7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
- MENIKMATI MAKANAN TRADISI - Blog <b>Makanan di Terengganu</b>
- 7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>
- 7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b>
- Kassim Ahmad hanya murtad dan kufur <b>di Terengganu</b> saja kata <b>...</b>
- MBKT Sediakan 23 Lokasi Bazar Ramadan <b>Di</b> Kuala <b>Terengganu</b> <b>...</b>
MENIKMATI MAKANAN TRADISI - Blog <b>Makanan di Terengganu</b> Posted: 29 Jun 2014 11:21 AM PDT 1.NASI DAGANG KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol. Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam. Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang. Bagaimana ke sana??? Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu. Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti. Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun. Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak. 3.DODOL DAUN PALAS Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak. Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa. Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya. 4.KEROPOK LEKOR Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping. Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha. Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan. 5.SATAR Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar. Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini. 6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang. kuih bakar 7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar. 8.OTAK-OTAK Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan. 9.BUDU Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda. erm..yummy...3x 10.KUIH NEKBAT Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya. Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. | |
7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 06 Jun 2014 01:44 AM PDT | Bakteria Salmonella Punca Keracunan <b>Makanan Di Terengganu</b>? Posted: 04 Mar 2014 09:30 PM PST Bakteria Salmonella disyaki sebagai punca keracunan makanan dan kematian budak berusia 5 tahun di Terengganu pada hari Isnin yang lalu. Bakteria ini juga merupakan punca keracunan makanan di sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah tahun lalu. Ayam busuk yang dihidangkan kepada tetamu, telah mengorbankan empat nyawa. Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas, seramai 101 orang telah mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran. Bakteria Salmonella Dari Ayam & TelurSeramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka dirawat setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng. Berdasarkan siasatan pihak hospital tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi bakteria salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur.
Bakteria Salmonella Dalam Telur Bakteria Salmonella Merebak Melalui LalatBakteria Salmonella boleh merebak melalui lalat dipersekitaran yang tidak bersih. Ia juga boleh didapati didalam makanan ayam. Ayam yang memakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella akan menghasilkan telur yang mengandungi Bakteria Salmonella. Bakteria Salmonella sangat aktif dan senang membiak pada musim panas terutama jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Cara Mengelakkan Bakteria Salmonella Dalam TelurKehadiran bakteria salmonella didalam telur tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ianya boleh dielakkan. Antaranya pastikan telur yang dibeli masih dalam keadaan yang baik. Tidak retak atau rosak. Telur juga perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan didalam peti ais untuk mengelakkan sebarang kotoran. Elakkan makan telur mentah atau separuh masak. Bakteria senang membiak jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Ayam yang dimasak tapi masih berdarah didalamnya juga perlu dielakkan. Ranking: 5 |
7) <b>Makanan di Terengganu</b> - Google Blog Search - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 31 May 2014 07:33 AM PDT "Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. "Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu," kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . "Makanan di negeri ini terutama ketupat sotong, satar, otok-otok dan nasi dagang semuanya lazat, sukar ditemui di negara lain. "Paling gemari adalah satar yang dihasilkan menggunakan ikan segar, sebolehnya saya akan mendapatkan makanan itu, jika kembali mengunjungi Terengganu,"katanya. Timbalan Pengarah bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara) Tourism Malaysia, Abdul Rauf Hassan, berkata pihaknya membawa 60 peserta masing-masing terdiri pegamal media dan agen pelancongan dari pelbagai negara, semata-mata mahu mereka merasai sendiri keindahan lokasi menarik di Malaysia, termasuk Terengganu. Katanya, usaha itu mampu mempromosi secara berkesan melalui pelbagai kaedah, antara laman web, akhbar, dan promosi kepada pelancong melalui agen berkaitan. "Pihak kami memilih Terengganu kerana dilihat banyak tempat indah untuk dipromosi, antaranya Tasik Kenyir dan pakej river cruise di Taman Tamadun Islam,'" katanya @suriatiali@teganukita admin: Lama tak bersua dengan Encik ABdul Rauf yang dulunya pernah jadi Pengarah Tourism Malaysia Terengganu yang kini Timbalan Pengarah Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara). Di harap dapat terus membantu membawa lebih ramai delegasi terutama media ke Terengganu. | |
Kassim Ahmad hanya murtad dan kufur <b>di Terengganu</b> saja kata <b>...</b> Posted: 02 Jul 2014 07:00 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad sebagai murtad merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain. Beliau berkata fatwa tersebut merupakan pandangan mufti Terengganu dan keputusan itu dipersetujui pada peringkat negeri berkenaan. "Saya fikir fatwa itu hanya diputuskan oleh pihak Majlis Agama Islam Terengganu, ia merupakan pelaksanaan keputusan berdasarkan kuasa dan peruntukan yang diberikan. "Jadi itu di Terengganu, kalau yang lain nak ikut itu terpulang," katanya pada sidang media pelantikan mufti baru dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan hari ini di Putrajaya. Semalam Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu. Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka. "Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya. Apabila ditanya apakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menurut langkah Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu itu beliau berkata ia terpulang kepada mufti untuk memutuskan. Sementara itu Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad berkata, tidak ada lagi keputusan yang dibuat bagi peringkat Wilayah Persekutuan sama ada ingin mengeluarkan fatwa sama seperti Terengganu. "Saya tidak akan buat keputusan lagi kerana perlu lihat dari aspek lain juga kerana ia isu semasa (seminar) yang berlaku ketika itu, apapun kita akan berbincang dengan sahabat lain," katanya. Bagaimanapun beliau yang baru sahaja menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, secara peribadinya tidak menyanggah fatwa yang diputuskan negeri Terengganu itu. "Mengikut pandangan peribadi, saya tidak menyanggah kalau dari sudut salah tetap salah," katanya kepada The Malaysian Insider. Sementara itu Khir dalam ucapannya ketika penyerahan lantikan mufti baru menyelar pihak yang mempertikaikan fatwa dikeluarkn mufti. "Lantikan mufti itu adalah diperkenankan sultan dan segala fatwa melalui kajian dan perbincangan menyeluruh. "Segala hukum hakam yang dikeluarkan mufti adalah tepat," katanya lapor The Malaysian Insider | |
MBKT Sediakan 23 Lokasi Bazar Ramadan <b>Di</b> Kuala <b>Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 29 Jun 2014 11:51 PM PDT KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 3,350 petak perniagaan di 23 lokasi Bazar Ramadan sekitar Kuala Terengganu. Menurut jurucakap MBKT antara kawasan berkenaan ialah di Dataran Shahbandar, Chabang Tiga, Gong Badak, Batu Buruk, Taman Permint, Teluk Ketapang dan Taman Purnama Tok Adis. Katanya kesemua petak yang disediakan MBKT telah pun diisi peniaga yang kebanyakannya memilih menjual lauk-pauk untuk berbuka puasa, kuih-muih dan juga menjual pakaian. "Mengikut syarat lesen, perniagaan bazar Ramadan perlu bermula dari pukul 3 petang bagi jualan makanan. Kebanyakan gerai ini kita wujudkan di kawasan lapang yang strategik dan mudah dikunjungi orang ramai," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata unit penguat kuasa MBKT bersama pegawai Kesihatan akan sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan di kawasan bazar bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan, menjaga kebersihan makanan dan memiliki sijil kesihatan. Menurut beliau kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan sekiranya terdapat peniaga yang tidak mematuhi peraturan. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments: