Sunday, December 7, 2014

1404 Premis Makanan Diperiksa Di Terengganu ... - Perak Today - Blog Makanan di Terengganu

1404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di Terengganu</b> ... - Perak Today - Blog Makanan di Terengganu


1404 Premis <b>Makanan</b> Diperiksa <b>Di Terengganu</b> ... - Perak Today

Posted: 30 Nov 2014 01:12 AM PST

Bukan gambar sebenar..

Ipoh: Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya memakai seluar pendek dan baju dalam.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam. Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.

Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi 'koloni' pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.

"Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.
"Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.
"Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini," katanya. (IH)

<b>Terengganu</b> Inc. Sdn. Bhd. » <b>Terengganu</b> Perkenal &#39;Chicken Cottage&#39;

Posted: 05 Nov 2014 06:10 PM PST

Terengganu Inc. Komited Setiap Pelaburan Bawa Pulangan

Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) bakal memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera 'Chicken Cottage' di lokasi tertentu di negeri , mulai tahun depan.

Menteri Besar Dato'Ahmad Razif berkata, beberapa lokasi sudah dikenalpasti, termasuk di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu bagi memulakan perniagaan halal bertaraf antarabangsa itu.

Katanya, perancangan sama turut membabitkan pembukaan rangkaian restoran sama secara `francais' di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat.

"Langkah itu cukup sesuai kerana Terengganu mahu menjadi negeri pertama memperkenalkan Industri Hub Halal, di mana pada tahun depan pelbagai makanan tradisional bakal dipromosi ke United Kingdom (UK)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham Di Antara TI Overseas Resources LTD Dan Global F&B Management Inc Dan TI Global Food Management LTD, di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Osman Muda dan semua Exco Kerajaan Negeri.

TISB membuat pelaburan bernilai lebih RM20 juta bagi mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam Chicken Cottage, iaitu rangkaian restoran makanan segera terkemuka berpangkalan di United Kingdom (UK).

Ahmad Razif berkata, pengambilalihan itu merupakan pelaburan negeri dalam industri makanan halal selain menjana pendapatan negeri untuk masa depan.

"Ini kerana Chicken Cottage adalah satu nama yang agak besar dalam industri restoran makanan segera dengan mempunyai 120 francais di UK, negara-negara Timur Tengah, Afrika, India, Australia dan China," katanya.

Sumber : teganukita.my

0 comments: