Monday, July 14, 2014

Kuih Tradisional Wan Ramlah Jadi Pilihan - teganukita.my - Blog Makanan di Terengganu

Kuih <b>Tradisional</b> Wan Ramlah Jadi Pilihan - teganukita.my - Blog Makanan di Terengganu


Kuih <b>Tradisional</b> Wan Ramlah Jadi Pilihan - teganukita.my

Posted: 09 Jul 2014 08:36 PM PDT

7 (2)

Kuih Rokok Arab Telur, Mas Sejemput dan Buah Tanjung antara resipi yang menambat hati pelanggan dihasilkan Wan Ramlah Wan Yaacob di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah.

Puluhan makanan tradisional Terengganu, termasuk jala mas, akok berlauk, buah tanjung, mas sejemput, biskut arab telur, taming sari dan urat jati, seakan serasi dengan air tangan pengusaha makanan itu, Wan Ramlah Wan Yaacob, 68, yang tidak putus-putus menerima tempahan.

Juadah lain, nasi minyak, nasi arab, nasi dagang, nasi bukhari, nasi kuning dan nasi kunyit turut menjadi sebutan pelanggan walaupun pertama kali merasa.

Kebijaksanaan Wan Ramlah mengadun resipi makanan itu, mampu menambat citarasa kerabat Istana Terengganu di mana hampir 25 tahun menjadi pelanggan tetap.

Selain jabatan-jabatan kerajaan, beberapa agensi swasta dan masyarakat setempat turut setia menempah setiap kali ingin mengadakan majlis, aktiviti keraian serta kenduri kahwin.

1 (7)

Wan Ramlah Wan Yaakob

Wan Ramlah berkata, jumlah jualan akan meningkat sekali ganda setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, sehingga terpaksa menolak tempahan dari peniaga bazaar Ramadan.

"Perasaan penat menyediakan juadah sehingga mencecah ribuan biji pelbagai jenis kuih sehari dan ada kalanya turut menerima tempahan nasi, seakan hilang apabila pelanggan mengakui berpuashati dengan perkhidmatan dan apa yang dihasilkan.

"Juadah paling laris, jala mas dan akok berlauk kerana pasti ada tempahan sehingga mencecah 1,000 biji setiap hari.

"Saya menghasilkan semua itu menggunakan 600 biji telur ayam dan beberapa kilo gandum sehari tanpa menggunakan mesin canggih," katanya yang mengusahakan makanan itu sejak 1990.

Katanya, tiada petua khas diamalkan melainkan setia dengan resipi yang pernah diguna pakai arwah ibu, Wan Teh Maimunah Awang.

"Resipi arwah ibu dulu pun, pernah menjadi bualan kerabat istana Terengganu, apa saja majlis yang dianjurkan pasti masakan arwah ibu menjadi pilihan.

"Faktor itu menyebabkan golongan kerabat masih setia menempah pelbagai juadah, termasuk paling digemari nasi beriani, nasi bukhari, jala mas, mas sejemput, puding raja dan buah tanjung," katanya kepada teganukita.my

Menurutnya, hampir 100 menu, termasuk 40 kuih tradisional sedia dimasakkan sekiranya ada tempahan..

4

"Menu atau air tangan yang dihasilkan ini sudah dirasai mereka yang tinggal di serata negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Jumlah yang ditempah mereka bergantung kepada majlis yang ingin dianjurkan dan harga jualan pula dikirakan berdasarkan jumlah biji kuih dan gantang nasi," katanya yang menetap di Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Pelanggan yang ingin mencuba resipi Wan Ramlah boleh hubungi 011-26060107, 09-6226617 atau melalui media sosial Facebook iaitu Kuih Terengganu Gong Kapas.

0 comments:

Friday, July 11, 2014

5 Kuih Popular Di Terengganu Pada Bulan Ramadan - teganukita.my - Blog Makanan di Terengganu

5 Kuih Popular <b>Di Terengganu</b> Pada Bulan Ramadan - teganukita.my - Blog Makanan di Terengganu


5 Kuih Popular <b>Di Terengganu</b> Pada Bulan Ramadan - teganukita.my

Posted: 01 Jul 2014 12:28 AM PDT

Lompat Tikam

Lompat Tikam

Bulan Ramadan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.

akok

Akok

No. 1 – Akok – Kuih yang manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang pantai timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. Jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih Akok. Akok yang terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipa dan pati pandan. Ini dipukul menjadi bancuhan hijau muda dan kemudian dibakar di atas bara api daripada sabut kelapa. Mesti makan panas-panas!

No. 2 – Lompat Tikam – Kuih yang amat cantik, berlapis hijau, putih dan bermakhkota pulut merah jambu. Tetapi perlu dinikmati dengan moderasi. Sum-sum hijau dibawah dibuat daripada tepung beras dan pandan, diatasnya santan masin dan gula nipa. Rasanya lemak-manis dengan kepahitan yang memberi kuih ini dimensi yang unik.

IMG_8567

Segumpal

No. 3 – Segumpal – Di pantai barat kuih ini lebih dikenali sebagai badak berendam. Ceritanya kuih ini mendapat namanya kerana setiap satu 'digumpal' dengan tangan menghasilkan kuih yang bulat dan comel. Ia mempunyai tekstur melekit, luarnya adalah sagu dan dalamnya kacang hijau yang telah dihancurkan. Sebalum dijual ia akan berendam di dalam mandian santan lemak-manis dengan kepedasan rasa halba dan halia.

cek mek

Mek Comey

No. 4 – Mek Comey – Di Kelantan kuih popular ini dikenali sebagai Cek Mek Molek. Sayangnya namanya tidak serupa rupa. Lebih senang terserempak kucing bertanduk daripada terjumpa Mek Comey yang betul-betul comel. Rupa parasnya sederhana, lembut dan bewarna coklat keemasan diperbuat daripada adunan ubi kayu. Gigit Mek Comey ini dan cairan gula akan meleleh keluar. Memang betul kuih ni bakkan kuih keria yang diterbalikkan.

No. 5 – Lok Lit – Ini memang rekaan Terengganu. Rupanya seiras Buah Gomok dan memang susah dijumpai walaupun di bulan Ramadhan. Ia juga bentuk bulat dibuat daripada kelapa parut, cairan gula nipa dan pulut yang ditumbuk halus. Ini dibulatkan menjadi lebih kurang bentuk bola ping pong. Cara terbaik untuk membuat kuih ini adalah dengan lesung kayu. Jikalau anda bernasib baik, kuih ini memang sesuai dijadikan juadah berbuka.

lok lit

Lok Lit

6c) <b>Makanan</b> tradisiona... - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> - Blogger

Posted: 13 May 2014 11:19 AM PDT

Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola

Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke...

So mari kita cerita pasal makanan...

Sebab semua orang suka makanan!

Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :)

Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :)

Laksa Johor

Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti,

Class gitu orang johor ni,

Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri

Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya

Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, 

bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang.

Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat

Mee Bandung 

Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar

Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain

Mee Bandung Muar tiada tandingannya !

Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya

Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat

Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit

Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam

Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2

Mestilah cukup pedasnya :)

Soto

Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun

Kalau LA lebih prefer soto bihun

LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya,

sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil

Nasi Ambang 

Subhanallah, kecur tengok gambar ni

Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang

Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata

Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya

Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas

Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng

Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea?

Gerenti puas hati :)

Telur Pindang

LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu

Datang kempunan nak makan telur pindang

Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat

Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang'

Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang

Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor

Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang

Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya.

Rasanya sangat sedap :)

Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang

Kacang Pool

LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool

Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam

Haha tak pastilah pulak,

Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin

Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :)

Mee Rebus Johor

Urmmm...sedap jugak ni

Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan

Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi

Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat

Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau

Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus

Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid

Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor

Botok-botok

Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik

Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang

Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan

Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni

Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar

Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang

Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 

daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.

Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus

Lontong 

Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong

Lontong kuah dan Lontong kering

Kalau LA lebih prefer lontong kering 

Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah

Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja 

Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak

Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil

Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum

Briyani Gam Johor

Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia

Senang kata briyani yang paling wanted lah

Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak

Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni?

First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor

Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi

Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah

LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. 

Asam Pedas Johor

Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka

Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri

Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza

Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya

Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... 

Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru

Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada

Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan

Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung

Otak-Otak

Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati

Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor

Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas

Otak-otak ni isi ikan yang berempah

Tempat lain pun ada juga kalau tak silap

Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :)

Dan berbeza dengan negeri lain

Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini

Air Kathira

Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor

Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar

Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya.

Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan

Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :)

0 comments: