7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search
7) Makanan di Terengganu - Google Blog Search |
<b>Makanan</b> sedap <b>di Terengganu</b> - Kehidupan adalah sesuatu yang <b>...</b> Posted: 27 Sep 2015 04:33 PM PDT Makanan sedap D terengganu... 👍👍 Cer kabo gok saing2 hok kedai jual makanang sedak2 etek.. Ni list hok ambe wahi makang di kuala tranung... Nasi Dagang: kak poh batu buruk, nasik dagang kat kapung atas tol, nasik dagang dalam pasor keda buluh, nasi dagang kak joh bukit besar, nasi dagang mok ngoh chendering, nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi keda hok jual roti cana Burger: Awang beger depang spital kuala tranung Nasik Minyok: nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam, nasik minyok zaki depang giant bukit besor, nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh, nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka), Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua Nasik Lemok: nasik lemok bromoh pasir panjang, nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng), nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka Rojok Keling: restoren selamat jalan tok lam, rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang, rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash, rojok keling di kedai awang A kat kapung gong tok nasek Rojok Kateh: Kedai ben10 tepi stadium bola bando, Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1 Nasik Ayang: Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk, nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium, nasik ayang hainan kat bazar batu buruk Roti Payang: nurul islamiah kat lekoh jalan kamaruddin Nasik Belacang: kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung Sup: Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak) Mee Talang: Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,se lagi pulau kambing...nyakot molep hok tu.. Ikang Celup Tepong: Warung Pok Nong kat Kampung Telipot, warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel Mutabok: Kedai buruk kaler kuning depang Hock Kee Seng (Astaka lama) Nasik Kapit Gula Ikang Aya : Kedai depang Shell Chabang 3, Warung Norazila kat depang masjid terapung Satey: Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing, satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort, satey jam besor di seberang takir dekat kem askor Ikang bakor: Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang), ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3, ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba Kuih Muih Tradisi: Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas, kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan Mee Goreng Basoh: Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing, keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir Nasik Padang: Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih, Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung Nasik Campur: Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung, restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang Nasi ulang cicoh budu: Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng: Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium Pulut Lepe (pulut panggang) : Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang, pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek Meggi Dapur Kayu: kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak) Mee Udang Galoh: Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir Nasi Khabu : Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang, nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza) Nasi ayang / daging bakar dan sup herba : Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas Sup belut: Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut Nasik lemok kakung, nasik kuning: Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng Cikeng chop: yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan, cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang, Gong badak belakang nasi arab idrus Mee jawa, soto: Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno Nasik goreng cina, watangho: kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEDIA FAM TRIP PESONA <b>TERENGGANU</b> 2015 - Projek Travel Posted: 12 Oct 2015 06:45 AM PDT MEDIA FAM TRIP PESONA TERENGGANU 2015 | Pada 29 September - 02 October 2015 yang lepas, di atas kepercayaan Projek Travel, YI berpeluang menyertai Media FAM Trip Pesona Terengganu semperna ulang tahun ke 10, Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 dan tiba di Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu. HARI PERTAMA | Kami disambut mesra oleh Puan Kuna Rashid, Sekretariat Pesona Terengganu. Setelah semua bersedia, kami menuju ke destinasi pertama kami Primula Beach Hotel Resort, Kuala Terengganu. Primula Beach Hotel Resort merupakan hotel pertama kami di Terengganu semperna FAM Trip Pesona Terengganu. Primula Beach Hotel Hotel Resort merupakan hotel antarabangsa yang bertaraf 4 bintang dan telah beroperasi sejak tahun 1984. Hotel ini juga merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Kuala Terengganu. Primula Beach Hotel Hotel Resort ini berada bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk dan mempunyai 248 bilik yang punyai balkoni di setiap bilik yang menghadap Laut China Selatan. Setelah berehat seketika, kami telah dipelawa untuk makan malam di TH Hotel & Convention Center, Kuala Terengganu. Hotel ini bertaraf 4 bintang yang berlandas syariah mempunyai 182 bilik dan Convention Center yang memuatkan 1300 orang dalam satu masa. HARI KE-DUA | Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir kami sempat menemu ramah Encik Marzuki, Genaral Manager, Primula Beach Hotel Resort. "Primula Hotel Beach Resort akan memambah bangunan baru yang terdiri daripada 320 bilik dan sebuah convention centre yang boleh memuatkan 5000 orang dalam satumasa. Pembinaan akan bermula petengahan tahun hadapan." Perjalanan dari Primula Beach Hotel Resort ke Tasik Kenyir mengambil masa dalam 1 jam. Setelah tiba di Tasik Kenyir kami memulakan "Tasik Kenyir Tour". Destinasi pertama kami di Tasik Kenyir iaitu Taman Rama Rama. Taman Rama Rama, Tasik Kenyir hanya mengambil masa 5 minit dari Pengkalan Gawi. Taman Rama Rama, Tasik kenyir ini menpunyai lebih dari 1000 jenis Rama Rama dan dikelilingi dengan taman bunga khas untuk rama rama disini. Telah dibuka kepada umum pada tahun 2013. Hujung tahun 2014 telah belakunya banjir besar yang telah menegelamkan Taman Rama Rama dan banyak lagi kawasan Tasik Kenyir. Taman Rama Raya telah di baik pulih setelah air banjir beransur surut. Seterunya kami di bawa ke Taman Orkid. Taman Orkid terletak di Pulau Hilir Selimbar, Pulau Hulu Selimbar dan Pulau Beli, yang menempatkan pelbagai Orkid Tempatan, Orkid Antarabangsa dan Orkid "Hybrids. Taman Orkid ini mengabungkan 3 buah pulau dan disambungkan dengan jambatan gantung. Terdapat lebih dari 700 jenis Orkid di Taman Orkid, Tasik Kenyir. Kami dibawa ke Air Terjun Lasir setelah seharian berjalan. Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun popular yang ada di Tasik Kenyir, lokasi yang hanya 16 KM dari Jeti Pengkalan Gawi. Kehindahan 500 kaki Air Terun yang terbahagi dengan beberapa tingkat. Air Terjun Lasir jaga menjadi pilihan kepada kaki pancing untuk berehat bawah pokok yang rimbun dan menikmati kawasan air terjun yang nyaman. Petang Island Resort, Pulau Petang, Tasik Kenyir, Terengganu. Penginapan kedua kami sempena Pesona Terengganu FAM Trip. Chalet Suite 2 tingkat, dimana bilik bawah mempunyai 1 double bed manakala bilik di bahagian atas mempunyai 1 double bed dan 1 single bed. Resort ini terletak di tempat yang sangat strategik di Taksik Kenyir menpunyai 4 Suite - VVIP, 2 Suite - VIP, 5 Executive room, 20 bilik twin, 14 Chalet, 1 Hostel dan 1 bilik seminar yang menempatkan 50 orang dalam satu masa. HARI KE-TIGA | Kami bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke destinasi seterusnya. Selepas sahaja sarapan pagi kami terus bergerak ke jeti dan terus ke jeti Pengakalan Gawi. Seterunya kami ke Kampung Gajah, Tasik Kenyir untuk mengahadiri Program Hari Warisan Budaya dan Petukaran Kebudayaam Asean Sempena Ulang Tahun yang ke 10 Yayasan DiRaja Sultan Mizan. "Program ini bertujuaan untuk memperkenalkan budaya dan sosio ekonomi rakyat Negeri Terangganu dan Malaysia. YDSM juga telah melaksanakan pelbagai program dan projek ke arah menggalakan penyuburan kebudayaan termasuk seni kraf warisan" Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Fadzli Bin Yusop, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan DiRaja Sultam Mizan. Sebelum tiba di Kamping Cina kami singgah di Keropok Lekor BTB dimana salah satu keropok lekor yang terkenal dengan Keropok Lekor Keju. Keropok Lekor disini mempunyai pelbagai jenis seperti Lekor biasa, Jejari Keju, Cheesy Lava, Cheesy Poppers, Black Pepper Cheesy Poppers, Black Pepper Poppers dan Cheese Onion Poppers. Kami sempat merasa 3 dari 5 keropok lekor Keju yang ada disini. Kepada anda yang akan datang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah dan mencuba sendiri keropok lekor Keju BTB. Selain dapat merasa keropok lekor Keju kami juga dapat melihat process membuat keropok lekor disini. Setelah hilang penat berjalan kat Kampung Cina tadi kami dijamu makan malam di Hotel Tanjong Vista berkonsepkan "Chinese Cuisine" mempunyai "8 Courses" memang sedap dan puas hati. Habis je makan malam kami di bawa bersiar siar di Taman Temadun Islam. Dimana terletak yer Masjid Kristal yang dikenali ramai. Kami sekali lagi dijamu makan malam di Restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam. Kali ni kami di jamu dengan Ikan Bakar. Walupun dah makan kat hotel tadi kami tetap berselera makan kat sini, bak kata orang " Rezeki Jangan Ditolak". Setelah semua kekenyangan kami pun beransur balik ke hotel. HARI KEEMPAT | Keesokan hari yer merupakan hari terakhir kami semua berada di Terenganu, selepas jer sarapan kami terus ke Pasar Payang dan juga dikenali sebagai "Central Market". Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu. Pasar Payang merupakan destinasi terakhir kami sebelum kami berangkat ke airport untuk balik ke Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Terengganu - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments: