MENIKMATI MAKANAN TRADISI TERENGGANU - kembara (......as I ... - Blog Makanan di Terengganu
MENIKMATI <b>MAKANAN TRADISI TERENGGANU</b> - kembara (......as I <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu |
MENIKMATI <b>MAKANAN TRADISI TERENGGANU</b> - kembara (......as I <b>...</b> Posted: 26 Dec 2011 07:23 PM PST Semasa ke Kuala Terengganu untuk satu urusan resmi baru-baru ini, aku berpeluang menikmati satu makanan tradisi Terengganu iaitu Asam Gumpal. Ini kli pertama menikmati makanan ini yang makanan berasaskan sagu dan di makan bersama kuah santan. Sememangnya nikmat sekali makanan ini. Tidak pasti sama ada makanan tradisi ini dijual di gerai-gerai, tetapi apabila melawan Terengganu bolehlah cuba-cuba intai dan jangan lepaskan peluang mencubanya. Manis. Resepi membuat ASAM GUMPAL (Resepi ini di ambil dari My Resepi) Bahan-bahan ( 20 biji )UNTUK MEMBUAT SAGU DAN INTI
Cara-cara
|
Teknologi <b>Makanan</b>: <b>Makanan Tradisi</b> Negeri <b>Terengganu</b> Posted: 03 Dec 2013 03:21 AM PST 1.NASI DAGANG KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol. Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam. Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang. Bagaimana ke sana??? Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu. Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti. Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun. Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak. 3.DODOL DAUN PALAS Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak. Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa. Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya. 4.KEROPOK LEKOR Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping. Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha. Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan. 5.SATAR Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar. Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini. 6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang. kuih bakar 7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar. 8.OTAK-OTAK Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan. 9.BUDU Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda. erm..yummy...3x 10.KUIH NEKBAT Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya. Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: