7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
Google Blog Search - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blogger Posted: 08 May 2014 01:48 AM PDT Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan. "Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv. "Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv. "Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!" "Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas. "Okey Syani. Insyallah, bye!" "Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya. "Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku. "Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal! "Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan. "Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya. "Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata. "Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya! "Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim. "So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta. "You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas. "Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya. "Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu! "Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya. "Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga. "Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak. Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik! "You boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi. "I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang. Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu. "Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis. "Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan. "I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung. "Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya! "Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta. "Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati. "Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale. "Taklah, siapa cakap?" "Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali. "Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya. "Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu. "So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku. "Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya. "It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal. "Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa." "Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga. "Come," serunya dan aku menurut. Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina. "I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat. "I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai. Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan! "Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi. "Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui. "Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah! "Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi. "Really?" Dia teruja. "Yes, of course!" "I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya. "Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas. "Good girl! Okay, let's eat!" "Okey, jom!" "Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama. "This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi. "I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas. Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina. Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu. Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan! "Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula. "I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan. "I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh! "Okey teruskan," gumamnya lagi. "I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba. "Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir. "Yes, balik kampung I!" tawarku lagi. "Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi. "Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya. "Actually, I cuma mahu.... Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan. "Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya. "Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara yang mustahak saja. "Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung. "Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka. "Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung. "Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai. "Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan. Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih. "Why? Anything happend?" soalnya serius. "Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa. "Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah! "I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar. "Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku. "Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali. "You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku. "Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati. "Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju. "Tolong apa?" "Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu." "Jadi boyfriend you? Berapa lama?" "Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti." "Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju. "Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi. "Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik. "Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!" "Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor. "Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira. "Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara. "Hanan!" "Maksudnya?" "Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama. "Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja. "Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman. Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya. kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya. ahn3914@gmail.com pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :) |
sUez's HappY Family: East Coast Trip : <b>Terengganu</b> dan Kelantan <b>...</b> Posted: 04 May 2014 05:03 AM PDT Salam buat semua pembaca. Sambungan kisah part 1 di KT-KB dan hari ni kami akan ke Tumpat, Pasar Besar Siti Khadijah dan balik ke Kuala Terengganu. Selepas check out dari Tune Hotel, kami ke Pasar Besar Siti Khadijah. Nak sarapan pagi di sini. Tapi yang sedihnya kami tak jumpa bahagian pasar yang menjual kuih dan makanan siap tu. Kami bersarapan di gerai2 di tepi pasar sahaja. Nak pilih kedai kakan di deretan kedai pun tak tau yang mana satu sedap dan berbaloi. Lepas siap makan kami pun jalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tu. Naik level by level..kebanyakan gerai menjual barang yang hampir serupa, kain batik sutera corak lebih kurang, tapi yang ini made in Kelantan katanya. Kami tak beli pun..jalan-jalan tengok je. Makanan ringan, keropok, asam asam pun banyak..tapi harga macam lebih murah di Pasar Payang KT. So malas nak penuhkan kereta awal2 kami just beli keropok ikan segera Cap Menara yang sangat murah. Ada 40 pek kecik dalam tu pakcik tu bagi harga RM35 sahaja, maknanya sebungkus tak sampai RM1. Ok balik Labuan tengok keropok ni dijual RM3.30 satu pek kecik..uuuuu..mahalnya..brapa kali ganda dia mark up kan. Kami juga beli rempah kurma dan rempah gulai kawah di pasar ni. Sebab nenek haziq dan maklong di rawang kirim, juga beli sedikit untuk kami. Balik Labuan ni kami baru guna sikit rempah kurma, texture rempah ni kasar skit dan dorang suka tambah ketumbar lebih..takpelah..nak merasa kata orang tu. Tengah jalan-jalan baru terjumpa bahagian pasar yang menjual segala jenis kuih tradisional kelantan.Sayangnya kami dah kenyng, so beli lah sedikit nak merasa. Papa cari nasi tumpang bentuk kon tirus tu. Tapi dah habis..sedih...beli akok pun rasanya tak sesedap yang beli di tepi jalan di Machang tu. Papa beli kuih buah tanjung, taik itik dan jala mas yang dijual dalam satu pek. Murah je, RM3 kot. Kuih ni sangat manis..anak-anak dan mama rasa sikit je. Papa pun makan tak habis walaupun sedikit je dalam bekas tu. Takpe yang penting kita merasa kan. Nampak juga orang jual etok-etok..tapi kami tak beli. Nampak orang kelantan kat pasar tu berebut-rebut membeli. Confuse juga memula..leoas google baru lah tau itu etok-etok. Korang tau tak apa tu? kalau tak tau boleh google yer..hehhehe...Kami juga sempat beli Laksam dan Nasi Dagang..ada juga dijual lauk nasi putih, nampak menyelerakan, tapi sayang kami dah kenyang. Seterusnya, kami sambung kembara ke Tumpat, mengahala ke Pengkalan Kubor Duty Free. Dalam perjalanan akan lalu Tumpat. Kat sini banyak sangat kuil buddha masyarakat siam. Patung buddha yang besar2 merata-rata di kawasan Tumpat ni. Kami plan nak tengok The Sleeping Buddha yang terbesar tu, tapi tak jumpa..hehehe..guna GPS katanya di Kampung Jambu. Tapi tak jumpa-jumpa. Tiba di Pengkalan Kubor kami masuk ke kawasan Duty Free. Kat sini macam-macam lah juga dijual. Kawasan ni siap berpagar, kalau beli barangan macam pinggan mangkuk corel, corning ware dalam kuantiti yang besar memang kena cukai. Mula-mula kami macam nak beli tapi bila kira balik kalau kena cukai kang sama je harga di Labuan. Tapi ada certain barang yang tak ada di Labuan atau KL. Oh ya, kalau kami beli pun mesti susah nak bawa balik sebab nanti kena bermalam di Tune Hotel LCCT (flight balik ke Labuan nanti pukul 7.30pagi). Lepas tengok-tengok je barang..kami pon keluar. Yang sempat beli buah mangga, sotong kering makan terus tu dan baju tidur anak-anak sorang sepasang. Tengok sandal scholl mama pun takde pilihan sangat. Harga tak banyak beza. Mostly yang kerja kat sini orang siam.. Masa kami drive nak keluar gate kawasan duty free tu, akan melalui kastam. Dia ada tanya, apa yang dibeli. kami cakap takde apa..then lepas macam tu je. Kalau tahu tak cek bonet keta tadi pulangboleh borong pinggan mangkuk corell..heheheh.. Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu, dan kami tiba lebih kurang 3.00petang. Terus check in, lepak bilik makan laksam dan nasi kerabu yang dibeli di pasar Khadijah pagi tadi (masih elok dan tak basi) lepas tu kami ke Pulau warisan sebelah hotel Seri Malaysia ni, sebab anak-anak sebok nak main layang-layang yang dibeli di PCB kelmarin. Lepas solat maghrib kami keluar untuk makan malam. Masih lagi mencari Warung Seri Keladi yang kami singgah pada malam kami sampai aritu. Makanan dia memang sedap. Order kami masih lagi lebih kurang macam hari tu. Kami pulang ke bilik malam tu dan tidur kepenatan travel drive dari KB tak habis lagi. Keesokan harinya lepas sarapan dan check out Hotel Seri Malaysia, kami ke Pasar Payang nak beli lekor dan kepok keping nak bawa balik. Kat sini pun dah ok, kalau kat Losong tu que panjang gila..siap dengan jem bahu jalan ramai sgt pengunjung datang nak beli kat tempat memproses lekor tu. Kat Pasar Payang ni ada jual lekor made in Losong atau Seberang Takir, kami beli yang Seberang Takir punya sebab orang kata lagi sedap..Kami juga memborong keropok keping yang dikirim adik beradik dan rempah masak yang dikirim kawan. Banyak juga kami beli ni. Lepas setel membeli naik kejap kat bahagian kain sutera sebab nak beli sikit lagi yang tak settle hari tu..Buah tangan untuk anak sedara dan kawan kat ofis. Dalam pukul 11pagi selesai shopping kat Pasar Payang kami gerak ke Muzium Negeri Terengganu yang terkenal tu. Laluan yang sama kalau korang nak pergi ke Taman Tamadun Islam. Akan melalui Kampung Losong lagi sekali. Memang seperti yang dijangka penuh dengan kereta dan bas di bahu jalan stop untuk memborong lekor..nasib baik kami dah beli siap-siap di Pasar Payang tadi. Kami tiba di Muzium Negeri Terengganu lebih kurang 11.30pagi. Ambil gambar lebih kurang, kami pun masuk ke dalam muzium. Kalau korang ke Terengganu bawa anak-anak boleh bawa kat sini. Ajarlah sikit anak-anak kita asal usul budaya masyarakat kita. Di muzium ini ada juga bahagian kejadian alam. Sangat menarik, macam-macam haiwan eksotik yang diawet di sini. Terdapat juga pameran lukisan hasil tangan anak negeri Terengganu yang sangat menarik. Kalau ikutkan nak explore muzium ni, sejam dua memang tak cukup, tapi apakan daya, kami kena cepat sebab nak balik ke Mentakab, Temerloh seawal mungkin supaya tak tiba terlalu lewat nanti. Sebelum bertolak balik kami singgah beli makanan di sebuah gerai di tepi jalan dan bungkus sahaja sebab takde tempat makan. Kami makan di tepi R&R mana ntah, masa stop untuk solat jamak Zohor dan Asar. Perjalanan pulang diteruskan dan kami tiba di rumah nenek haziq dan Mya di Mentakab lebih kurang pukul 5 petang. Cepat sikit kali ni sebab dah tahu jalan dan tak sesat.. Kesimpulannya trip kami ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Terengganu kali ni macam biasalah, agak memenatkan tapi kami semua enjoy. Cuma lain kali kalau nak ke Kelantan kami nak naik flight je kot, sebab perjalanan terlalu jauh dan memenatkan kalau nak drive. Makanan pula memang murah dan sedap-sedap tapi kami silap di Pasar Siti Khadijah sebab tak jumpa bahagian yang menjual makanan dah siap, jumpa pun dah lewat, nasi tumpang tak sempat nak beli, nasi kerabu pula beli lepas perut dah kenyang. Bungkus dan bawa makan di Terengganu jadi rasa pun dah kurang segar..So apa-apa pun kena well plan kalau nak travel ok kawan-kawan.. p/s: gambar akan menyusul kemudian lepas update story ni nanti. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: