Sunday, February 2, 2014

Nasi Impit Sambal Hitam - Makanan Tradisi Terengganu | Resepi ... - Blog Makanan di Terengganu

Nasi Impit Sambal Hitam - <b>Makanan</b> Tradisi <b>Terengganu</b> | Resepi <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu


Nasi Impit Sambal Hitam - <b>Makanan</b> Tradisi <b>Terengganu</b> | Resepi <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 06:00 PM PST


Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan untuk Sambal

  • 1 biji kelapa parut  digoreng sampai garing

Bahan B
  • 5 ekor ikan selayang direbus dan  ambil isinya
  • 5 batang serai  dihiris
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 keping nisan/ gula melaka
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak
  1. Kelapa parut digoreng garing. Bahan B dikisar
  2. Gaul semua bahan tersebut sehingga sekata
  3. Goreng sampai kering. Tambah sedikit gula melaka jika kurang manis kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
  4. Sejukkan dan kisar dengan agak-agak separuh lumat.
  5. Siap. Hidang bersama nasi himpit.

Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: Kes Kanak-Kanak 2 Tahun Mati <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2014 03:07 AM PST

bunuh-budak-2tahun-paka

Semalam seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 2 tahun,Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan. Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan. Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ibu mangsa,Rabiatul Adawiyah Mamat, 28,  telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam.

Memetik notis dari laman Facebook rasmi PDRM, teman lelaki yang berusia 25 tahun dan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Dungun semalam antara empat suspek ditahan polis. Bapa kandung kanak-kanak malang itu masih ditahan di penjara berhubung kesalahan dadah. Hasil siasatan mendapati laporan dibuat ibu mangsa berhubung kehilangan anaknya itu pada Jumaat adalah palsu kerana dipercayai telah dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan itu. Dalam laporan itu, ibu kanak-kanak itu memaklumkan anaknya itu hilang selepas ditinggalkan bersendirian dalam sebuah kenderaan semasa dia dan teman lelakinya berjumpa rakan di Dungun.

Ketika ditahan, semua suspek dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah. semua suspek termasuk ibu mangsa terbabit dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan.

Gambar suspek

Gambar suspek

Tambahan : Ada yang mengatakan bahawa ibu mangsa seorang penagih dadah telah menjual mangsa kepada lelaki yang telah merogolnya.

Di bawah adalah laporan polis yang telah dibuat oleh pengawal keselamatan :

Pengadu: 
Nama:Mohd Faizal Bin Abdullah
Umur:30 tahun
Pekerjaan: Pengawal keselamatan
Alt: 03/124 Felda Kerteh 05, Ketengah Jaya, Dungun.

Klasifikasi kes:Sek 302KK

I.O kes: Insp G17944 Roslina bt Salleh

Tempat kejadian:-
Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.

Simati:- Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah
Umur:- 2 tahun
Jantina: Perempuan

Fakta kes:

Pada 21/1/14 jam 1520hrs semasa pengadu membuat rondaan di kawasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan awal:

Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Repot:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 1930hrs anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka. 

Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai.

Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian

-Tempat kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
-Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
- Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
- Simati memakai baju gaun warna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
- Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
- Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.
- Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah spt berikut:-
1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
2. Keratan wayar warna putih
3. Swab peluh pada pemegang pintu dapur
4. 3 swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
5. Serpihan kayu pintu dapur yang diumpil
6.3 cap jari

Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/1/14 jam 0900hrs. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Terima kasih YDH Dato/Tuan.

laporan-polis

0 comments: