Assalamualaikum,

Saya pernah makan di sebuah restoran di Kuala Terengganu. Restoran tersebut teletak bertentangan dengan Perodua Hiliran.

Nasi Campur

Apa yang mengejutkan saya ialah harga nasi sepinggan dengan lauk. Berikut adalah senarai lauk yang saya ambil pada hari tersebut:

  • sepotong ikan
  • telur goreng satu juring
  • sayur dan acar

Harga RM7.20 tidak termasuk air kerana air hanya sebut minum apa di kaunter bayaran. Jadi jumlah semua termasuk air RM2.30 (kopi 3 in 1) + RM7.20 nasi sepinggan = RM9.50 untuk makan seorang. Tarikh bil juga tidak dikemaskini iaitu pada 1hb januari 2000. Sedangkan saya makan pada bulan yang lepas.

Bil Nasi Campur

Saya cadangkan pihak tuan beri peringatan kepada mana individu yang berhasrat melancong ke Terengganu bawa nasi siap-siap dari rumah.

By: Abdul R

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.