Sunday, June 22, 2014

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search

7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search


7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2014 01:38 AM PDT

Assalamualaikum.. 
Nasi Ayam Zaa Di Kerteh, Terengganu

Lama tak makan di Kedai Nasi Ayam Zaa Di Kerteh, Terengganu..

Bila duduk di Terengganu ni, salah satu makanan kegemaran aku ialah Nasi Ayam. Suka sangat makan Nasi Ayam, duduk kampung tak teringin pulak nak makan,mungkin kat kampung tak kena dengan citarasa kot..hehe.. Lupakan, Salah satu kedai favorite aku ialah Nasi Ayam Zaa Di Kerteh, Terengganu..

Jarang jarang keluar makan sebelum isteri balik berniaga dekat kampung..

Aku macam biasa la Nasi Ayam dengan Air Cincau manakala isteri ABC sama Nasi Ayam. Bila makan ni, ayam kena lebih baru dempak..hehe. Baru tak sia sia aku datang dari jauh..

nasi ayam sedap di kerteh,terengganu

Ruang Kedai Nasi Ayam Zaa.. 

Nasib baik masa sampai sini tak ramai lagi orang. Nak dekat pukul 12 pm kot aku sampai. biasa waktu puncak macam ni ramai giler orang, susah nak dapat tempat..hehe, rezeki rezeki..

Selain nasi ayam banyak lagi makanan kat sini seperti nasi kukus, mee celup, rojak dan macam macam lagi la.
Nasi Ayam Zaa Di Kerteh, Terengganu

Pemandangan yang cantik di luar kedai..huhu, ye ke cantik..

Kalau penbaca area Paka atau Kerteh mesti tau kedai ni kan. Kedai ini berdekatan dengan mcd Kerteh, berada di laluan utama, kalau korang dari Kemaman ke Paka, selepas traffic light dekat mcd, di situ la kedainya. 


Rasa berbelit belit aku tulis..haha..

Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: MENIKMATI MAKANAN TRADISI <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2014 11:48 AM PDT

Semasa ke Kuala Terengganu untuk satu urusan resmi baru-baru ini, aku berpeluang menikmati satu makanan tradisi Terengganu iaitu Asam Gumpal. Ini kli pertama menikmati makanan ini yang makanan berasaskan sagu dan di makan bersama kuah santan. Sememangnya nikmat sekali makanan ini. Tidak pasti sama ada makanan tradisi ini dijual di gerai-gerai, tetapi apabila melawan Terengganu bolehlah cuba-cuba intai dan jangan lepaskan peluang mencubanya. Manis.

Kuala Nerus-20111222-00827

Resepi membuat ASAM GUMPAL (Resepi ini di ambil dari My Resepi)

Bahan-bahan ( 20 biji )
UNTUK MEMBUAT SAGU DAN INTI
  • 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
  • 100 gm kacang hijau
  • garam, gula secukup rasa
UNTUK MEMBUAT KUAH
  • 2 cawan santan
  • satu inci halia (dimayang halus)
  • sesudu halba
  • garam, gula secukup rasa
Cara-cara
  1. ---buat inti kacang dulu----
  2. Inti
    kacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik - kecik.
  3. sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.
  4. gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.
  5. Rimg0018
    susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.
  6. ---untuk buat kuah---
  7. campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.
  8. boleh dimakan panas - panas, atau kalau nak makan sejuk pun best gak...saya suka makan panas - panas, sambil hirup kuahnya...mmmmm

7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>

Posted: 17 May 2014 01:43 AM PDT

Bakteria Salmonella Punca Keracunan <b>Makanan Di Terengganu</b>?

Posted: 04 Mar 2014 09:30 PM PST

http://www.forumsains.com/tpadmin/tp-images/Image/salmonella.jpg

Bakteria Salmonella (Source)

Bakteria Salmonella Punca Keracunan Makanan


Bakteria Salmonella disyaki sebagai punca keracunan makanan dan kematian budak berusia 5 tahun di Terengganu pada hari Isnin yang lalu. Bakteria ini juga merupakan punca keracunan makanan di sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah tahun lalu. Ayam busuk yang dihidangkan kepada tetamu, telah mengorbankan empat nyawa. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas, seramai 101 orang telah mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran.

Bakteria Salmonella Dari Ayam & Telur


Seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka dirawat setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng. 

Berdasarkan siasatan pihak hospital tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi bakteria salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur.


http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/telur-mentah1.jpg

Bakteria Salmonella Dalam Telur

Bakteria Salmonella Merebak Melalui Lalat


Bakteria Salmonella boleh merebak melalui lalat dipersekitaran yang tidak bersih. Ia juga boleh didapati didalam makanan ayam. Ayam yang memakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella akan menghasilkan telur yang mengandungi Bakteria Salmonella. Bakteria Salmonella sangat aktif dan senang membiak pada musim panas terutama jika makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Cara Mengelakkan Bakteria Salmonella Dalam Telur


Kehadiran bakteria salmonella didalam telur tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ianya boleh dielakkan. Antaranya pastikan telur yang dibeli masih dalam keadaan yang baik. Tidak retak atau rosak. Telur juga perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan didalam peti ais untuk mengelakkan sebarang kotoran. Elakkan makan telur mentah atau separuh masak. Bakteria senang membiak jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Ayam yang dimasak tapi masih berdarah didalamnya juga perlu dielakkan.


Ranking: 5

Blog Makanan di Kelantan: Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: 6c <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2014 03:41 PM PDT

                                                        

'Kepelbagaian' merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.


Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.

Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.

Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam.  Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis.  Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.

Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina.  Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.

Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.  Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan.  Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering.  Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung.  Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel.  Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.  Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.

Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.  Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita.  Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan).

Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.  Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Nasi kandar mengekalkan nama 'kandar' ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.

Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

0 comments: