Wednesday, March 12, 2014

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


Tiga peniaga pasar malam sebabkan keracunan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2014 06:01 PM PST

DR Anwa (dua dari kiri) melawat pesakit yang mengalami keracunan makanan di HSNZ, semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenal pasti tiga peniaga yang menyebabkan keracunan makanan lebih 100 pesakit sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lima tahun mati.

Pengarahnya Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, tiga peniaga berkenaan disiasat dan pihaknya kini menunggu laporan penuh sebelum mendakwa tiga peniaga berkenaan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurutnya, hasil bedah siasat Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilmie, 5, menemui bakteria Salmonella dalam badannya.

"Bakteria itu dikesan menerusi air tulang belakang serta darah dari saluran jantung kanak-kanak itu dan kami yakin punca kematiannya disebabkan bakteria berkenaan.

"Kami percaya bakteria berkenaan datang dari pasar malam di Dataran Shahbandar dan Jalan Hiliran.

"Buat masa ini, kita masih menunggu bukti dan ketiga-tiga peniaga pasar malam terbabit pasti berdepan hukuman sekiranya bakteria berkenaan dikesan di gerai mereka," katanya yang ditemui ketika melawat pesakit yang mengalami keracunan makanan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Mohammad Iqbal Rafie meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat keracunan makanan.

Beliau berkata, operasi perniagaan ketiga-tiga peniaga terbabit diarah dihentikan sehingga siasatan JKNT selesai.

Sementara itu, seorang pesakit yang mengalami keracunan makanan, Kamarina Muhammad, 36, berkata, dia terkejut melihat keadaan wad di HSNZ sesak dengan pesakit yang keracunan makanan.

Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang, itu, dua anaknya Khairiah Aleeya Azhar, 9, dan Khairim Asyraf Azhar, 11, turut mengalami gejala sama dengan pesakit lain apabila mengalami cirit-birit serta muntah dan kini terlantar di wad.

"Saya terpaksa mengambil cuti untuk menjaga dua anak yang terlantar di hospital dan ia dipercayai berpunca daripada bakteria yang terdapat dalam nasi goreng.

"Justeru, saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya.

Kes keracunan makanan semakin serius

Kes keracunan makanan di bandar raya ini semakin serius apabila 101 orang dilaporkan mendapatkan rawatan sejak Sabtu lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas pesakit terbabit dijangkiti bakteria Salmonella yang kebanyakannya terdapat pada ayam serta telur haiwan itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, sehingga semalam seramai 101 orang mendapat rawatan di hospital dan seorang pesakit berusia lima tahun meninggal dunia kelmarin.

Menurutnya, sehingga semalam, 68 pesakit dimasukkan ke dalam wad termasuk 18 kanak-kanak dan daripada jumlah terbabit, lapan pesakit dibenarkan keluar wad manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

"Kebanyakan kes ini kita dapati hampir keseluruhannya dijangkiti bakteria Salmonella yang terdapat pada ayam serta telurnya yang dimasak dalam nasi goreng putih dan merah, kuetiau serta mi goreng yang dijual di pasar malam Dataran Shahbandar serta Jalan Hiliran.

"Semua sampel najis diambil menunjukkan pesakit terkena jangkitan bakteria Salmonella dan kebanyakan pesakit berasal dari Kuala Terengganu serta Marang," katanya ketika ditemui sewaktu melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pesakit dalam wad terbabit kini dilaporkan stabil.–Harian Metro

MB <b>Terengganu</b> rasa dukacita kejadian keracunan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 01:41 PM PST

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam melahirkan rasa duka-cita dengan kejadian keracunan makanan membabitkan seorang kanak-kanak maut Isnin lepas manakala 106 orang lagi terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan kejadian berpunca daripada mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng dibeli  di pasar malam Padang Syah Bandar pada Jumaat dan pasar malam Padang Hiliran pada Sabtu lepas.

"Ada antara peniaga pasar malam ini kurang menjaga kebersihan sehingga menyebabkan kejadian keracunan makanan.

"Terdapat juga lesen berniaga nama orang lain tetapi yang berniaga orang lain, jadi kita harap Pihak berkuasa Tempatan (PBT) lebih kerap membuat pemantauan me-ngenai perkara ini dan meng-ambil tindakan berasaskan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat 85 mangsa keracunan yang masih menerima rawatan di HSNZ di sini semalam. Sebanyak 21 lagi telah dibenarkan keluar hospital.

Turut mengiringi Menteri Besar ialah Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nege-ri Muhammad Pehimi Yusof.

Ahmad menasihatkan semua peniaga mengamalkan sikap tanggungjawab dengan memastikan kebersihan makanan dijual mereka dan mengutamakan keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Dr Anwa berkata daripada 106 dimasukkan ke haspital Sabtu lepas sehingga pagi ini, 21 daripada mereka sudah dibenarkan keluar manakala 85 masih dirawat dan 35 orang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Daripada 12 contoh najis pesakit yang diambil didapati sembilan adalah positif mengandungi bakteria salmonella," katanya. — Bernama

Print Friendly

Bakteria Salmonella Punca Keracunan <b>Makanan Di Terengganu</b>?

Posted: 04 Mar 2014 09:30 PM PST

http://www.forumsains.com/tpadmin/tp-images/Image/salmonella.jpg

Bakteria Salmonella (Source)

Bakteria Salmonella Punca Keracunan Makanan


Bakteria Salmonella disyaki sebagai punca keracunan makanan dan kematian budak berusia 5 tahun di Terengganu pada hari Isnin yang lalu. Bakteria ini juga merupakan punca keracunan makanan di sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah tahun lalu. Ayam busuk yang dihidangkan kepada tetamu, telah mengorbankan empat nyawa. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas, seramai 101 orang telah mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran.

Bakteria Salmonella Dari Ayam & Telur


Seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka dirawat setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng. 

Berdasarkan siasatan pihak hospital tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi bakteria salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur.


http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/telur-mentah1.jpg

Bakteria Salmonella Dalam Telur

Bakteria Salmonella Merebak Melalui Lalat


Bakteria Salmonella boleh merebak melalui lalat dipersekitaran yang tidak bersih. Ia juga boleh didapati didalam makanan ayam. Ayam yang memakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella akan menghasilkan telur yang mengandungi Bakteria Salmonella. Bakteria Salmonella sangat aktif dan senang membiak pada musim panas terutama jika makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Cara Mengelakkan Bakteria Salmonella Dalam Telur


Kehadiran bakteria salmonella didalam telur tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ianya boleh dielakkan. Antaranya pastikan telur yang dibeli masih dalam keadaan yang baik. Tidak retak atau rosak. Telur juga perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan didalam peti ais untuk mengelakkan sebarang kotoran. Elakkan makan telur mentah atau separuh masak. Bakteria senang membiak jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Ayam yang dimasak tapi masih berdarah didalamnya juga perlu dielakkan.


Ranking: 5

Kejam! Merpati Mati Diberi <b>Makanan</b> Diracun <b>Di</b> Klang | <b>Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2014 08:14 PM PST


Bagi mereka yang tinggal atau biasa lalu di bandar Klang, melihat merpati yang banyak dan jinak di satu kawasan rumah kedai adalah pemandangan biasa.

Merpati ini sudah biasa diberi makan oleh pekedai sekitar atau individu yang sayangkan haiwan hingga ia kelihatan jinak dan tidak pergi jauh.

Bagaimanapun semalam, Facebook Islam Agamaku berkongsi satu gambar yang menyedihkan di mana banyak merpati terdampar mati dipercayai diracun individu tidak bertanggung jawab.

Merpati-merpati ini dikatakan diberi makanan mengandungi racun.

Akibatnya, bangkai merpati memenuhi jalan di mana burung ini biasanya turun untuk mematuk makanan.

Tindakan ini dikutuk oleh banyak pihak kerana terlalu kejam. Walau apa pun alasannya, membunuh binatang dengan meracun makanan adalah tindakan yang tidak dapat diterima akal.


Semoga pelakunya diberikan kesedaran sebelum azab menimpa dirinya kerana terlalu zalim terhadap makhluk Allah yang lain.

Bakteria Salmonella Punca Keracunan <b>Makanan Di Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2014 07:45 PM PST

kenali bakteria dalam makanan yang contaminated


budak 5 tahun disahkan maut akibat keracunan bakteria s..


budak 5 tahun maut akibat keracunan bakteria salmonella


punca 101 orang dimasukkan ke hospital dan 1 orang buda..


kanak kanak maut keracunan makanan


kejam tahanan kanak kanak jadi makanan anjing di korea ..


gempar 101 orang lagi keracunan makanan dari pasar mala..


punca anak pemangku sultan terengganu maut kemalangan


isu pasar malam 101 orang lagi keracunan makanan


video burung gagak bijak cari jalan dapatkan makanan


chef zam pula kritik hidangan mas macam makanan hospita..


chef zam pula kritik hidangan mas macam makanan hospita..


info chef zam pula kritik makanan mas


benarkah makanan mempengaruhi akhlak kita


jenama makanan ringan peniru terbaru di malaysia


derma darah ekspo makanan halal kelantan


jenama makanan ringan peniru terbaru di malaysia


pek makanan tentera di seluruh dunia apakah bentuk rans..


ibu menyusu tak boleh makan 9 makanan ini


restoran pelik menyediakan makanan kucing khas untuk ma..


makanan yang menyakitkan hati ramai wanita 2 gambar


My Media Hub: Jualan Ayam Goreng <b>Di Terengganu</b> Merosot 60 <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 06:39 PM PST

Kuala Terengganu: Kejadian keracunan makanan di negeri ini yang menyebabkan seorang kanak-kanak meninggal dunia dan lebih 150 mendapatkan rawatan di hospital, menyebabkan perniagaan peniaga makanan di pasar malam, terutama nasi goreng dan ayam goreng kini terjejas teruk menyebabkan pendapatan mereka merosot sehingga 60 peratus.

Gambar hiasan

Peniaga ayam goreng, Mohd Asmadi Mohd Ghani, 35, berkata, biasanya dia mampu menjual 100 kilogram sehari dengan purata pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 tetapi selepas kejadian itu, tidak sampai 50 kilogram terjual.

Peniaga dari Kampung Tok Dir, di sini, yang berniaga bersama ibunya, Minah Abdullah, 60, berharap isu keracunan makanan itu dapat diselesaikan segera agar orang ramai kembali yakin  untuk membeli juadah makanan di pasar malam.

"Perniagaan pasar malam ini adalah sumber pendapatan keluarga kami sejak tiga tahun lalu dan tidak pernah berlaku kejadian seperti ini," katanya.

Menurut Mohd Asmadi, dia terkejut apabila mendapati kejadian itu berpunca daripada makanan ayam goreng yang dijual di dua pasar malam di sini.

"Sebaik membaca laporan media, saya terkejut apatah lagi kejadian itu menyebabkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia," katanya yang ditemui ketika tinjauan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof di pasar malam Kuala Ibai, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Muhammad Pehimi berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan pihak berkuasa tempatan akan sentiasa membuat pemeriksaan mengejut di semua 22 pasar malam yang beroperasi di daerah ini.

"Peniaga yang gagal mematuhi peraturan termasuk memakai penutup kepala, apron dan sarung tangan atau menghidangkan makanan terdedah serta diragui kebersihannya akan dikenakan tindakan," katanya. SOURCE -myMetro

0 comments: