Monday, December 8, 2014

Blog Makanan di Terengganu: KEJADIAN PELIK MEMBERI REZEKI ... - Blog Makanan di Terengganu

Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu


Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: KEJADIAN <b>PELIK</b> MEMBERI REZEKI <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2014 03:04 AM PST

GAMBAR KEJADIAN KERANG NAIK KE DARAT TERENGGANU

REZEKI FENOMENA KERANG NAIK KE DARAT DI TERENGGANU | Dungun : Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai berpusu-pusu ke pantai terbabit untuk mengutip kerang yang memenuhi dua pantai berkenaan, semalam.

Kehadiran kira-kira 200 orang yang tidak melepaskan 'rezeki terpijak' itu menjadikan keadaan sekitar pantai seumpama pesta.

GAMBAR KEJADIAN KERANG NAIK KE DARAT TERENGGANU
GAMBAR KEJADIAN KERANG NAIK KE DARAT TERENGGANU
GAMBAR KEJADIAN KERANG NAIK KE DARAT TERENGGANU
GAMBAR KEJADIAN KERANG NAIK KE DARAT TERENGGANU
GAMBAR KEJADIAN KERANG NAIK KE DARAT TERENGGANU

Difahamkan, lambakan kerang ditemui penduduk sejak jam 2 petang dan kejadian itu dipercayai disebabkan spesies bercengkerang itu dihanyutkan ombak kuat ke pantai.

Mizan Mamat, 36, dari Marang, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan sebelum segera ke pantai Rhu Muda untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.

"Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya ketika ditemui di pantai Itu, semalam.

Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun lambakan kerang di Pantai Sura tidak sehebat Pantai Rhu Muda, dia tetap mengumpulkan kira-kira lima kilogram.

"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.

0 comments: