Tuesday, April 21, 2015

KPDNKK Terengganu Pantau Dakwaan Harga Bahan Mentah ... - Blog Makanan di Terengganu

KPDNKK <b>Terengganu</b> Pantau Dakwaan Harga Bahan Mentah <b>...</b> - Blog Makanan di Terengganu


KPDNKK <b>Terengganu</b> Pantau Dakwaan Harga Bahan Mentah <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2015 08:22 PM PDT

DSCN0740

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau pengusaha-pengusaha keropok di Terengganu berikutan dakwaan yang mengatakan harga bahan mentah membuat makanan tradisional itu meningkat sehingga 200 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud berkata, rungutan pengusaha keropok di negeri ini terutama pengusaha di Kampung Losong yang menyatakan perniagaan mereka merosot disebabkan bahan mentah meningkat sejak penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April lepas.

"Pada saya rungutan ini bukan tidak boleh diterima, tetapi kita akan membuat pemantauan dalam masa terdekat ini berikutan dakwaan itu.

Apa yang kita faham, CBP hanya mengenakan cukai enam peratus ke atas barangan yang telah dikenal pasti tetapi dalam hal ini, barang utama buatan keropok iaitu ikan tidak dikenakan CBP," katanya ketika ditemui pemberita di sini Selasa.

Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan pengusaha keropok di Kampung Losong di Kuala Terengganu berada dalam dilema setelah pelanggan merungut disebabkan kenaikan harga keropok berikutan bahan mentahnya meningkat sejak CBP diperkenal.

Roslee berkata, dakwaan kenaikan harga bahan mentah sehingga 200 peratus adalah melampau berbanding kadar CBP yang hanya enam peratus dan sehubungan itu KPDNKK akan membuat pemantauan dan penyiasatan segera.

"Pengusaha kalau hendak kaya cepat pun, usahlah mengambil kesempatan menaikkan harga kerana ia boleh menyebabkan orang ramai atau pelancong tidak boleh terima dan ia akan merugikan pengusaha sendiri," katanya.

Sementara itu Ketua Cawangan KPDNKK Dungun Mohamad Hisham berkata, jika orang ramai mendapati pengusaha keropok menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya, mereka boleh membuat aduan ke pejabat KPDNKK yang berdekatan di seluruh negeri ini.

"Kita akan mengeluarkan Notis Seksyen 21 kepada pengusaha keropok berhubung kenaikan harga barang yang dijual untuk mendapat maklumat berkenaan kenaikan harga," katanya.

sumber:bernama

Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: <b>Terengganu</b> Inc. Sdn. Bhd ... - Blog <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2014 11:04 AM PST

K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan.

Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini.

Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi.

Rojak Kateh

Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Terengganu dalam satu festival supaya ia dapat dihayati dan dinikmati semua terutama generasi baru dan juga pelancong tentang warisan makanan tradisi Terengganu.

Setiap kuih mempunyai simboliknya sendiri dan ianya adalah hasil kreatif orang tua kita dulu dalam menghasilkan juadah makanan.

Makanan tradisi adalah salah satu daya tarikan pelancongan sesebuah tempat samada negeri mahupun negara. Wajarnya ia diberi nafas baru dan warisan pembuatannya dijaga agar ia kekal utuh dan bertambah baik sebagai daya tarikan pelancongan.
Serabe dan K'ang
Sama-sama kita memberi sokongan kepada tradisi warisan makanan Terengganu.

Terima kasih Pengurus Besar Primula Beach Resort, Encik Marzuki Husin di atas usaha pasukan anda!

0 comments: