7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
- 1,404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di Terengganu</b> Sempena <b>...</b>
- <b>Terengganu</b> Perkenal Chicken Cottage | <b>Terengganu</b> Times
- Zie's Corner, Restoran Western Popular <b>di</b> Kuala <b>Terengganu</b>
1,404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di Terengganu</b> Sempena <b>...</b> Posted: 09 Jul 2014 01:52 AM PDT HULU TERENGGANU: Sebanyak 1,404 premis makanan daripada keseluruhan 4,500 premis di negeri ini diperiksa bagi memastikan kebersihan sejak awal Ramadan. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa tempatan. Beliau berkata dalam pemeriksaan itu, sebanyak 146 sampel makanan diambil untuk diuji yang jika didapati keputusannya tidak memuaskan, pemilik premis akan dikenakan tindakan. Beliau berkata demikian ketika melawat Bazar Ramadan Kuala Berang di sini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, isterinya Toh Puan Siti Nurbiha Mohd Bisharuddin, Ketua Pemuda Umno Negeri, Johari Abu Bakar serta Ketua Puteri Umno Negeri, Rozita Ismail. Terdapat 4,500 premis di 61 Bazar Ramadan di Terengganu iaitu 2,265 di Kuala Terengganu, Dungun (590), Besut (460), Kemaman (385), Marang (292), Hulu Terengganu (256), serta Setiu (252). Sementara itu, Jailani meminta peniaga di Hulu Terengganu supaya meletak tanda harga makanan bagi mengelak kekeliruan pembeli. Beliau turut mengagihkan apron kepada para peniaga. -mstar CommentsLeave a Reply Cancel replyTweets {{tweet}} ]]> Like FB Perak Today |
<b>Terengganu</b> Perkenal Chicken Cottage | <b>Terengganu</b> Times Posted: 05 Nov 2014 11:18 PM PST Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) bakal memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera 'Chicken Cottage' di lokasi tertentu di negeri , mulai tahun depan. Menteri Besar Dato'Ahmad Razif berkata, beberapa lokasi sudah dikenalpasti, termasuk di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu bagi memulakan perniagaan halal bertaraf antarabangsa itu. Katanya, perancangan sama turut membabitkan pembukaan rangkaian restoran sama secara `francais' di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat. "Langkah itu cukup sesuai kerana Terengganu mahu menjadi negeri pertama memperkenalkan Industri Hub Halal, di mana pada tahun depan pelbagai makanan tradisional bakal dipromosi ke United Kingdom (UK)," katanya Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham Di Antara TI Overseas Resources LTD Dan Global F&B Management Inc Dan TI Global Food Management LTD, di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Osman Muda dan semua Exco Kerajaan Negeri. TISB membuat pelaburan bernilai lebih RM20 juta bagi mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam Chicken Cottage, iaitu rangkaian restoran makanan segera terkemuka berpangkalan di United Kingdom (UK). Ahmad Razif berkata, pengambilalihan itu merupakan pelaburan negeri dalam industri makanan halal selain menjana pendapatan negeri untuk masa depan. "Ini kerana Chicken Cottage adalah satu nama yang agak besar dalam industri restoran makanan segera dengan mempunyai 120 francais di UK, negara-negara Timur Tengah, Afrika, India, Australia dan China," katanya.-Teganukita |
Zie's Corner, Restoran Western Popular <b>di</b> Kuala <b>Terengganu</b> Posted: 28 Jul 2014 12:00 AM PDT Editor's RatingZie's Corner tempat lepak dan makan western di Kuala Terengganu! Dekat mana nak cari makanan western yang sedap di Kuala Terengganu ni? Mesti susah nak dapatkan info tu kan? Bagi orang Terengganu pasti popular dengan nama Zie's Corner yang sebelum ini terletak di belakang Hotel Grand Continental, dan sekarang sudah berpindah ke Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk di cari kerana Waterfront mempunyai landmark tersendiri. Kebiasaannya, pelanggan akan serbu Zie's Corner pada hujung minggu, dan jangan terkejut sekiranya full house. Zie's Corner sememangnya popular untuk makan sesama keluarga dan juga rakan-rakan. Kalau parking jangan risau, insyaAllah ada tempat untuk parking. Zie's Corner terkenal dengan makanan western yang sedap dan harga yang berpatutan.
Dalam masa beberapa minit, makanan yang di order akan sampai. Terkejut juga kami, selang beberapa minit, sedar-sedar makanan dah sampai. Antara makanan yang menjadi santapan kami adalah Grilled Chicken, Lamb Chop, Steak dan Spaghetti. Overall, saiz hidangan tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit. Cukup dan kenyang untuk makan seorang. Sos black pepper dia memang sedap! Di Zie's Corner, sos cili boleh dapat unlimited kalau anda suka makan western dengan sos cili. Spaghetti ni order untuk bonda memandangkan pergi sekeluarga, kata Bonda, sos bolognise ni ada bau kambing sedikit. Mungkin sos dicampur dengan daging kambing. So untuk yang ada darah tinggi tak boleh makan. But untuk kepastian, boleh tanya pekerja disana dulu sebelum order. Merasa air shake untuk kesian kali di Zie's Corner. Tiga air pilihan kami, Kiwi Shake, Oren Shake dan Bandung Shake. Bagi kami agak manis. Mungkin ini lah Terengganu? haha.. Orang kata Terengganu suka manis, so saya tak tahu nak akui ataupun tidak. (Shake bermaksud air ditambah dengan aiskrim vanilla) Inilah antara pelanggan yang makan di Zie's Corner Kuala Terengganu dan kebanyakkanya adalah return customer. Bagi pelancong yang menginap di Hotel Seri Malaysia, Hotel Residence dan yang berdekatan, jika teringin nak makan makanan western boleh singgah dan ke Zie's Corner. [box_info] Zie's Corner [/box_info] Summary Reviewer Norfanil Review Date 2014-07-28 Reviewed Item Servis cepat! Tak perlu lama menunggu! Author Rating
|
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: