Monday, July 7, 2014

MENIKMATI MAKANAN TRADISI - Blog Makanan di Terengganu - Blog Makanan di Terengganu

MENIKMATI <b>MAKANAN TRADISI</b> - Blog Makanan <b>di Terengganu</b> - Blog Makanan di Terengganu


MENIKMATI <b>MAKANAN TRADISI</b> - Blog Makanan <b>di Terengganu</b>

Posted: 29 Jun 2014 11:21 AM PDT

1.NASI DAGANG

KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.


Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.

Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang.

Bagaimana ke sana???

Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.

Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun.

Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.

3.DODOL DAUN PALAS

Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.

Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.


Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.

Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya.


4.KEROPOK LEKOR

Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.

Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.


Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.

5.SATAR

Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.

Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini.

6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR

Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang.

kuih bakar

kuih akok 

7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR

Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar.

8.OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan.

9.BUDU

Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda.

                                                   erm..yummy...3x

10.KUIH NEKBAT

Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.

Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. 
Jika anda handak mengetahui dan merasa makanan tradisi Terengganu ?
sila berkunjung ke TERENGGANU.
rasalah,nikmatilah keenakannya.......lazatttttt


Pelbagai Kuih <b>Tradisional Di</b> Bazar Batu Burok - teganukita.my

Posted: 02 Jul 2014 05:48 PM PDT

lok lit

Sepanjang Ramadan, pelbagai kuih-muih mudah diperoleh orang ramai terutama yang 'mengidam' kuih tradisional kerana banyak dijual di bazaar-bazar Ramadan di negeri ini.

Tinjauan Teganukita di bazar Ramadan Batu Burok, semalam mendapati sambutan terhadap kuih tradisional Terengganu seperti 'onde-onde', 'nekbat', 'penganan', 'puteri mandi', 'buah gomok' dan pelbagai lagi amat menggalakkan.

"Kuih tradisional seperti 'onde-onde' memang sedap tetapi jarang dijual pada hari-hari biasa dan saya ambil peluang beli di bazar Ramadan untuk dijadikan pembuka selera ketika berbuka puasa," kata Ameer Farhan Mohd Rosli, 22, antara pengunjung Bazar Ramadan Batu Burok kepada Teganukita.

Katanya lagi, harga kuih-kuih tradisional juga masih berpatutan iaitu antara 40 sen dan 50 sen sebiji.

Seorang lagi pembeli, Mohd Hafizuddin Mat Tahar, 25, berkata dia memilih kuih tradisional kerana keunikan rasa yang tidak boleh ditandingi kuih-kuih moden yang mudah ditemui.

"Lagipun orang yang buat kuih tradisional ini ikut cara lama bagi mengekalkan rasa. Saya rasa tidak ramai generasi muda seperti kami yang tahu membuat kuih tradisional," katanya.

Satu Penghargaan Besar : Lawatan Pertama PM Ke <b>Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2014 12:50 AM PDT

najibter

Lawatan kerja Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu esok amat bersejarah kerana lawatan pertama Perdana Menteri selepas Dato' Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu ke-14 menggantikan Dato' Seri Ahmad Said.

Walaupun ia disekalikan dengan majlis anjuran Felda di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, tetapi kita berbangga kerana Felda yang dibawah seliaan terus Perdana Menteri memilih Terengganu sebagai tuan rumah bagi program Rahmat Ramadhan Felda.

Lebih uniknya kebetulan pejabat Felda Wilayah Terengganu itu terletak dalam kawasan Kuala Nerus (Dun Tepoh) dan kebetulan juga Menteri Besar,  Dato' Ahmad Razif adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Dalam tempoh kira-kira 50 hari Dato' Ahmad Razif menjadi Menteri Besar, beliau dengan penuh berhemah dan menghormati kepimpinan yang lalu meneruskan kesinambungan menguruskan kerajaan untuk rakyat.

Seingat penulis perkara pertama yang disebut oleh Dato' Ahmad Razif ialah meneruskan usaha pembangunan dan pentadbiran untuk rakyat dengan mengajak semua bekerja bersama-sama dan secara pasukan.

mb2

Maksudnya di sini kerja secara bersama dari semua pihak dan kerja berpasukan bukannya sendiri atau ' one man show'.

Beliau sendiri membentuk Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) di Pejabat Menteri Besar untuk membantu kerajaan membuat kajian dan keputusan dalam sesuatu perkara.

Malah beliau memperkenalkan penubuhan jawatankuasa pemikir peringkat daerah.

Diperkenalkan juga untuk urustadbir yang baik dan menjurus kepada kepentingan rakyat. Tranformasi Terengganu Baru (TTB) dengan mahu menjadikan Terengganu TerBersih dan Pasukan Kerja yang berkhidmat dengan telus (Telus Team Berkhidmat).

Mendahulukan rakyat dengan motto, "kecil bagi kita besar bagi orang"- beliau meningatkan supaya beri perhatian walaupun pada perkara yang dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi besar maknanya bagi yang memerlukan.

Contohnya, beberapa barang makanan diberikan kepada yang memerlukan amat besar ertinya bagi yang miskin itu, walaupun hanya nilainya amat kecil bagi yang kaya.

Malah beliau sendiri sentiasa turun melihat apa jua bencana yang dihadapi rakyat, seperti rumah terbakar misalnya, dengan meluluskan bantuan terus tanpa mengira perbezaan politik dan sebagainya; yang penting mereka yang dalam kesukaran dibantu.

19

Dalam konteks pentadbiran Dato' Ahmad Razif memperkenalkan, Transformasi Terengganu Baru – TTB sebagaimana disebutkan tadi.

TTB mempunyai cirri-ciri antara lainnya ialah:

  1. Good governance – urus tadbir yang baik
  2. Insklusif – bersifat terbuka dan menerima pandangan orang lain
  3. Agama sebagai wadah penyatuan

Satu perkara yang kita perlu lihat sikap adil yang ditunjukkan oleh kepimpinan itu iaitu tidak lupa rakyat Terengganu dari kaum lain, lantas  beliau melantik bekas Exco Kerajaan Negeri, Dato' Toh Chin Yaw dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar untuk menjaga kepentingan kaum-kaum lain.

Menteri Besar yang baru tidak menangguhkan bantuan kepada rakyat di mana sahaja mereka berada dan berkelayakan.

DSC_1885

Dana Raya berjumlah RM81 juta tahun ini diumumkan termasuk kepada Dana Bakti Remaja RM25 juta. Dana raya dibayar sebelum menjelang hari raya dan dipermudahkan.

Difahamkan dinaikkan RM100 kepada golongan miskin dan ramai tanggungan, suatu sikap yang cukup merakyatkan dan mengambilkira kesusahan orang bawahan.

Beliau juga telah member suatu perasaan gembira kepada orang Besut apabila memindahkan  pelajar SM Imtiaz Besut ke Kompleks Imtiaz Besut.

Beliau juga memperkenalkan  Sijil Umum Menengah Antarabangsa (IGCSE)- pertama di negara ini bagi sekolah-sekolah menengah.

Di bawah kepimpinan baru ini, rumah untuk rakyat dipercepatkan pembahagiannya supaya rakyat dapat segera menikmatinya.

Meletakkan perpaduan sebagai asas utama dalam apa juga perkara  dan meminta elak dendam.

Ketua-ketua UMNO Bahagian juga dilantik sebagai Pegawai Pembangunan di samping memperkasakan peranan wakil-wakil rakyat yang sedia ada.

Ini kerana beliau berpendapat, perpaduan adalah perkara utama dan penting dalam apa jua perkara dan mesti diberi perhatian dan keutamaan.

"Jangan memuaskan hati kita dengan melepaskan dendam, tetapi yang penting dan utama ialah bagaimana kita wujudkan perpaduan dan menghargai semua orang" katanya.

3 (2)

"Tiap-tiap apa yang kita hendak lakukan untuk kebaikan rakyat, mestilah dirunding dan dibincang dahulu dengan mereka, sekurang-kurangnya pendapat mereka dirai," pernah Menteri Besar menyatakan demikian kepada penulis dalam satu perbualan.

Inilah sikap keterbukaan Menteri Besar,  Dato' Ahmad Razif yang cukup disukai rakyat dengan penuh harapan mahukan amalan itu diteruskan oleh pemimpin pemimpin yang lain juga.

Bersikap terbuka dan mesra dengan pembangkang-beliau tidak melihat perbezaan parti boleh menyebabkan perhubungan sesama Islam menimbulkan masalah kerana baginya agama adalah sebagai wadah penyatuan bukan perpecahan.

Malahan beliau menjadikan masjid dan surau sebagai institusi penting perpaduan dan beliau sentiasa bersolat jemaah di masjid dan surau di samping menemui para jemaah, suatu amalannya sejak dahulu lagi.

3

Beliau dan rombongan melawat sendiri  jenazah pemimpin veteran Pas Allahyarham Abu Bakar Chik yang meninggal dunia. Dipenuhi ramai oleh ahli –ahli Pas di kawasan kediaman Allahyarham di Tok Jiring, beliau tetap selesa dengan situasi demikian.

Malah terbaru Menteri Besar telah menemui  Presiden Pas Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur. Presiden Pas baru sahaja keluar dari mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau juga hadir memenuhi undangan di majlis perkahwinan anak bekas Exco Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said dan juga hadir  menerima jemputan Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Terengganu) bagi merasmikan mesyuarat agung persatuan tersebut.

rasmi mesy kontraktor-5

Kedua-dua (Dato' Nasir dan Dato' Rahin) baru-baru ini bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, tetapi nasib menyebelahi  Dato' Ahmad Razif dipilih sebagai Ketua Bahagian.

Bahkan beliau mengekalkan perlantikan beberapa Pegawai Khas Menteri Besar yang dilantik di bawah pimpinan yang lalu, termasuk Dato' Nasir dan Dato' Rahin; suatu yang cukup murni dan berjiwa besar.

Demikianlah Dato' Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu yang juga telah bekerja keras dan komited mengatur lawatan Perdana Menteri  ke Terengganu ini berjalan lancar dan jayanya.

Semoga dengan lawatan Perdana Menteri ini memberi suntikan kepada Dato'  Ahmad Razif untuk terus mengemudikan Terengganu dengan jayanya.

0 comments: