Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola
  Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke...
  So mari kita cerita pasal makanan...
  Sebab semua orang suka makanan!
  Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :)
  Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :)
  


  
  Laksa Johor
  Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti,
  Class gitu orang johor ni,
  Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri
  Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya
  Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, 
  bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang.
  Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat
  


  
  Mee Bandung 
  Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar
  Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain
  Mee Bandung Muar tiada tandingannya !
  Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya
  Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat
  Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit
  Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam
  Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2
  Mestilah cukup pedasnya :)
  


  
  Soto
  Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun
  Kalau LA lebih prefer soto bihun
  LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya,
  sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil
  


  
  Nasi Ambang 
  Subhanallah, kecur tengok gambar ni
  Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang
  Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata
  Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya
  Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas
  Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng
  Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea?
  Gerenti puas hati :)
  


  
  Telur Pindang
  LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu
  Datang kempunan nak makan telur pindang
  Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat
  Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang'
  Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang
  Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor
  Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang
  Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya.
  Rasanya sangat sedap :)
  Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang
    


  
  Kacang Pool
  LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool
  Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam
  Haha tak pastilah pulak,
  Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin
  Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :)
  


  
  Mee Rebus Johor
  Urmmm...sedap jugak ni
  Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan
  Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi
  Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat
  Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau
  Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus
  Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid
  Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor
  


  
  Botok-botok
  Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik
  Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang
  Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan
  Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni
  Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar
  Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang
  Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 
  daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.
  Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus
  


  
  Lontong 
  Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong
  Lontong kuah dan Lontong kering
  Kalau LA lebih prefer lontong kering 
  Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah
  Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja 
  Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak
  Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil
  Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum
  


  
  Briyani Gam Johor
  Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia
  Senang kata briyani yang paling wanted lah
  Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak
  Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni?
  First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor
  Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi
  Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah
  LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. 
  


  
  Asam Pedas Johor
  Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka
  Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri
  Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza
  Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya
  Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... 
  Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru
  Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada
  Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan
  Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung
  


  
  Otak-Otak
  Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati
  Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor
  Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas
  Otak-otak ni isi ikan yang berempah
  Tempat lain pun ada juga kalau tak silap
  Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :)
  Dan berbeza dengan negeri lain
  Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini
  


  
  Air Kathira
  Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor
  Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar
  Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya.
  Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan
  


  Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :)
   
0 comments: