30 Pengusaha Saji Makanan Tradisional Di 'Terengganu Kitchen' - Blog Makanan di Terengganu
30 Pengusaha Saji <b>Makanan Tradisional Di</b> '<b>Terengganu</b> Kitchen' - Blog Makanan di Terengganu |
30 Pengusaha Saji <b>Makanan Tradisional Di</b> '<b>Terengganu</b> Kitchen' Posted: 21 Oct 2015 02:42 AM PDT Pengunjung program Pesona Terengganu 2015 berpeluang menikmati pelbagai jenis masakan popular dan tradisi negeri ini secara santai dan terbuka di 'Terengganu Kitchen'. 'Terengganu Kitchen' akan memperkenalkan variasi makanan tradisional Terengganu daripada 30 pengusaha makanan tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut berkata, 'Terengganu Kitchen' merupakan salah satu segmen yang diketengahkan sempena program Pesona Terengganu 2015 yang dijadualkan berlangsung selama lima hari di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 29 Oktober ini. Katanya, orang ramai khususnya dari luar Terengganu dialu-alukan berkunjung ke gerai-gerai yang bakal menjual pelbagai juadah tradisi enak. "30 usahawan makanan dari Terengganu akan menyajikan pelbagai hidangan tradisi dan popular termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit. "Tidak ketinggalan ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan," ujarnya. Menurut Marzuki, selain menjual makanan tradisi, 'Terengganu Kitchen' turut membawakan chef popular termasuk Chef Zamzani untuk membuat demostrasi masakan Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: