Terengganu Inc. Sdn. Bhd. » Terengganu Perkenal 'Chicken Cottage' - Blog Makanan di Terengganu
<b>Terengganu</b> Inc. Sdn. Bhd. » <b>Terengganu</b> Perkenal 'Chicken Cottage' - Blog Makanan di Terengganu |
- <b>Terengganu</b> Inc. Sdn. Bhd. » <b>Terengganu</b> Perkenal 'Chicken Cottage'
- KEUNIKAN <b>MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU</b>
- K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih <b>tradisi Terengganu</b> <b>...</b>
<b>Terengganu</b> Inc. Sdn. Bhd. » <b>Terengganu</b> Perkenal 'Chicken Cottage' Posted: 05 Nov 2014 06:10 PM PST Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) bakal memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera 'Chicken Cottage' di lokasi tertentu di negeri , mulai tahun depan. Menteri Besar Dato'Ahmad Razif berkata, beberapa lokasi sudah dikenalpasti, termasuk di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu bagi memulakan perniagaan halal bertaraf antarabangsa itu. Katanya, perancangan sama turut membabitkan pembukaan rangkaian restoran sama secara `francais' di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat. "Langkah itu cukup sesuai kerana Terengganu mahu menjadi negeri pertama memperkenalkan Industri Hub Halal, di mana pada tahun depan pelbagai makanan tradisional bakal dipromosi ke United Kingdom (UK)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham Di Antara TI Overseas Resources LTD Dan Global F&B Management Inc Dan TI Global Food Management LTD, di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Osman Muda dan semua Exco Kerajaan Negeri. TISB membuat pelaburan bernilai lebih RM20 juta bagi mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam Chicken Cottage, iaitu rangkaian restoran makanan segera terkemuka berpangkalan di United Kingdom (UK). Ahmad Razif berkata, pengambilalihan itu merupakan pelaburan negeri dalam industri makanan halal selain menjana pendapatan negeri untuk masa depan. "Ini kerana Chicken Cottage adalah satu nama yang agak besar dalam industri restoran makanan segera dengan mempunyai 120 francais di UK, negara-negara Timur Tengah, Afrika, India, Australia dan China," katanya. Sumber : teganukita.my | ||||||
KEUNIKAN <b>MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU</b> Posted: 24 Jan 2013 10:42 PM PST Kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional Terengganu sememangnya telah tersohor di pelosok dunia. Bab kata orang tak sah kalau ke Terengganu kalau tak merasai makanan tradisionalnya. Antara yang selalu menjadi tarikan para pelancong adalah Nasi Dagang, Keropok Lekor, Pulut Lepa, Sata, Ketupat Sotong, Laksam, Akok, Dodol Daun Palas, Rojak Kateh, Puteri Mandi, Loklit dan banyak lagi. Ini adalah antara sebahagian makanan tradisional Terengganu yang sememangnya popular di negara kita. Jom pakat gi ke Terengganu. Jangan lepaskan peluang mencuba serta merasai keunikan dan kelazatan makanannya. "Rugi kalau dok try……" | ||||||
K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih <b>tradisi Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 22 Oct 2014 11:32 PM PDT
Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini. Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi.
Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Terengganu dalam satu festival supaya ia dapat dihayati dan dinikmati semua terutama generasi baru dan juga pelancong tentang warisan makanan tradisi Terengganu. Setiap kuih mempunyai simboliknya sendiri dan ianya adalah hasil kreatif orang tua kita dulu dalam menghasilkan juadah makanan. Makanan tradisi adalah salah satu daya tarikan pelancongan sesebuah tempat samada negeri mahupun negara. Wajarnya ia diberi nafas baru dan warisan pembuatannya dijaga agar ia kekal utuh dan bertambah baik sebagai daya tarikan pelancongan.
Terima kasih Pengurus Besar Primula Beach Resort, Encik Marzuki Husin di atas usaha pasukan anda! |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: