuah restoran di Manado, Sulawesi, Indonesia, kelihatan seorang lelaki sedang memegang hujung ekor seekor tikus. Tikus hutan itu sudah pun mati sebenarnya dan kini badannya dijinjit secara terbalik, kepala di bawah. Sebelah lagi tangan lelaki itu, menyemburkan api dari dapur gas ke arah tikus tersebut untuk membakar dan membuang bulu tikus berkenaan. Kini badan tikus itu menjadi putih pucat.
Setelah siap, tikus itu dan tikus-tikus lain yang telah dibuang bulunya tadi dipotong kepalanya. Kemudian badannya dibelah menjadi dua bahagian. Nampaklah segala isi badannya yang merah dan masih berdarah lagi. Setelah itu, kedua-dua bahagian tadi dipotong sama besar menjadi empat. Setiap satu bahagian mempunyai sebelah kaki.
Kini, lelaki itu membasuh potongan-potongan tikus tersebut sampai bersih. Apabila sudah bersih, ia dimasukkan ke dalam besen, lalu dicampur dengan garam, kunyit dan macam-macam rempah lagi.
Api dinyalakan. Kuali berisi minyak masak diletakkan di atas tungku. Apabila minyak sudah mendidih, ketulan-ketulan daging tikus itu digoreng hingga rangup. Sudah siap. Tikus goreng yang sedang panas itu degan pantas diletakkan ke dalam pinggan bersama sepiring serbuk cili. Pelayan datang lalu menghantarnya kepada pelanggan yang sejak tadi sudah tidak sabar-sabar lagi hendak menikmati tikus goreng tersebut. Mereka memasukkannya ke dalam mulut dan mula mengunyah isinya yang panas berasap itu dengan penuh nikmat hingga terpejam biji mata. Daging tikus itu dimamah-mamah, kemudian ditelan... Yeeakkkk...!! Tikus goreng sebenarnya menjadi kegemaran sebahagian warga Indonesia, khususnya di Manado. Bentuknya seperti ayam goreng. Kepada kita, makanan itu amat pelik dan jijik sekali, tetapi kepada mereka, tidak. Sebenarnya, selain tikus goreng, banyak lagi makanan-makanan pelik yang menjadi kegemaran sebahagian daripada penduduk negara tersebut. Satu lagi makanan pelik di Indonesia ialah kaki monyet goreng. Kaki ini digoreng garing. Daging dan tulang kaki haiwan itu kemudian dikunyah sekali, lalu ditelan sampai habis. Kaki katak goreng dan kelawar salai juga menjadi kegemaran sebahagian penduduk negara tersebut. Ia dijual di pasar-pasar dan.... rangup sekali pak!
· Selatan Amerika Syarikat: Antara yang terkenal ialah otak tupai. Mula-mula tupai yang telah dibuang bulunya itu dimasak , kemudian dengan menggunakan jari dan garfu, kita kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya. Kata orang yang pernah makan, rasanya macam cendawan. · Ukraine: Salo – lemak babi yang disimpan dalam tong atau dimakan sejuk, sama ada secara mentah , goreng atau rebus. · Austria: Beuschl adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warga negara itu. Ia diperbuat daripada hati, ginjal dan jantung babi yang dipotong halus lalu dimasak dengan pelbagai rempah ratus. · Thailand: Di kalangan masyarakat Karen yang tinggal di kawasan tanah tinggi negara itu, antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar. Tikus yang telah garing itu kemudian dihidangkan dalam mangkuk berisi sambal, lalu dimakan bersama pulut. Kalau di Malaysia lebih kurang macam makan pulut berlauk rendang dan sambal ikan bilislah... · Perancis : Tete de veau adalah nama sejenis makanan yang diperbuat daripada kepala lembu yang telah dimasak lalu dipotong bersegi-segi. Otak lembu diletakkan di sudut pinggan, kemudian dimakan sejemput demi sejemput, macam kita memakan tempoyak.
· Norway: Smalahove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang disalai selama beberapa hari. Setelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu dimakan termasuk, mata, otak, lidah dan lendir-lendirnya sekali.
· Trinidad: Puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka. · Hong Kong: Daging kucing dimakan bersama roti kukus. · Afrika: Susu lembu dicampur dengan darah yang memancut dari leher haiwan yang disembelih. Ia merupakan makanan kegemaran masyarakat Masaai. Inilah cara-cara puak Masaai dapatkan darah lembu ya? Geng Black Metal minum darah kambing cam gini ke? · Filipina: Anjing-anjing yang kurus kering, berkurap, berkutu dan suka merayau ke sana ke mari mengais sampah, akan ditangkap untuk dijadikan makanan. Pemandangan ini adalah biasa di Filipina. Di Batangas misalnya, anjing-anjing yang telah disiat kulitnya ini digantung di tepi-tepi jalan macam itik panggang. Daging anjing juga menjadi kegemaran di banyak negara Asia lain. Dikatakan di Korea, pernah terjadi seekor anjing telah dibawa ke makmal untuk dikaji. Bagaimanapun, di akhir uji kaji tersebut, anjing tersebut dibunuh dan dimakan oleh para penyelidik tersebut! Daging anjing juga menjadi kegemaran penduduk Vietnam. · Sepanyol dan Kanada: Testis babi dirincik halus-halus, kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli. Makanan pelik ini dinamakan Criadillas. Ramai juga yang suka testis ini dibuat barbeque! · Changsha, China: Terdapat restoran-restoran tertentu yang sebahagian lauknya dicampurkan dengan susu ibu! Sebenarnya, banyak lagi makanan pelik yang terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, pelik bagi kita tidak semestinya pelik bagi mereka. Maksudnya, budu dan tempoyak adalah makanan pelik dan jijik kepada masyarakat Barat, tetapi kepada kita, tidak. Begitulah sebaliknya. Sesungguhnya Tuhan telah menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa, dan mereka hidup dengan pelbagai budaya dan kepercayaan. Itulah yang menjadikan dunia ini begitu indah dan berwarna-warni. Apa yang perlu kita lakukan ialah saling mengenali dan saling menghormati, walaupun kita berasa jijik dan tidak setuju dengan apa yang mereka lakukan.
KLThugs: Pernah makan sate ulat sagu, sate belalang kunyit, sate torpedo, sate biji getah dan beraneka sate pelik-pelik di karnival 1001 rasa sate kajang 2010.. | ||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di</b> Malaysia Yang Posted: 31 Oct 2015 03:38 AM PDT | Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di</b> Malaysia Yang <b>...</b> Posted: 03 Feb 2014 03:33 AM PST
| |||||||||||||||||||
Blog <b><b>Makanan di Terengganu</b></b> - Blogger - Blog <b>Makanan di</b> <b>...</b> Posted: 23 Jan 2014 03:32 AM PST Pada 9 Januari yang lalu, kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang. Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut. "Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini. "Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini. Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). "Dulu kita pertahankan supaya gereja ini tidak dibina,tapi selepas tukar pemerintahan,mereka buat apa yang mereka suka tanpa berbincang terlebih dahulu. "Kita,penduduk kampung yang rasa kesannya.Kalau nak buat (bina gereja),buatlah di kawasan mereka...bukan ditempat kita," katanya. Johari turut berharap agar umat Islam menilai sendiri keadaan yang berlaku kini kerana tindakan pihak yang memberikan kelulusan pembinaan gereja ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam. Sementara itu,memorandum bantahan pembinaan gereja turut diserahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin dan diterima oleh Setiausaha MDKS bagi pihak YDP MDKS,Noraini Roslan. Azahari berkata, pihaknya akan meneliti memorandum yang diserahkan oleh wakil penduduk kampung kepada pihaknya. Itu apa yang dilaporkan oleh RakyatNews di SINI Untuk makluman semua JKKP adalah lantikan Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO/BN dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Meskipun ianya telah dibantah oleh kebanyakkan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana berlakunya pertindihan tugas demi kepentingan macai-macainya ianya diteruskan juga oleh Kerajaan Pusat. Mereka direlakan makan elaun atau gaji buta kerana kebanyakkan dari mereka hanya memerhatikan sahaja JKKK melakukan kerja. Berbalik kepada isu Geraja.. siapa yang membenarkan Gereja tersebut dibina sila baca di bawah..
Ha... ha... ha... yang luluskan ialah pemimpin UMNO.. yang bantah pulak macai-macai UMNO.. kan dah jadi meludah ke langit.. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: