Wednesday, January 6, 2016

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


Kes Kematian Akibat Demam Denggi <b>Di Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2016 11:06 PM PST

demam

KUALA TERENGGANU: Kes kematian akibat demam denggi di Terengganu kian membimbangkan apabila tiga mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh tiga minggu yang lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Omar berkata, beberapa kes lagi kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya sebentar tadi, beliau berkata, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sebanyak antara sepuluh hingga sebelas kes demam denggi dirujuk ke hospital setiap hari.

"Ini sangat membimbangkan dan kita berharap orang ramai tidak memandang mudah mengenai kes-kes yang berlaku kerana jika kita tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, masalah ini akan berlarutan,"ujarnya.

Beliau berkata, sehingga semalam, sebanyak lima kematian akibat demam denggi dilaporkan, meningkat seratus 150 peratus berbanding tahun 2014 yang mencatatkan hanya dua kes.

Katanya, sebanyak 1,444 kes demam denggi dilaporkan di seluruh terengganu sehingga semalam berbanding 1,676 pada tahun 2014.

Walaupun jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 13.8 peratus, namun trend kematian akibat penyakit tersebut sejak akhir-akhir ini boleh dianggap membimbangkan.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap orang ramai yang masih memandang mudah mengenai kempen menangani demam denggi, beliau berkata, pihaknya telah melakukan hampir segala-galanya untuk mencegah wabak tersebut.

Dalam pada itu, dr mohamad omar berkata, pihaknya telah pun mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani merebaknya wabak penyakit pada musim banjir.

Ia termasuklah melakukan pemeriksaan di pusat pemindahan banjir selain memberikan imunisasi kepada tukang masak atau pembekal makanan di pusat perpindahan.

Selain itu kata beliau, jabatan kesihatan juga telah menempatkan kakitangannya di kesemua pusat pemindahan banjir di negeri itu.

Comments

PERHATIAN: Setiap komen yang dikirim adalah tanggungjawab pengirim dan pihak Detik Malaysia tidak bertanggungjawab diatas sebarang akibat dan pihak Detik Malaysia juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan undang-undang yang diambil ke atas komen yang ditulis

0 comments: