Sunday, March 29, 2015

Pakej pelancongan Ramadan di Terengganu | Informasi - Ezsihat - Blog Makanan di Terengganu

Pakej pelancongan Ramadan <b>di Terengganu</b> | Informasi - Ezsihat - Blog Makanan di Terengganu


Pakej pelancongan Ramadan <b>di Terengganu</b> | Informasi - Ezsihat

Posted: 05 Mar 2015 04:28 AM PST

Pakej pelancongan Ramadan di Terengganu

Bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Kerajaan Negeri Terengganu akan memperkenalkan pakej khas pelancongan Ramadan bagi menarik kedatangan pengunjung ke negeri ini.
 
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, secara dasarnya pakej pelancongan itu akan memberi penekanan khusus untuk penumpuan ibadah di sekitar Terengganu dan pada masa sama akan memperkenalkan makanan tradisi negeri ini kepada pelancong.
 
"Kita akan rangka pakej yang merangkumi majlis berbuka puasa, diikuti solat terawih, qiamullail dan bersahur dengan tokoh agamawan tertentu dan memberi pengisian yang padat dengan ilmu.
 
"Mungkin ini akan jadi daya tarikan untuk orang luar datang ke Terengganu, terutama untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu secara santai tapi pada masa sama mereka mendapat ilmu hasil pelancongan itu," katanya.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman

Ahmad Razif berkata, Terengganu mempunyai banyak sejarah perkembangan ilmu agama yang menyaksikan lahirnya ramai cendekiawan Islam dan ia adalah produk yang boleh dibangunkan untuk pakej pelancongan semasa Ramadan.
 
"Namun, pakej secara terperincinya nanti akan diumumkan sebulan sebelum Ramadan oleh pihak pelancongan dan buat masa ini, apa yang perlu diberi tumpuan ialah mengenai pengangkutan.
 
"Biasanya dalam bulan Ramadan, syarikat penerbangan akan mengurangkan jumlah penerbangan harian mereka ke Kuala Terengganu namun kita mahu ia dikekalkan, atau mungkin juga boleh ditambah bersempena pakej pelancongan ini nanti," katanya.
 
Pakej pelancongan Ramadan yang bakal diperkenalkan buat julung kali itu juga akan menjadi perintis kepada lebih banyak program pelancongan berkonsepkan ibadah selaras dengan hasrat Terengganu menjadi negeri anjung ilmu, katanya. - Bernama
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Blog <b>Makanan di Terengganu</b>: Older Post - Blog <b> - Blog <b <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2014 11:55 AM PST

7 (2)

Kuih Rokok Arab Telur, Mas Sejemput dan Buah Tanjung antara resipi yang menambat hati pelanggan dihasilkan Wan Ramlah Wan Yaacob di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah.

Puluhan makanan tradisional Terengganu, termasuk jala mas, akok berlauk, buah tanjung, mas sejemput, biskut arab telur, taming sari dan urat jati, seakan serasi dengan air tangan pengusaha makanan itu, Wan Ramlah Wan Yaacob, 68, yang tidak putus-putus menerima tempahan.

Juadah lain, nasi minyak, nasi arab, nasi dagang, nasi bukhari, nasi kuning dan nasi kunyit turut menjadi sebutan pelanggan walaupun pertama kali merasa.

Kebijaksanaan Wan Ramlah mengadun resipi makanan itu, mampu menambat citarasa kerabat Istana Terengganu di mana hampir 25 tahun menjadi pelanggan tetap.

Selain jabatan-jabatan kerajaan, beberapa agensi swasta dan masyarakat setempat turut setia menempah setiap kali ingin mengadakan majlis, aktiviti keraian serta kenduri kahwin.

1 (7)

Wan Ramlah Wan Yaakob

Wan Ramlah berkata, jumlah jualan akan meningkat sekali ganda setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, sehingga terpaksa menolak tempahan dari peniaga bazaar Ramadan.

"Perasaan penat menyediakan juadah sehingga mencecah ribuan biji pelbagai jenis kuih sehari dan ada kalanya turut menerima tempahan nasi, seakan hilang apabila pelanggan mengakui berpuashati dengan perkhidmatan dan apa yang dihasilkan.

"Juadah paling laris, jala mas dan akok berlauk kerana pasti ada tempahan sehingga mencecah 1,000 biji setiap hari.

"Saya menghasilkan semua itu menggunakan 600 biji telur ayam dan beberapa kilo gandum sehari tanpa menggunakan mesin canggih," katanya yang mengusahakan makanan itu sejak 1990.

Katanya, tiada petua khas diamalkan melainkan setia dengan resipi yang pernah diguna pakai arwah ibu, Wan Teh Maimunah Awang.

"Resipi arwah ibu dulu pun, pernah menjadi bualan kerabat istana Terengganu, apa saja majlis yang dianjurkan pasti masakan arwah ibu menjadi pilihan.

"Faktor itu menyebabkan golongan kerabat masih setia menempah pelbagai juadah, termasuk paling digemari nasi beriani, nasi bukhari, jala mas, mas sejemput, puding raja dan buah tanjung," katanya kepada teganukita.my

Menurutnya, hampir 100 menu, termasuk 40 kuih tradisional sedia dimasakkan sekiranya ada tempahan..

4

"Menu atau air tangan yang dihasilkan ini sudah dirasai mereka yang tinggal di serata negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Jumlah yang ditempah mereka bergantung kepada majlis yang ingin dianjurkan dan harga jualan pula dikirakan berdasarkan jumlah biji kuih dan gantang nasi," katanya yang menetap di Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Pelanggan yang ingin mencuba resipi Wan Ramlah boleh hubungi 011-26060107, 09-6226617 atau melalui media sosial Facebook iaitu Kuih Terengganu Gong Kapas.

&#39;Uptown KT Walk&#39; Beri Peluang Kepada Peniaga Kecil - teganukita.my

Posted: 06 Mar 2015 01:30 AM PST

20150305_185008Kerajaan negeri bakal mewujudkan sebuah pasar malam untuk memberi peluang kepada peniaga kecil dan penjaja berniaga yang dikenali sebagai 'Uptown KT Walk' tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar malam yang akan dibuka di sekitar Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu itu sekali gus bakal merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Katanya, Uptown KT Walk' akan menggabungkan pelbagai variasi makanan tradisi yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu agar pelancong dapat menghayati keunikan yang ada di negeri ini.

"Hanya peniaga makanan terpilih sahaja akan dipelawa untuk menyertai Uptown ini, contohnya peniaga nasi dagang, nasi kerabu dan kuih muih lain yang memang memenuhi citarasa asli Terengganu.

"Selain itu, akan ada jualan barangan dengan promosi tertentu akan diadakan bagi menghidupkan suasana malam yang agak suram di Kuala Terengganu ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-17 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu, Cawangan Kuala Terengganu, di Dewan Tunku Abdul Rahman, semalam.

Menurut Ahmad Razif, lokasi Uptown itu akan bermula dari Hotel Seri Malaysia hingga ke Agro Bank, Kuala Terengganu memandangkan laluan itu tidak akan mengganggu lalu lintas.

"Perkara ini akan diselia oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama persatuan penjaja yang diharap dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dalam kalangan mereka.

"Buat permulaan, ia akan diadakan pada setiap Jumaat malam Sabtu antara 7 hingga 12 tengah malam dan kerajaan negeri bercadang memberikan insentif khas kepada peniaga yang menjual makanan tradisi Terengganu di Uptown," katanya

0 comments: