Monday, August 31, 2015

Nekbat Sajian Pencuci Mulut Popular Sepanjang Ramadan - Blog Makanan di Terengganu

Nekbat Sajian Pencuci Mulut Popular Sepanjang Ramadan - Blog Makanan di Terengganu


Nekbat Sajian Pencuci Mulut Popular Sepanjang Ramadan

Posted: 15 Jul 2015 08:35 PM PDT

SYA_8234

Kuih nekbat menjadi juadah wajib sebagai pencuci mulut bagi masyarakat di Pantai Timur, khususnya di Terengganu dan Kelantan sepanjang bulan Ramadan.

Makanan tradisional masyarakat Melayu yang diperbuat daripada tepung, beras dan telur itu kebiasaanya boleh dibeli kering dan ada yang sudah siap disira.

Nekbat kering tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk menyebabkan permintaan oleh penggemarnya lebih tinggi berbanding yang siap dimasak.

Bagi peniaga kuih berkenaan,  Khatijah mamat, 57, pada bulan puasa dia akan mengambil upah menjual nekbat kering yang dihantar pengusaha dari Bukit Payong dan juga Manir untuk dijual di gerainya yang terletak di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Dia yang sudah lebih 40 tahun berniaga di pasar itu, berkata harga RM1 bagi empat biji kuih itu amat berpatutan sehinggakan ada yang membelinya berpuluh ringgitm bukan sahaja untuk santapan sendiri, malah memberikannya kepada saudara mahupun jiran tetangga.

Khatijah yang turut menjual kuih-muih lain seperti tapai, dodol, lemang, bepang, jala emas dan penderam mengakui mampu menjual 600 hingga 1,000 biji sehari nekbat mentah.

"Sebab ia tiada di tempat lain, melainkan Terengganu, orang luar (Terengganu) pun ada yang menggemarinya dan membeli dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.

"Mereka yang kurang gemarkan manis, mungkin akan memasaknya dengan mengurangkan sedikit gula, berbanding orang Terengganu dan Kelantan yang sudah biasa dengan kuih-muih manis-manis sebegini,"katanya.

0 comments: